Ihsan megat pisau
--- Ini adalah salinan dokumen permohonan tarik balik dakwaan oleh pihak koperasi yang mendakwa Rohaizat bertarikh 28 mac 2008 dan telah mendapat pengesahan suruhanjaya sumpah pada tarikh 11 april 2008.
Kenapa baru sekarang apabila Rohaizat terpilih menjadi calon BN dalam PRK di Permatang Pasir tiba2 bar council hendak sensasikan? Malah diberitakan bahawa pihak Bar Council juga menerima dokumen yang sama.
Pengundi2 di Permatang Pasir khususnya harus faham berkenaan penyelewengan duit koperasi yg dilakukan sebenarnya oleh rakan kongsi Rohaizat. Disebabkan sikap tidak jujur rakan kongsinya itu, Rohaizat terpaksa menerima aib dan dipersalahkan. Sepatunya rasa simpati harus kita berikan kepada Rohaizat yang berkorban demi menyelamatkan firma guamannya.
Pas ternyata ketandusan isu dan memanipulasi perkara yang tak berasas. Sebenarnya Pas semakin takut dengan semangat berpasukan serta kerjasama agresif di pihak Umno/BN dan juga kredibiliti calon Umno/BN yang mantap. Tambahan pula calon parti Pas mempunyai rekod yang buruk apabila telah 6 kali tewas sebelum ini disetiap pilihanraya.
Jika Rohaizat begitu setia kepada semangat setiakawan dengan "mengorbankan" dirinya demi persahabatan, pastinya beliau akan menumpahkan segala kesetiaannya berkhidmat kepada masyarakat Permatang Pasir jika mandat diberikan padanya untuk menjadi wakil rakyat di DUN N11.
Amat rugi jika individu yang sebegini disia-siakan oleh pengundi2 N11 Permatang Pasir hanya semata-mata demi mengejar "syurga palsu" dari Pas.
Bak kata pepatah, "hanya jauhari yang mengenal manikam
oleh pusaka ayahanda
No comments:
Post a Comment