Amal 'politik dajal', Umno-BN perlu disingkirkan
PERMATANG PASIR, 18 Ogos: Umno-BN sentiasa mengamalkan 'Politik Dajal' dalam usaha mengekalkan kekuasan memerintah negara."Lantaran itu kita wajib menyingkir mereka walaupun penyakit itu sudah lama melanda negara kita,"
kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ceramah di Markas Permatang Luar di sini semalam.
Katanya, jika mereka terus diberi kuasa, politik seperti ini akan tetap diamalkan kerana pada mereka inilah cara terbaik lagi halal untuk mengaburi mata rakyat."Politik Dajal ini ialah mengutamakan sahabat handai dan kaum keluarga dalam usaha mereka menyalurkan kekayaan negara dan pelbagai kemudahan,"katanya.
Dalam kes Pulau Pinang, katanya, sejak berpuluh tahun BN memerintah yang sebelumnya Perikatan, apa wakil Umno buat untuk menyenangkan orang Melayu."Wakil Umno dalam Dewan Undangan Negeri mengatasi wakil dari Gerakan dan MCA juga MIC.
Cakap saja nak tolong orang Melayu. Bohong saja,"katanya.Sementara itu di tempat yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Haron Taib sependapat dengan Dato' Seri Hadi bahawa Umno senantiasa membodoh-bodoh rakyat."Mereka sering menggula-gula rakyat (Melayu) dengan pelbagai tawaran yang kononnya merekalah (Umno) yang hanya mampu mentadbir negara dan menyalur segala harta kekayaan,"katanya.
Ingat, katanya, "kita jangan sekali-kali terperangkap dengan dakwaan mereka lagi."Mari kita nyahkan mereka segera dan jadikan Pilihan raya Permatang Pasir sebagai medan awal untuk meruntuh kekuasaan Umno-BN pada pilihan raya kebangsaan akan datang,"katanya kepada lebih dua ribu orang yang hadir mendengar ceramah di sini.
Semasa hari pencalonan semalam,calon Pakatan Rakyat dari PAS, Ustaz Mohd Salleh Man akan bertembung satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional dari Umno, Rohaizat Othman,Nama kedua-dua mereka disahkan sebagai calon selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak 15 bantahan yang dibuat terhadap mereka.
Usaha seorang pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti untuk menjadi calon tidak kesampaian apabila beliau terlambat menghantar kertas pencalonan melebihi masa yang ditetapkan iaitu sebelum jam 10 pagi.Pilihan raya kecil Permatang Pasir diadakan setelah Adunnya, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) meninggal dunia pada 31 Julai lepas. - harakah
Politik dajal,politic animal dan istilah pelancap politik hanya untuk Hj Hadi dan semua penyokong Pakatan Sumbang Mahram DAP & PKR, hanya kamu yang layak memegang status durjana tersebut.Oh terlupa siapa yang pendajal ugama,bangsa dan negara kalau tidak bukan Pakatan Sumbang Mahram ini. Pasti nya buat pendajal politik PAS lebih berselera dan bernafsu jika didatangi oleh DAP dan PKR secara haram.
Sijil nikah pun tak ada,makanya perkahwinan tidak rasmi ini mengundang anak anak haram yang bertebaran di seluruh negara yang menghalalkan cara untuk apa apa saja demi selera nafsu politik merekaYa,kuil kuil didirikan di kawasan lebih 80% orang melayu di Selangor, siapa yang dajal? Umno? atau DAP atau PAS ataupun Hj Hadi sendiri yang menjadi pendokong mereka mereka ini.
Ya isu beer di selangor ,isu azan,isu menghalalkan kafir harbi mengkafirkan saudara Islam,menjual ayat ayat quran,merampas tanah wakaf di beri kepada kubur cina(selangor) siapa yang dajal?Siapa yang mengkafirkan saudara Islam sendiri?
Siapa yang dajal sebenarnya? Siapa yang membuat kecoh di seluruh negara berdemo menyusahkan orang? siapa yang dajal?
Yang menghina Islam lagi lebih dajal yang dikatakan berpolitik dajal.
-Pisau kata " Penjilat Anwar & Pakatan haram raja segala dajal"
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
2 days ago
No comments:
Post a Comment