Petang tadi sudah selesai pembuangan undi, dan keputusan telah kita dapat,Calon PAS berjaya memenangi pilihanraya kecil permatang pasir. PAS walau pun berkempen cara paling kotor dengan memburukkan calon lawan masih berjaya memenangi hati rakyat.
Adakah ini indikasi mereka lebih selesa dengan cara kempen kotor sedemikian?Adakah perbuatan menghina dan memporak peranda kan rumahtangga calon lawan sebagai satu yang boleh diterima?
Barangkali selepas ini sesiapa saja boleh melakukan hal yang sama,apatah lagi sebuah parti yang kononnya namanya islam "tulen" mempromosikan akhlak kurang ajar dan sanggup bersusah payah melakukan apa saja untuk menjatuhkan calon demi kuasa politik.
Buat Rohaizad ,pisau berharap anda teruskan perjuangan dan banyakkan bersabar.Kepada calon PAS akhirnya anda berjaya dalam percubaan kali ke 7 untuk menjadi wakil rakyat telah berjaya.
Pisau perhatikan ada indikasi penolakan penyokong PAS kepada pemimpin seperti Anwar & Khalifah Guan Eng,kerana ada banner yang ditutup muka mereka berdua di permatang pasir.Adakah ini tanda protes kepada pengadai bangsa dan penghina islam.
PAS Pulau Pinang barangkali pendekatannya agak berbeza dari PAS negeri lain ,Pisau berharap mereka harus lebih vokal dalam memperjuangkan hak orang melayu dan islam di pulau pinang ,dan jangan hanya menjadi pak turut yang hanya menurut kata tuannya yang kafir harbi.
Kempen kali ini juga menyaksikan acara maki hamun dan membaling batu di pagi pilihanraya pada bulan puasa antara PAS dan UMNO.
Pisau berada di setiap pusat membuang undi,dan dalam perhatian pisau amat menyedihkan. apabila di sebelah sana dan sebelah sini (kedua dua nya berpuasa) bergaduh hingga ada yang tercedera.Seorang pemuda pisau sempat bertemu lengan tangan nya terbelah akibat dibaling batu oleh seorang penyokong PAS yang agak berumur.
Buat pemimpin PAS,tahniah lah Pisau ucapkan kerana anda menyemai perasaan politik benci kepada sesama saudara seagama .
Pisau kata "bulan saja puasa ,orangnya?"
Thursday, August 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment