Friday, August 14, 2009

Calon BN Permatang Pasir Rohaizat Othman

Rohaizat Othman Calon BN Permatang Pasir


CALON BN: Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) bersama Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjulang tangan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman, 38, (tengah) selepas pengumuman calon di Permatang Pasir, petang ini.

Setiausaha Agung UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizad Othman diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir yang dijadualkan berlangsung pada 25 Ogos ini. Demikian diumumkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini petang ini.

Kita yakin pemilihan Rohaizat telah direstui semua pihak termasuk UMNO Pusat, UMNO Bahagian Permatang Pauh termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri. Pemuda UMNO Permatang Pauh tentu berbangga kerana calon yang dipilih adalah dari calon muda dan profesional seterusnya akan berusaha keras memastikan kemenangan BN dalam PRK Permatang Pasir.

No comments:

Post a Comment