Sunday, August 23, 2009

N11 Permatang Pasir: PAS & Pakatan Haram Berpecah belah

Posted On 8/23/2009 08:30:00 AM by megat |
Pisau dapati kali ini kempen di prk di permatang pasir makin suram,malah lebih suram jika nak dibandingkan dengan kempen prk penanti.

Tinjauan di sekitar permatang pasir dan sembang sembang dengan rakan rakan PAS menceritakan segalanya. Rupanya PAS dan Pakatan Haram sedang bergolak ini termasuk lah masaalah dalaman yang berlaku didalam PAS sendiri.

Lama mana mahu disimpan bangkai gajah akhirnya membusuk jugak, sudah tersebar cakap cakap khabar angin dan ada orang yang terlibat dengan jentera menceritakan sendiri perihalnya pergolakan ini.

Pisau bertemu dengan seorang rakan ,beliau adalah penyokong kuat PAS dan terlibat dengan jentera pilihanraya ,untungnya beliau meluahkan segala yang terpendam . Kesusahannya siang dan malam,tinggal kan kerja demi parti,tidor tak cukup dan macam macam yang dirungutnya.

Pisau bertanya apa sebenarnya yang berlaku rupanya Orang PAS bergolak hanya kerana hal yang remeh temeh,soal makan duit sorang sorang dan ada yang jaga kroni masing masing.Yang sedap di dengar apabila pergerakan wanita pkr pulau pinang tidak membantu langsung,ini sudah pisau jangkakan kerena semasa kempen PKR di penanti langsung tidak dibantu oleh PAS ,malah muslimah PAS dengan sinis menyatakan tidak memerlukan bantuan daripada PKR.

Perihalnya semasa kempen PRK Penanti,hanya PKR dan DAP sahaja yang membuat gerak jentera pilihanraya,kali ini PKR dan DAP pulangkan paku buah keras kepada PAS, PAS langsung tidak dibantu oleh PKR dan DAP. Pisau ada bertanya dengan seorang kawan,beliau adalah ketua bahagian PKR katanya " padan muka dengan PAS,parti celaka tu patut kena ajaq lama dah,la ni baru depa ada akai,kami memang tak mau tolong dah"

Itu tandanya diantara mereka didalam PR memang saling tidak berkerja sama dan hal ini sudah lama Pisau dengar,berlaku di SUK,Komtar dan termasuk didalam MMK Negeri.

Jentera PKR & DAP juga tidak puas hati terhadap tindakanAllahyarham Dato Hamdan,pisau memang mengetahui lama perihal dengan pemberian dan keutamaan hanya kepada ahli ahli PAS untuk menggangotai didalam pelantikan ahli jawatankuasa didalam setiap program ataupun organisasi yang beliau ketuai serta secara terangan ketepikan rakan mereka yang berada didalam pakatan haram .

Pisau banyak berdamping dengan rakan rakan PKR di Permatang Pasir, Pisau mengambil kesempatan bertemu di pasar sama gagah,kami berbual panjang tentang cerita politik tempatan.Untuk pengetahuan semua pembaca,rakan Pisau yang berada didalam PKR menceritakan dan mengesahkan akan kekecewaan ahli2 PKR & DAP di Permatang Pasir kerana sebelum ini PAS langsung tidan membantu semasa PRK Penanti.

Balas dendam dan boikot kepada PAS di Permatang Pasir cukup memberi kesan kepada kempen mereka,nampak suram dan ceramah ceramah hanya dihadiri orang yang sama berplate nombor luar. Orang orang itu jugak berpergi melawat dan memenuhi program program PAS,seolah olah mereka ini sudah ketandusan sokongan.



Pisau kata " PAS dah nak lingkup"

No comments:

Post a Comment