Thursday, August 20, 2009

CALON PAS PECAH AMANAH! PAS MINTA BUKTI DAN JANGAN FITNAH ! : PANDAI PULAK ?

Fitnah tuduh Salleh: Mujahid cabar blogger jadi anak jantan
Wartawan Harakahdaily Thu Aug 20, 09 12:58:55 pm MYT


BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau pernah mendakwa calon PAS Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man menggelapkan wang tabung pilihan raya PAS negeri.

"Saya cabar pihak-pihak yang mendakwa saya ini supaya memberikan bukti terhadap dakwaan ini dan jadilah anak jantan jangan pakai baling batu sembunyi tangan sahaja," kata Mujahid kepada Harakahdaily.
Mujahid menjawab laporan yang mendakwa beliau dan Zulkifli Mat Lazim, bekas Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang mendakwa Salleh menggelapkan wang parti. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pandai pulak PAS meminta dan mencabar pihak yang menuduh calon PAS PRK Permatang Pasir agar penulis blog ini memberikan bukti dan jangan baling batu sembunyi tangan.

2. Dalam hal ini mungkin PAS dan PR terlupa bahawa mereka juga membuat perkara yang sama terhadap Pm kita dengan menuduh PM dengan berbagai tuduhan contohnya. Dalam idu atlantuya mereka menuduh berbagai perkara bahawa PM terlibat dan isteri PM terlibat. Bukti tidak diberi. habis tempat dan padang berdemo dan memekik bahawa PM terlibta sehinggakan pada satu peringkat menghantar memo kepada DYMM Agung agar tidak mengesahkan perlantikan DS Najib sebagai PM.

3. Mana buktinya dalam kes PM? Adakah PAS pernah berikan dan kemukakan kepada pihak polis? Begitu juga dengan kes-kes yang lain. Adakah pernah sekali PAS memberikan buktinya? Tiada jawapannya. Hanya fitnah.

4. Jadi dengan lain perkataan, jika kita mahukan pihak lawan kemukaan bukti dan jangan bersifat baling batu sembunyi tangan maka PAS juga wajib menggunakan pendekatan dan kaedah yang sama dan bukan setiap hari melemparkan fitnah.

5. Kata dulang paku serpih, kata orang PAS yang lagi lebih.....................


by - PenghuniGua

2 comments:

  1. Kalau macam ni punya Hampas, aku tak undi dah..ternyata bukan salah Rohaizat. Tapi Hampas ni songlap RM600k..bapak syaitan ni. Meh pengundi pematang pasir jangan undi Hampas yang Songlap duit ni...

    Kalau korang nak bukti yang Hampas kunyit ni seleweng duit Hampas-Hampas yang lain tak Naik Najis yang maksum tu..Kalau Hangpa nak pie Sorga tanya Naik Najis ju sekejap je die bagi tiket masuk sorga..bukan Syurga.

    Kah kah Kah....sesat betul Naik Najis ni..

    Hua Hua Hua Hua...Mei Hua

    ReplyDelete