Seperti dijangka saya dilanyak cukup-cukup bila keputusan PRK Permatang Pasir diumumkan. Semuanya gara-gara posting saya yang sebelum ini mengatakan BN akan menang dengan majoriti di bawah 100 undi.
Pelbagai kecaman dan perli yang saya terima , baik melalui ruangan komen,e mail, sms dan juga panggilan telefon. Saya terima seadanya segala kecaman tersebut. Kalah menang adat bertanding. Walaupun sudah tujuh kali BN kalah dalam 'rally' PRK penggal ini,ianya tetap tidak mematahkan semangat saya.
Saya meramalkan BN akan menang. Itu tidak menjadi kesalahan. Ramai orang yang meramalkan mengikut pandangan masing-masing. Mahfuz Omar sendiri mengatakan PAS akan menang dengan 1 undi. Sayuti Omar,seorang penulis politik terkenal pun meramalkan PAS akan menang 300 undi(Rujukan, klik disini).
Semua orang layak mengeluarkan pendapat masing-masing dalam sebuah negara yang demokrasi. Maka saya pun layak mengeluarkan pendapat saya. Anda juga layak memperli atau mengecam saya. Tidak mungkin saya sebagai seorang penyokong BN hendak mengatakan BN akan kalah. Sudah pasti saya harus dukung pasukan yang saya sokong. Jika di Pekan atau Putrajaya ada PRK pada masa akan datang,sudah pasti orang-orang PAS juga akan mengatakan mereka akan menang di sana. Menjadi hak kita menyokong pasukan yang kita dukung.
Jika melihat kepada serangan-serangan peribadi PAS terhadap calon BN,sepatutnya PAS menang dengan majoriti melebihi sepuluh ribu atau calon BN kehilangan deposit. Tetapi,apa yang dah jadi ? Majoriti PAS menurun,dan undi BN tidak lari banyak daripada apa yang dikutip dalam PRU ke 12 pada tahun 2008.
Maknanya PAS masih belum benar-benar hebat di sana. Jika dalam PRU 12 ,PAS menang 5000++, selepas itu dalam PRK Permatang Pauh 2008, bagi DUN Permatang Pasir, PKR menang 7000++. Ianya menunjukan peningkatan yang mendadak. Sepatutnya dalam PRK kali ini majoriti itu terus naik lagi hingga ke 10000, tetapi apa yang terjadi,ianya turun mendadak. Apa dah jadi ? Adakah itu boleh dinamakan kuat ? Kepada penyokong PAS , jangan terlalu syok sendiri. Angka-angka juga harus dilihat dan diteliti. Jangan hanya nampak syurga sahaja.
Saya tahu,ramai yang akan berkata,walau berapa majoriti sekalipun ianya tetap menang. Ya betul, saya tak nafikan. Tahniah diucapkan kepada yang menang. Akhirnya kuda tua yang sudah enam kali rebah menjadi juara jua. Tetapi apa gunanya kemenangan jika ianya menjurus ke arah sebuah kehancuran,terutamanya dikalangan Islam dan melayu.Perpaduan yang ditawarkan tetapi kehancuran juga yang diburu.
Kepada ahli-ahli PAS,selamat bergumbira di syurga...
sumber : rbf
Pada saya takda masalahnya pun kalau analisis kita salah sepertimana sdr mengatakan mahfuz dan sayuti pun tersilap perkiraan, takkan dengan sengaja yakin menang tapi menconggak pas akan kalah.
ReplyDeleteKenapa org UMNO perlu tunduk dan mengiyakan analisis kononnya pas menang. Di Kuala Terengganu memang benar mereka menang. Di BG,MU dan PP mereka hanya mengekalkan kerusi dgn kemerosotan undi melayu.
Dan kenapa pula asyik UMNO yg perlu dibeban dan dipersalahkan setelah selesai PRK ? Adakah calon yg bertanding menggunakan lambang UMNO atau BN ? Adakah jentera BN benar2 bertungkus-lumus atau hanya jentera UMNO sahaja ? Sudah2lah kita nak menjaga hati orang lain. Mereka juga patut dipersalahkan.