Sunday, August 23, 2009

PRK Permatang Pasir : Agenda Peribadi Anwar Ibrahim


Analisis Kumbang..

Seperti dijanjikan semalam,Kumbang akan mendedahkan apakah strategi dan arahan-arahan Anwar Ibrahim di PRK Permatang Pasir. Yang mana boleh dirumuskan arahan-arahan beliau ini mempunyai maksud tertentu dan beliau sendiri mempunyai kepentingan kepada arahan-arahan ini.

Mari kita semak satu-persatu arahan-arahan Anwar Ibrahim di PRK Permatang Pasir.

Dato’ Seri ANWAR IBRAHIM telah mengeluarkan arahan pada mesyuarat tertutup Pakatan Pembangkang supaya para penceramah dan jentera kempen PR lebih memberi tumpuan kepada isu-isu berikut dalam usaha meraih sokongan pengundi mulai 23-25 OGOS 2009 iaitu bermula pada hari ini sehingga menjelangnya hari mengundi.

Kumbang berharap selepas pendedahan ini, jentera anti Anwar Ibrahim di sana bolehlah memikirkan cara bagaimana untuk menangani dan spin isu-isu di bawah.

Isu-isu tersebut ialah:-

Pertama ialah mengenai pelantikan Dato’ AHMAD ZAHID HAMIDI selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang dikatakan tidak mendapat persetujuan dari sebahagian besar pimpinan UMNO Negeri. Menurut mereka, jawatan tersebut sepatutnya diberikan kepada Dato’ AZHAR AHMAD, ADUN PENAGA merangkap Setiausaha UMNO Pulau Pinang.

Samada benar atau tidak,isu ini sengaja ingin dimainkan Anwar untuk memecah-belahkan UMNO Pulau Pinang di saat akhir menjelang hari mengundi 25 Ogos nanti. Hal ini dibuktikan dengan Demo di Bukit Mertajam jumaat lalu yang membantah tindakan Zahid Hamidi berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel,yang mana demo ini sengaja diadakan untuk mewujudkan kebencian ahli-ahli UMNO dan Pengundi Permatang Pasir kepada Zahid Hamidi.

Isu kedua ialah serangan habis-habisan terhadap peribadi calon BN,Rohaizat yang mana berkenaan penggantungan lesen firma guaman Rohaizat oleh Bar Council berhubung isu penyelewengan bayaran wang guaman,penyelewengan wang Koperasi RISDA sebanyak RM 240,000 yang dipegang oleh Rohaizat dan kononnya UMNO ketandusan calon sehingga sanggup memilih calon yang terlibat dalam pelbagai skandal penyelewengan wang rakyat.

Yang mana kesemua isu serangan peribadi ini adalah sengaja dimainkan Anwar untuk mengaburi segala kelemahan jentera Pakatan Pembangkang di Permatang Pasir.Klik sini untuk melihat laporan Kumbang mengenai perkara ini.

Arahan dan isu kedua ini dikatakan disahut oleh calon PAS Salleh Man dan penyokong PAS yang memihak kepada Anwar Ibrahim yang mana Salleh Man dikatakan akan mengedar sebanyak 15,000 keping risalah bertajuk “Apakah Pemimpin UMNO Buat Untuk Melayu Pulau Pinang” dan “Rohaizat Diminta Tarik Diri” serta beliau juga telah menjalankan kempen melalui internet dengan bantuan beberapa “bloggers” pro Anwar Ibrahim untuk memberi tekanan kepada UMNO. Hal ini dilakukan supaya UMNO tidak mengambil perhatian terhadap kempen membawa kemajuan kepada Permatang Pasir tetapi hanya memberi tumpuan membersihkan kredebliti calon mereka sahaja dan usaha ini dikatakan sebagai bertujuan memecah-belahkan penyokong dan ahli-ahli UMNO.

Apa yang sebenarnya di sebalik arahan-arahan Anwar Ibrahim ini?

Merenung kembali arahan-arahan Anwar ini yang membelakangkan amanat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat supaya tidak menyerang peribadi calon lawan. Kumbang cuba untuk mencari punca kenapa Anwar lebih bersungguh-sungguh berkempen di Permatang Pasir.

