Sunday, August 23, 2009

PRK Permatang Pasir penanda bermulanya Zaman Kejatuhan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


Analisis Kumbang...

Melihat pada PRK Permatang Pasir yang sedang berlangsung ini. Kumbang melihat dan menganalisis beberapa perkara yang terlepas pandang oleh kita semua. Iaitu mengenai Tuk Guru 'kesayangan' kita Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Apa yang berlaku sekarang di Kem Pas Permatang Pasir adalah mereka engkar dengan jaminan atau yang kumbang kira sebagai arahan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk tidak menyerang peribadi calon tetapi hanya mengkritik dasar-dasar parti.
Klik sini untuk melihat jaminan Nik Aziz tersebut.

Tetapi apa yang berlaku pimpinan PAS,para blogger dan penyokong PAS sendiri engkar dengan arahan yang diutarakan Nik Aziz ini dengan mula menyerang peribadi Calon BN,Rohaizat.

Dimulakan dengan kontroversi Rohaizat digantung sijil amalan guamannya sejurus penamaan calon Ahad lalu dan semalam Ustaz Nasaruddin Tantawi mula mendakwa bahawa Rohaizat mempunyai isteri kedua di Pahang. Perkara ini jelas menunjukkan serangan peribadi dimainkan di Permatang Pasir dan jaminan serta arahan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat supaya serangan peribadi tidak dimainkan di Permatang Pasir 'dibakulsampahkan' pimpinan PAS,para blogger dan penyokong PAS.

Pada Kumbang di Permatang Pasir inilah bermulanya kejatuhan seorang pemimpin yang bernama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Perkara ini pernah terjadi kepada Tunku Abdul Rahman,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Asri bekas pimpinan PAS sendiri yang pernah digelar wira dikalangan parti dan penyokong mereka tetapi akhirnya mereka mengalami zaman kejatuhan dengan pelbagai tuduhan, berasaskan apa yang mereka lakukan di penghujung karier politik mereka.

Apa yang Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat lakukan?

Kumbang tak mahu ceritakan apa yang Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat lakukan. Anda boleh lihat di link ini dan nilailah sendiri kenyataan-kenyataan ini dan di samping kenyataan flip-flop Nik Aziz mengenai kroni serta lompat parti yang diucapkan beliau awal tahun lalu. Yang mana natijahnya perkara ini akan menyebabkan arahan dan jaminan beliau kini hanya layak untuk 'dibakulsampahkan' oleh pimpinan PAS,para blogger dan penyokong PAS sendiri.

Menurut maklumat yang Kumbang terima arahan serangan peribadi ini telah dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim. Jika benar perkara ini, ini bermakna kata-kata dan arahan Anwar Ibrahim kini begitu bermakna di kalangan pimpinan PAS,para blogger dan penyokong PAS tetapi jaminan serta arahan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bagi mereka hanya layak untuk ' dibakulsampahkan'.

Adakah wujud gerakan 'underground' menafikan arahan dan pendirian Nik Aziz di dalam PAS?

Jika ini berlaku Nik Aziz kini perlu bersedia untuk berundur dan bermuhasabah.
Beliau perlu sedar,PAS kini sudah lebih liberal di bawah Mursyidul Am Baru, Anwar Ibrahim.

Persoalannya adakah pimpinan PAS,para blogger dan penyokong PAS peduli?

No comments:

Post a Comment