Thursday, August 20, 2009

Kebatilan Didepan Mata..


Penduduk Kampung Buah Pala serah memorandum kepada TPM

PERMATANG PAUH: Penduduk Kampung Buah Pala menyerahkan memorandum bantahan terhadap pengambilan tanah di kampung itu secara mengejut kepada Tan Sri Muhyiddin Yasssin ketika Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan ke di sini, petang tadi.

Ketika menyerahkan memorandum itu, mereka turut melaungkan sokongan terhadap Muhyiddin dan berjanji akan melihat kandungannya. BACA LAGI S.I.N.I

Penduduk Permatang Pasir, tidak cukupkah peristiwa pembohongan Kg Buah Pala sebagai peringatan? Jika orang miskin India ini sendiri teraniaya di depan mata anda dan mereka serik dan menolak DAP, adakah anda penduduk Permatang Pasir mahu PAKATAN pembohong ini terus memerintah Pulau Pinang?

Jika anda terbaca dari blog atau komen-komen yang menyentuh the truth of Kg. Buah Pala yang memihak kepada DAP dan Pakatan, anda harus tahu pengomen dan penulis tersebut adalah orang luar kerana jika ditanya kepada penduduk Kampung itu sendiri, mereka akan memaki hamun LGE, DAP, CAT, Rayer dan PAKATAN. Adalah jelas berita dari pro pembangkang tidak pernah mengqoute dari penduduk.

DAP dan PAKATAN jelas mungkir janji dan mempermain-mainkan nasib orang miskin. Pakatan menakut-nakutkan penduduk Kg. Buah Pala pada PRU12 yang lepas untuk memerangkap mereka bagi mempercepatkan pemaju membangunkan apartment di tanah Kg Buah Pala yang akan dibeli kaum DAP nanti. Apa yang jelas cara BN dulu lambat dan tidak akan menguntungkan pemaju, 30 tahun bincang kerja tak jalan.

Untuk rekod penjualan tanah Kg. Buah Pala disempurnakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang baru, DAP pada 27 Mac 2008 19 hari selepas menang PRU12. DAP juga menerima baki RM 2.2 million dan tidak cukup dengan itu membuat laporan polis kerana penjualan tanah itu terlalu murah!.

Rakyat kata: Undi PAS = Undi DAP
by - PilihanAnda

No comments:

Post a Comment