Wednesday, August 19, 2009

Benarkah PAS/PR mendengar rintihan rakyat ?

Kita sebagai pengundi harus tahu memilih wakil yang mampu menyuarakan hak kita , baik di parlimen atau dewan undangan negeri.Kesilapan dalam memilih wakil akan mengakibatkan diri kita terabai. Jangan kita terpedaya dengan kempen-kempen ceramah Pas dan sekutunya membicarakan tentang tanggungjawab dan ketelusan. Lihatlah kembali dalam masa setahun pemerintahan mereka banyak isu yang boleh mencetus ketegangan dan kekacauan .

Pas yang dilihat sebagai hero pada 'islam' tidak mampu untuk mempertahankan hak umat islam walau dimana sahaja di bumi Malaysia ini. Wahai pengundi permatang Pasir , nyatakan pendirian anda di kotak undi untuk menolak parti yang berpura-pura alim dan bersih ini sebagai membantah apa yang terjadi pada penduduk di Shah Alam. Mereka terpaksa berdepan sendirian dalam mendapatkan hak keamanan dan keharmonian.

Shah Alam terus menerus menjadi medan menduga kesabaran umat islam melayu, setelah penduduk disitu memberi kepercayaan kepada MP Pas dan adun PKR bagi meneruskan kesinambungan kota melayu islam di lembah kelang ,kini ia dilihat semakin suram kelam sebagaimana hilangnya janji-janji manis mereka dahulu. Yang dijanji,kan tak kunjung tiba , tapi inilah keistimewaan kerajaan PR yang dikatakan telus, bertanggungjawab, bila berjanji akan memungkiri dan sanggup berbohong dan apabila rakyat ingin menyuarakan keresahan dan permasalahan mereka tetiba menjadi buta dan tuli . Apakah dosa penduduk seksyen 23 Shah Alam yang telah memberikan undi pada calun Pas dan PKR untuk mendapatkan tempat di parlimen dan Dun ?

harapan penduduk untuk melihat sebuah pusat setempat bagi kegunaan penduduk lebur apabila kerajaan Selangor berkeras untuk meneruskannya.UMUM mengetahui jumlah keluarga berketurunan INDIA hanya tak sampai 40 berbanding 400 keluarga Melayu islam,apakah keperluan kuil begitu mendesak sehingga terpaksa dibina ditanah seluas 0.2 hektar sedangkan kuil-kuil kecil sudah bertebaran serata shah alam?

Bila penduduk ingin menyampaikan bantahan dan persoalan tentang kuil yang bakal terbina(kawasan sudah diterangkan untuk permulaan kerja), exco yang bertanggungjawab tidak mahu berjumpa dengan penduduk.I nikah kerajaan yang bertanggungjawab yang diperkatakan oleh PR ketika kempen dahulu sebelum menang?

Inilah kerajaan yang disokong oleh Pas, dan kerajaan inilah yang masih berada di Pulau Pinang...lihatlah bagaimana penduduk kampung Pala yang ditipu hidup-hicup oleh barisan pemimpin PR diketuai oleh Anwar Ibrahim.Mereka hanya pandai berjanji tapi dalam berjanji mereka menipu, menipu pengundi yang sebenarnya mereka tidak mampu untuk menunaikan janji mereka.
Sebenarnya tiada apa yang dapat diselesaikan dengan baik dan rakyat tidak diberi hak sama sekali apabila mereka memerintah, yang penting pemimpin PR terus menipu, bermewah dan menjalankan politik menuduh demi survival politik mereka.

by - myKMU Penang

1 comment:

  1. inilah akibat pemimpin pas terpaksa bayar balik "payback time" pengundi2 india yg dah mengangkat mereka menjadi yb..!!!

    ReplyDelete