Wednesday, August 19, 2009

Individu Khianat Menjatuhkan Kain Rentang BN

Kerja pemasangan poster, kain rentang, banner dan sebagainya giat dijalankan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh.

Antara tenaga kerja utama yang menyelia aktiviti ini ialah Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Permatang Pauh iaitu saudara Nor Azman dan saudara Rohizal Md Mustappa.

Namun mereka meluahkan rasa kecewa apabila ada individu yang bersikap khianat merosakkan banner dan menjatuhkan poster yang dipasang oleh Pemuda bagi PRK Permatang Pasir ini.

Rohizal Md Mustappa yang ditemubual sebentar tadi memaklumkan bahawa kerja pemasangan banner terpaksa dilakukan semula di sekitar kawasan Penanti.

Namun beliau dan jentera poster tidak patah semangat sebaliknya akan bekerja kuat bagi memastikan semua banner, poster dan bendera akan dipasang di kawasan-kawasan yang diarahkan.

Mereka juga akan memastikan poster BN dapat dinaikkan di kawasan-kawasan panas walaupun menerima gangguan daripada pihak tertentu.

sumber: pemuda Umno Permatang Pauh

No comments:

Post a Comment