Monday, August 17, 2009

Kenapa Mat Sabu Ditendang ? Calon PAS Salleh Man Peniaga Pasar Malam

Mat Sabu 'ditendang' menjadi calon PAS di Permatang Pasir. Kenapa?


Ustaz Salleh Man menjadi calon pilihan PAS di Permatang Pasir. Apa keistimewaan Ustaz Salleh Man? Abe MIE lebih senang panggilnya dengan 'Saman', kerana tidak layak digelar ustaz. Dalam PAS, Lim Guan Eng pun diangkat sedarjat dengan Khalifat Umar Abdul Aziz, iaitu kepimpinan 'Singa Allah'.

Siapa 'Saman'?

1. Sama seperti abe Fauzi, calon PAS di Manik Urai. Saman atau Ustaz Salleh Man seorang peniaga pasar malam yang dikatakan terkenal di pasar dan selalu kelihatan menjaja beberapa barangan makanan seperti martabat, apam balik dan sayur-sayuran.

Abe Fauzi di Manik Urai seorang pemborong ikan, kini penjual di pasar malam menjadi pilihan pada PAS.

2. Kenapa PAS tidak mengambil Mat Sabu calon pilihan LGE? Mat Sabu tidak menjadi pilihan kerana kawasan itu adalah Kawasan Anwar Ibrahim. Ada orang kuat PKR (Puak Kaki Rasuah) memberitahu, ketika Anwar dalam BN, Mat Sabu orang yang berperanan memburukkan Anwar dengan gelaran al-Juburi.

Jadi, kehadiran Mat sabu tidak disenangi oleh bekas penyokong UMNO yang kini menjadi PKR. Ada cawangan PKR dari Kampung Bukit Pelanduk memberitahu, sekiranya Mat Sabu diletak sebagai calon PAS, cawangan itu akan sertai UMNO atau akan melakukan protes.

Jadi, PAS tidak mahu mengambil risiko kerana PAS tidak mahu mereka kalah walaupun dengan satu undi. Ingat, misi PAS pada kali ini menggunakan '2004' sebagai panduan kemenangan PAS memandangkan isu-isu yang panas kini akan dieksploitasi oleh BN dan UMNO. (2004, PAS menang tak sampai 600 undi)


3. Pasal Salleh Man, abe MIE hendak menceritakan biodatanya sedikit sebanyak. Pernah berniaga ais krim di sekitar SK Permatang Pasir (SKPP) sekitar tahun 1980-an. Beberapa kali dihalau kerana berniaga secara haram, sebelum dia mengambil keputusan berniaga di pasar malam dengan mengupah beberapa pekerja dari Indonesia.

Kelibat Salleh Man dilihat dibeberapa pasar malam di sekiar Jalan Kubang Seman menjual apam balik. Kemudian berniaga air tebu dengan membuka gerai kecil di Jalan Sama Gagah, 10km dari SKPP.

Salleh Man menjual sayur-sayuran di pasar malam Mengkuang Titi beberapa tahun.


4. Tidak pasti kelulusan Salleh Man setinggi Abe Fauzi dari Manik Urai atau mungkin lebih 'setingkat' tinggi kelulusan dari ADUN MU.

5. Misi dan slogan PAS pada kali ini ada 5 prinsip itu ialah:

1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah
2. Memperlihatkan akhlak mulia sebagai muslim
3. Menjadi ahli yang patuh kepada arahan pimpinan parti
4. Istiqamah dalam memenangi Pakatan Rakyat
5. Turun mengundi bagi yang layak untuk mengundi. (dipetik dari harakahdaily)


6. Misi ke-6 ialah menghina dan mengaibkan Rosmah, isteri Najib, mengaibkan peribadi keluarga Najib sehabis-habisnya. PAS akan menggunakan isu Najib dan Muyyiddin-kononnya mereka kini berkelahi sebagai isu dan Anwar Ibrahim dikatakan akan berdiam diri kerana masalah 'teknikal'.

PAS juga akan mendakyahkan kononnya BN berjaya menggagalkan PAS di MU kerana wang seolah-olah penduduk MU adalah orang yang tidak bermaruah dan boleh dijual-beli bukan kerana rakyat menolak PAS dan bosan dengan perjuangan menipu umat Islam.

(Sumber dari salah satu cawangan PKR Mengkuang Titi, Permatang Pauh)


abe MIE-

PAS akan menjadikan bulan Ramadhan sebagai jihad untuk melawan UMNO dan Melayu bersama-sama pejuang dengan mujahid DAP dan perasuah PKR menghapuskan kafir Melayu-UMNO.

abe MIE-

Apakah menjadikan PAS kuat di Permatang Pasir? Di MU, PAS kuat kerana Nik Aziz. Di Pulau Pinang, adakah PAS akan menggunakan kekuatan khalifah LGE? Resipi di MU seperti duduk bersama penduduk, solat di masjid, bersembang di kedai kopi dengan penduduk dan mendengar masalah mereka akan digunapakai oleh UMNO di DUN Permatang Pasir.



sumber : Abe Mie


No comments:

Post a Comment