Friday, August 21, 2009

Dua perkara PANASS di Permatang Pasir hari ini.

MUJAHID YUSOF RAWA DIMINTA MENAFIKAN YANG BELIAU TELAH MENGESAHKAN CALON PAS SELEWENG DUIT RM 60 RIBU
PENGARAH P/RAYA PAS PERMATANG PASIR YANG BERCAKAP PASAL INTERGRITI,TETAPI DIRI SENDIRI TIADA INTERGRITI


Dua perkara panas berlaku di Permatang Pasir hari ini. Inilah padahnya bila mula bermain dengan api. Akhirnya membakar diri sendiri. Siapa yang mula melancarkan perang peribadi ? PAS. Kerana apa ? Kerana pengarah pilihanrayanya seorang yang bodoh,bangang dan terdesak.

Pertama, Nik Aziz telah mengarahkan Mujahid Yusof Rawa menafikan yang beliau ada bercakap dengan seseorang mengesahkan calon PAS ada seleweng duit RM 60 ribu (Rujukan,klik sini)
Sungguh tak ku sangka tulisan aku telah menggoncangkan PAS. Tetapi,aku terpaksa bayar dengan harga yang tinggi,iaitu aku terpaksa mengorbankan persahabatan aku dengan seorang teman.

Kedua,Mahfuz Omar,apabila ditanya wartawan hari ini beliau cuba menafikan yang beliau selalu ke Penjara Pokok Sena. Walaupun pada mulanya beliau mengiyakan dengan mengatakan beliau selalu ke penjara berkenaan kerana penjara tersebut berada di dalam kawasannya. Apabila didesak lagi oleh wartawan,beliau mula pusing cerita. Mana intergriti oiiii????

Saya harap wartawan akan terus mendesak Mahfuz dengan soalan berkenaan.

Jika beliau tidak menjawab dengan jujur,saya akan dedahkan pada hari ahad ini jam 12.00 tengahari.

Saya dah bertekad,saya akan malukan Mahfuz habis-habisan kali ini. Kerana beliau yang mula melancarkan perang. Sebagai anak jantan kita mesti sahut. Pengedaran wang palsu bersama logo BN yang diedarkan oleh PAS juga membuat hati saya bertambah panas terhadap Mahfuz.(Rujukan,klik sini)

Saya dah tekad,walaupun ada segelintir rakan-rakan saya yang cuba menasihatkan saya jangan campur hal peribadi,tetapi saya akan teruskan juga. Saya tidak gentar. Saya akan dedah dan saya akan lawan Mahfuz sampai ke lubang cacing.

Jika Mahfuz boleh menyerang peribadi calon BN,mengapa saya tidak boleh menyerang peribadi Mahfuz. Apakah calon BN tiada maruah dan Mahfuz saja yang ada maruah ? Lagipun apa yang dituduh terhadap calon BN adalah perkara yang telah selesai.

Update@ 1512hrs. Petikan dari Harakah...kah...kah Online :PAS akan membuat pendedahan demi pendedahan berhubung salah laku calon BN Rohaizat Othman, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar(Rujukan,klik sini)

Dedah mahfuz ! dedah lagi !


by - RBF

No comments:

Post a Comment