Saturday, August 22, 2009

Pelanduk dah masuk JERAT !

Pendekatan PAS menyerang peribadi calon Barisan Nasional (BN) sebagai strategi kempen bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini akan membawa padah kepada parti itu.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian berkata, pendekatan itu tidak memberi kebaikan kepada parti itu kerana rakyat kini telah jemu dengan ceramah dan kempen PAS yang memburuk-burukkan peribadi calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman.

"Kita melihat, setiap hari PAS membuat serangan peribadi terhadap Rohaizat dengan mendedahkan pelbagai isu peribadinya tetapi strategi itu boleh menyebabkan rakyat bersimpati dengan Rohaizat," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu ini.

"PAS menyerang peribadi calon lawan kerana mahu mendapat undi kaum Melayu tetapi kaum bukan Melayu sebenarnya tidak begitu mempedulikan isu-isu peribadi," katanya.

Sivamurugan berkata, bagi masyarakat bukan Melayu, tumpuan mereka kepada parti yang boleh membantu dan bukannya individu dan disebabkan itu strategi menyerang peribadi tidak mempengaruhi pengundi bukan Melayu.

Beliau berkata, BN pula sepatutnya mendapatkan bantuan kempen dari pengerusi dan lembaga Koperasi Pekebun Kecil Getah yang telah menarik balik aduan mengenai isu penggunaan wang oleh syarikat guaman Rohaizat.

"Koperasi itu mendapat banyak menafaat daripada kerajaan pusat dan mereka haruslah membantu calon BN," kata beliau.

Terima kasih kepada BERNAMA yang berkata benar.


by - warisan2507

No comments:

Post a Comment