Thursday, August 27, 2009

Salleh Man ketuai majlis Islam P. Pinang



ADUN Permatang Pasir yang baru dipilih Mohd Salleh Man dijangka dilantik sebagai yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pelantikan itu dipersetujui mesyuarat Exco hari ini.

Beliau berkata pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri Abdul Malik Abul Kassim akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong dan gabenor Pulau Pinang mengenai pelantikan itu.

Jawatan itu kini disandang oleh ADUN Permatang Berangan, Shahbudin Yahya, yang tempoh perkhidmatannya akan tamat Disember ini.

Mengenai pilihan raya kecil Permatang Pasir, Lim berkata Mohd Salleh masih mampu mengekalkan 65 peratus undi, peratus yang sama diperoleh oleh allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada pilihan raya umum tahun lepas berdasarkan pada jumlah pengundi yang mengundi.

"Secara amnya tidak banyak perubahan dalam undi majoriti berdasarkan jumlah pengundi ialah 73.1 peratus berbanding 82.57 peratus pada tahun lepas," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN itu semalam, PAS mengekalkan kerusi itu setelah Mohd Salleh, 52, menewaskan calon BN Rohaizat Othman, 38 dengan 4,551 undi.

Menyentuh sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri, Lim berkata sambutan diadakan secara sederhana dan tempoh masa bagi acara yang diadakan tidak lama disebabkan merebaknya virus Influenza A(H1N1).

"Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tetapi secara sederhana kerana acara perarakan yang diadakan setiap tahun dibatalkan," kata beliau.

Katanya, sambutan itu hanyalah perhimpunan kecil kerana keutamaan ialah pada keselamatan orang ramai dan mencegah merebaknya virus tersebut. BERNAMA


Komen PB

Kalau pemohonan mereka untuk melantik Salleh Man sebagai YDP MAIPP tidak diperkenan oleh YDPA , so apa Lim Guan Eng dan Anwar nak janji apa pulak lepas ini ?? Kalau dok macam tu juga kira PAS terus Melukut Di Tepi Gantang la dan Kuda Tungangan DAP .

Tetapi yang sedih sekali bila kita baca ayat

"
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Abdul Malik Abul Kassim "

Mana perginya Islam ??? Sepatutnya Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri kerana agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Kenapa di PP buang terus perkataaan ISLAM ??? Malik Kassim ni jaga kebajikan tokong dan kuil sekali ka ??


Pejuang Bangsa

No comments:

Post a Comment