Tuesday, August 25, 2009

PK Permatang Pasir : The Last Battle Ground !

Dr Novandri Hasan Basri

Tempoh berkempen di Permatang Pasir akan tamat pada jam 12 tengah malam ini. Sungguh pun SPRM telah melarang kempen di pondok-pondok parti politik tetapi penulis pasti bahawa kempen akan berterusan sehingga esok petang.

Esok merupakan ‘the last battle ground’ di mana kedua-dua pihak akan bermula di awal pagi untuk menyediakan kenderaan untuk menghantar pengundi-pengundi ke pusat pengundi. Berkemungkinan besar akan berlaku masaalah kecil di antara kedua-dua parti kerana masing-masing akan berebut-rebut menghantar pengundi.

Dalam tempoh perjalanan itu, jentera pilihanraya parti-parti politik akan terus berkempen untuk kali terakhir. Penulis lihat tempoh perjalanan tersebut mampu untuk mengubah pendirian seseorang pengundi yang berada di atas pagar.

Kerana itulah penulis meramalkan bahawa Permatang Pasir akan mengalami kejutan sesakan di jalanraya esok. Kehadiran kenderaan dari luar yang bertujuan untuk menghantar pengundi-pengundi akan memeriahkan suasana Permatang Pasir. Ahli-ahli parti politik tegar pula biasanya sudah nekad dengan pilihan mereka sejak bangun esok pagi lagi.

Hari ini cuaca begitu muram dan esok diramalkan hujan. Cuaca, bulan Ramadhan dan hari bekerja diramalkan sebagai beberapa faktor yang menyebabkan pengurangan kehadiran pengundi-pengundi di Permatang Pasir kali ini. Ada juga yang mengatakan bahawa penduduk-penduduk Permatang Pasir sudah bosan dengan pilihanraya.

Persoalannya sekarang, parti politik manakah yang akan menang esok?

Parti PAS telah menang di pilihanraya lepas dengan majoriti lebih 5,000 undi. Jumlah tersebut sangat besar dan merupakan satu cabaran berat yang perlu ditanggung oleh parti BN.

Akan tetapi, atmosfera politik di Permatang Pasir kali ini amat berlainan jika dibandingkan dengan PRU-12. Isu-isu besar yang didagangkan oleh parti pembangkang ketika itu tidak lagi menghantui parti BN. Parti UMNO pula sebenarnya tetap kuat dan masih lagi mendapat sokongan daripada rakyat.

Kedua-dua calon dilabelkan mempunyai masaalah tetapi calon BN diaibkan berdasarkan hak peribadi beliau yang tidak sepatutnya dijadikan bahan penilaian penduduk Permatang Pasir.

Tektik menyeret isteri kedua Rohaizat Othman ke dalam kaedah memburuk-burukkan calon BN merupakan satu kaedah tidak bermoral yang tidak patut timbul serta bersifat peribadi dan bukan merupakan satu penilain kepada pengundi-pengundi Permatang Pasir. Rohaizat Othman mungkin tertekan apabila beliau menjawap soalan rambang mengenai isteri kedua beliau.

Jika kita merujuk kepada ajaran Islam, isteri kedua Rohaizat Otman tidak patut dijadikan isu Parti PAS padahal pemimpin-pemimpin PAS juga mempunyai lebih daripada satu isteri!

Kewujudan isteri kedua Rohaizat Othman pula sebenarnya telah mendedahkan kepada kita semua tentang modus operandi parti PAS yang sanggup mencari kelemahan pihak lawan hingga ke lubang cacing semata-mata untuk menang pilihanraya Permatang Pasir.

Persoalannya, apakah ini yang kita mahu untuk mengundi parti PAS yang setakat ini gagal untuk menerangkan gerak kerja mereka untuk keselesaan dan pembangunan rakyat Permatang Pasir?

Dan kegagalan calon PAS di dalam 4 pilihanraya umum dan ‘unwanted’ di tempat sendiri adalah faktor-faktor sahih yang relevan untuk dinilai oleh penduduk Permatang Pasir.

Kita perlu tahu bahawa kredibiliti dan kemampuan sesebuah parti politik juga patut dijadikan penilaian utama pengundi-pengundi Permatang Pasir.

No comments:

Post a Comment