Pertama, menurut apa yang Kumbang dengar.Pimpinan PAS termasuk Presiden PAS,Haji Hadi sendiri amat tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim kerana gagal meyakinkan Lim Guan Eng untuk memberi jawatan exco kepada Allahyarham Pak Hamdan, bekas adun Permatang Pasir selepas pilihanraya umum yang lalu.

Disebabkan itu pimpinan PAS dilaporkan tidak turun untuk membantu kerana melakukan protes terhadap Anwar disebabkan tiada apa-apa yang akan mereka dapat jika menang di Permatang Pasir melainkan Anwar yang akan dapat mengekalkan momentum sokongan beliau.Disebabkan hal ini juga ada pihak di kalangan PAS sendiri yang dikatakan memboikot dan mensabotaj calon PAS di Permatang Pasir.Klik sini untuk melihat laporan Kumbang mengenai perkara ini. Selain daripada itu juga kita dapat lihat hanya Salleh Man yang bersungguh-sungguh berkempen dengan rakan beliau Mahfuz Omar tanpa bantuan pimpinan PAS yang lain.

Kedua ialah Anwar Ibrahim melihat bahawa sokongan beliau di Permatang Pasir dan di negeri sekitar utara semenanjung semakin berkurangan,ini dibuktikan dengan Adun Lunas yang bertindak keluar PKR pada hari ini(23 Ogos 2008) dan di Permatang Pasir sendiri sokongan Muslimat Pas dikatakan tidak memihak kepada Anwar. Hal ini dibuktikan dengan keengganan Muslimat Pas Permatang Pasir untuk membantu Wanita PKR pada PRK Permatang Pauh yang lalu disebabkan mereka percaya Anwar terbabit dengan tuduhan liwat. Perkara ini turut menyebabkan Anwar kalah di 2 Peti Undi Kawasan Permatang Pasir pada PRK Permatang Pauh yang lalu.

Atas dasar sokongan melayu termasuk ahli-ahli yang semakin berkurangan kepada Anwar di Permatang Pasir inilah, Saleh Man dan jentera PAS yang masih memihak kepada Anwar Ibrahim akan memberi tumpuan sepenuhnya di kawasan majoriti pengundi Cina iaitu Kg. Cross Street, Sama Gagah dan Permatang Pauh dan bagi memastikan PAS mendapat sokongan pengundi cina.

Salleh Man juga dikatakan telah menonjolkan hubungan baik dengan LIM Guan Eng, Ketua Menteri Pulau PINANG dan Dato’ Seri Ir. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN, Bekas MB PERAK.Yang mana tindakan ini adalah atas arahan Anwar Ibrahim yang menyedari hanya undi daripada kaum Cina yang dapat menentukan kemenangan Pakatan Pembangkang di Permatang Pasir.

Khulasahnya, kemenangan PRK Permatang Pasir adalah hanya matlamat peribadi Anwar Ibrahim untuk membuktikan sokongan kepada beliau semakin kuat bukan bermatlamat untuk memenangkan calon PAS. Hanya Saleh Man,Mahfuz Omar dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sahaja yang membantu Anwar. Sedangkan kepimpinan PAS yang lain lebih senang melihat daripada jauh kerana tidak yakin dengan Anwar Ibrahim mampu membantu perjuangan PAS.

Pimpinan PAS yang lain ternyata jelek dengan Anwar Ibrahim yang hanya mendiamkan sahaja apa yang dilakukan oleh DAP di Selangor. Kumbang juga mendengar khabar angin PAS di Selangor hanya menunggu masa dan ketika sahaja untuk menyeberang ke Barisan Nasional.

Adakah selepas PRK Permatang Pasir selesai?
Kita sama-sama tunggu..

Persoalan di atas semua kecelaruan ini,
Sampai bila PAS akan menggadaikan prinsip dan menjadi alat untuk Anwar Ibrahim meraih kuasa?
Sampai bila ahli-ahli PAS akan tunduk kepada Anwar Ibrahim dan membelakangkan arahan dan amanat pemimpin mereka sendiri?

Kepada ahli-ahli PAS dan Para Pengundi Permatang Pasir fikir-fikirkanlah...

1 comment:

  1. http://efenem.wordpress.com
    Anwar Ibrahim berprestasi tinggi dan tiada masalah perkahwinan kah kah kah

    ReplyDelete