Nampaknya, puak puak Pas yang mana makin lama makin terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir yang mana akan berubah milik kepada BN InsyaAllah pada PRK Permatang Pasir kali ini.
Biasalah, bila orang cakap tak serupa bikin buat pandai, jadi macamtu la. Pada permulaannya, Mursyidul Am Pas, Tok Garu Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menegaskan, bukan cara berlawan Pas menggunakan isu peribadi, tetapi sekarang apa dah jadi? Memang Pas, Nik Aziz, Mahfuz Omar dan juga Salleh Man sendiri cakap tak serupa bikin. Semua hak tuih!
Isu perkahwinan kedua Rohaizat telah menjadi modal memburuk - burukkan calon BN itu dan perasangka penulis, kejadian pada PRK Parlimen Permatang Pauh tahun lepas akan berlaku iaitu bapa mertua Rohaizat akan dibawa ke pentas Pas untuk berucap berkaitan isu ini.
Biasalah, buat macam anda tak kenal Pas, apa cara sekalipun sama ada baik ataupun buruk pasti mereka akan gunakan untuk memenangkan calon "tak ong" mereka, Salleh Man. Berikut adalah laporan Malaysiakini berkaitan isu Perkahwinan Kedua Rohaizat :
Ditanya mengapa baru sekarang mendedahkan perkara ini, Mohamad Ali berkata beliau sebagai bapa tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga anaknya.Sebuah kenyataan yang bodoh dan tak masuk dek akal yang diberikan oleh bapa mertua Rohaizat. Kenapa pakcik masa ni baru nak kecoh pasal benda ni? Mentang - mentang Rohaizat jadi calon untuk PRK N11 Permatang Pasir, baru pakcik nak kecoh pasal isu peribadi ni?
Sebagai seorang suami, katanya, Rohaizat adalah orang yang bertanggungjawab mengurustadbir urusan keluarganya."Apabila ada pengaduan (masalah), saya hanya tolong memberi jalan (menyelesaikan masalah) untuk kebaikan mereka. Saya hanya boleh nasihatkan pasangan, itu sahaja," katanya.
Bagaimanapun, Mohamad Ali optimis bahawa masalah Rohaizat-Rafizah ini dapat diselesaikan tanpa mengundang kepada perceraian antara anak dan menantunya itu.
"Belum ke tahap perceraian (dalam usaha) untuk membina keluarga. Perceraian adalah jalan yang terakhir. Saya mahu mengelak daripada perpisahan. Saya tak mahu mereka bercerai berai.
"Perkara ini boleh diselesaikan melalui perbincangan keluarga dan tidak perlu pergi ke mahkamah," katanya.
Berapa banyak duit orang Pas berikan pada pakcik untuk buka mulut tentang isu ini, Hal peribadi, hal keluarga nak dedahkan pada orang ramai, tak malu ke? Lagipun, kalau tak mahu nak jelaskan pada orang ramai tentang ini, naik mahkamah sudahlah. Bikin malu saja.
Tak perlu nak main kotor lah wahai orang Pas durjana. Dasar mempergunakan agama untuk politik kotor. Takebeeeer..
by - pewarisMelayu
No comments:
Post a Comment