Friday, August 21, 2009

Nasarudin patut BERTOBAT !!!



Berita yang baru diterima mengatakan bahawa Mujahid dan Salleh Man telah dipanggil dan diberi amaran keras oleh Nik Aziz untuk menyelesaikan persoalan tentang isu wang jentera pilihanraya Permatang Pauh berjumlah 60K dan wang peruntukan jentera pilihanraya negeri yang berjumlah 600K.

Manakala Mahfuz pula digesa untuk menaikkan kembali nama calon Pas iaitu Salleh Man yang semakin tenggelam di Permatang Pasir. Maka Mahfuz telah berkerjasama dengan ketua Pemuda Pas Nasarudin Tantawi didalam usaha memburukkan calon Umno/BN, Rohaizat Othman.

Dan timbullah FITNAH oleh Nasarudin Tantawi bahawa Rohaizat mempunyai isteri kedua di Pahang. Antara sedar atau pun tidak, Salleh Man juga dikhabarkan mempunyai sejarah menggoda isteri orang. Sebagai seorang peniaga pasar malam, tentunya Salleh Man tidak terlepas dari berhubung dengan para pembeli. Tapi amat memalukan jika keadaan tersebut disalah gunakan dengan kesempatan menggoda pelanggan wanita yang berdahi licin tanpa mengira status.

Mungkin pengaruh Tuan Guru Mat Sabu yang popular dengan skandal bilik 121 telah menular meresapi batang tubuh dan roh Salleh Man sehingga beliau lupa diri dan amanat etika berpoligami Hj Hadi. Mungkin juga Salleh Man belum khatam lagi didalam pengajian ilmu 'munakarat' dari Tuan Guru Mat Sabu.

Sedarlah wahai masyarakat Permatang Pasir, Mahfuz dan Nasarudin Tantawi sekarang berada didalam usaha meruntuhkan masjid yang dibina oleh Rohaizat dengan menyebarkan dakyah bahawa Rohaizat mempunyai wanita lain.

Nasarudin patut mengingatkan diri beliau sendiri bahawa usaha meruntuhkan sesebuah perkahwinan saudara Islam itu adalah amat ditegah didalam Islam. Perkara berkenaan ini tidak patut dijadikan bahan mainan selaras dengan sabda baginda rasulullah SAW...,

"Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk".

Nasarudin dan Mahfuz PATUT BETAUBAT !!!!!! (Pesanan Ihsan dari Mursyidul Am DAP, Karpal Singh)

by - Pusakaayahnda

No comments:

Post a Comment