Sunday, August 23, 2009

PAS ikut arahan Anwar Ibrahim di Permatang Pasir


Cuba kita perihati dan amat-amati.

Permatang Pasir adalah sebahagian dari kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Brader Anwar Bin Ibrahim (B.A.B.I.). Penanti dan Permatang Pasir adlaah kawasan kuat PAS tapi Penanti diberikan kepada PKR. Situ saja PAS sudah dikencing B.A.B.I.

Lepas PRU 2008, Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang dimenangi oleh persepakatan Pakatan Rakyat. Ditempat lain seperti Perak, Kedah dan Selangor, ada pembahagian dan perkongsian jawatan dan tempat menurut parti.

PAS mendapat satu kerusi dan dipaksa berikan kerusi kepada PKR, tapi apa yang mereka dapat. Satu wakil PAS ini tidak langsung diberikan jawatan exco. Apa salahnya portfolio ugama diberikan kepada arwah Haji Hamdan.

Orang yang arahkan tak payah kasi PAS adalah Anwar Ibrahim. Kalau kita lihat keanggotaan Exco Pulau Pinang ianya didomiansi Cina DAP. Ini Anwar relakan berlaku. Bukankah dia tak tahu bahawa dalam Pulau Pinang, penduduk Melayu adalah 41% berbanding dengan Cina yang hanya 43%. Lebih hanya 2% saja. Berapa kerat saja Melayu PKR dapat tempat? PAS satu ni pun tak mahu dikasi jawatan exco.

Kita lihat sikap DAP pada PKR. Mereka sudah engkari perjanjian untuk meletakkan Yang Dipertua Majlis Tempatan pada PKR. Tak akan orang-orang PKR merusuh tak tentu pasal. Sudahlah tu.

Lim Guan Eng saja membiarkan Jeff Ooi untuk menunjuk angkuhnya. Mula2 dia bantai kata kena ikutkan amalan yang biasa. Apa pasal ikut amalan BN kalau mereka kata BN tak bagus? Jawabnya senang. Kalau Yang Dipertua adalah orang kerajaan negeri, senang Cina-CIna DAP atur dan suruh apa-apa kehendak mereka. Melayu PKR tak boleh.

Bila semua masih dok bising, Jeff Ooi pual menggunakan isu ugama dan tuduh orang PKR dari JIM mahukan negara Islam. Isu ini tak da kena mengena dengan isu tempatan. Ini menunjukkan kebencian orang DAP kepada Islam.

Jadi kenapa B.A.B.I. pilih Salleh Man jadi calun? Senang jawabnya. Pasal Salleh Man ada banyak masaalah dan mudah diakurkan. Dia pun bisu jadi tak akan mengganggu gugat dalam DUN mengenai Negara Islam dan urusan pentadbiran Islam. Orang CIna baik Gerakan mau pun DAP dah berpakat tak akan kasi can orang Melayu maju dengan enggan benarkan hartanah wakaf dimajukan.

B.A.B.I. lebih pentingkan perkongsian kuasa dengan DAP dari PAS. Agenda PKR lebih sesuai dengan PAS. Kalau Salleh man dipilih, suara PAS dan Islam akan terus sunyi di Pulau Pinang. Itu pasal Nik Aziz kena buat kenyataan bodoh pasal dia tahu UMNO saja lebih efektif untuk suara Islam di Pulau Pinang.

Nik Aziz bukan peduli pasal Islam. PAs tidak peduli pasal Islam. Mereka hanya gila kuasa dan sanggup berkompromi dengan perjuangan mereka sendiri. Itu namanya Munafik!!!

Kempen pun telah dijadikan sebagai kempen untuk Anwar. Dua malam lepas mereka bersyarah menuduh Muhyiddin pengkhianat bangsa. Ini adalah agenda Anwar yang diperjuangkan. Kalau Muhyiddin ada buat kesilapan masa lepas pun, dia masih pentingkan Melayu. Dia masih memperjuangkan Melayu.

Anwar sudah tidak mahu perjuangkan Melayu. Dia tak mahu perjuangkan hak Melayu yang tersebut dalam Perlembagaan. Dia hanya mahu undi bukan Melayu dan sedia lakukan apa saja. ANWAR SANGGUP HANCURKAN KUASA MELAYU. LIHAT APA DILAKUAKN TERHADAP PAS!!!!!

Demi Melayu, ketepikan PAS sementara. Undi UMNO!

by - TheUnspinner

No comments:

Post a Comment