Wednesday, August 19, 2009

Tuduhan tak relevan Majlis Peguam.


Pakatan Rasuah@Reput telah mempersoalkan status peguam calun Barisan Nasional untuk Permatang Pasir, Rohaizat Othman sebagai isu.Mereka menuduh Rohaizat telah melakukan pecah amanah berdasarkan aduan yang dibuat oleh seorang bernama Haji Che Ani. .

Rohaizat telah menjelaskan perkara ini dan pihak yang membuat aduan telah memberi surat bertarikh Mac 28hb, 2008 memberitahu perkara ini sudah selesai.Maka tuduhan itu tidak releven lagi dan butiran sebenar berkenaan isu ini tidak diketahui umum.

Ia sepatutnya sudah selesai dan tidak menjadi isu. Persekongkolan Majlis Peguam Sesuatu yang menjadi hairan kepada kami adalah kesegeraan pihak Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan akhbar segera semalam.Hairan melihat Majlis Peguam yang sering kali amat birokratik dan lambat dalam tindakan boleh begitu segera mengeluarkan kenyataan sehari selepas hari pencalunan.

Tujuan dan kesegeraan kenyataan Majlis Peguam begitu jelas adalah untuk membantu kempen Pakatan Rasuah@Reput di Permatang Pasir.Isu ini baru ditimbulkan pada hari penamaan calun dan ia bukan satu kebetulan untuk kenyataan Majlis Peguam dikeluarkan sehari kemudiannya.

Ianya tidak memerlukan kesegeraan sedemikian. Pasti pihak Majlis Peguam akan menafikan dan mengatakan mereka bersikap profesyenal dan tidak memihak kepada mana-mana pihak.Jika demikian, Majlis Peguam tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang akan digunakan sebagai bahan kempen politik. Ini hanya menunjukkan Majlis Peguam sebagai cenderung memihak kepada satu pihak.

Putarbelit Majlis Peguam Kenyataan Majlis Peguam adalah berikut:


In response to inquiries from the media, we wish to clarifyRohaizat Othman’s
status as an advocate and solicitor.


The Advocates andSolicitors
Disciplinary Board struck Rohaizat Othman off the Roll of Advocatesand
Solicitors on 7 March 2008 after he was found guilty of misconduct.
TheDisciplinary Board’s decision arose from an investigation into the
complaintlodged against Rohaizat Othman by the purchaser of a piece of real
property.According to the complaint, Rohaizat Othman failed to refund almost RM
161,000to the complainant after the transaction was aborted.


Rohaizat Othman appealed against the decision of the Disciplinary
Board to the High Court, and the appeal was dismissed on 12 August 2009. He is
therefore legally disqualified from practising as an advocate and solicitor.


The finding of misconduct is personal to Rohaizat Othman, as the
Disciplinary Board would not hold a lawyer liable for the actions of his/her law
partner(s).


George Varughese Secretary Malaysian Bar 18 August 2009


Pada perenggan akhir, kecenderongan Majlis Peguam begitu jelas hingga sanggup berbohong dan mengeluarkan kenyataan yang salah.Masaalah yang dihadapi oleh Rohaizat adalah disebabkan oleh rakankongsi beliau tetapi sebagai rakan kongsi, beliau terbabit. Perenggan ini menunjukan Majlis Peguam telah pre-empt (tindakan mendahului) sebab musabab yang diterangkan oleh Rohaizat.

Hanya seorang yang rapat dengan Majlis Peguam yang boleh mendapatkan mereka membuat kenyataan sedemikian. Jari Jemari Peguam "Murtad" Difahamkan usaha meminta Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan ini dilakukan oleh seorang peguam pro-Murtad dan pembela ajaran sesat bernama Harris Ibrahim.

Harris adalah seorang aktivis dan blogger pro-Pakatan Rasuah yang aktif dalam Majlis Peguam.Peguam ini begitu gigih menentang establishment ugama Islam yang diamalkan di negara ini. Dia terlibat dalam banyak kes-kes antara ugama, penentang mahkamah syariah dan aktivis penentang establishment dan amalan ugama Islam di negara ini. Pendirian dan kata-katanya boleh dianggap sebagai seorang yang sudah "menghampiri murtad".

Kini Harris menyokong PAS, satu parti yang beliau sendiri tentang. Beliau amat aktif disetiap pilihanraya kecil dan isu ini adalah hasil inisiatifnya. Memang beliau amat rapat dan aktif dengan Majlis Peguam. Maka tidak menghairankan beliau dapat meminta Majlis Peguam membuat kenyataan segera.

Jangan sekali-kali percaya dan mendengar kata-kata dan gerak laku orang fasik yang menentang Islam!!!


by - pusakaayahnda

No comments:

Post a Comment