Thursday, November 26, 2009

Majlis Qurban Perdana


UMNO Permatang Pauh akan mengadakan majlis Qurban Perdana pada

Tarikh : 29 November 2009
Tempat: Bangunan UMNO Permatang Pauh
Jam : 9.00 pagi

Semua warga Parlimen Permatang Pauh dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini .

SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN

Monday, November 23, 2009

Pembangkang DAP Dibidas Terus Jadi Agen Chin Peng

Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur -- Pembangkang hari ini dibidas kerana terus menjadi lidah dan agen untuk membawa pulang Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng ke negara ini.

Justeru Pengerusi Biro Pendidikan Politiknya, Ali Mazat Salleh berkata kerajaan tidak perlu melayani lagi segala tuntutan atau sebarang perkara yang berkaitan dengan isu tersebut demi keharmonian rakyat negara ini.

Tegas beliau isu berkenaan cukup sensitif kerana kekejaman Chin Peng amat sukar dilupakan khususnya bagi mangsa serta saudara mara yang terlibat termasuk seluruh rakyat Malaysia ketika era keganasan komunis satu ketika dahulu.

"Kita pun hairan dengan kesungguhan pembangkang ini khususnya DAP. Suara mereka tidak selantang membela nasib perajurit negara khususnya mereka yang telah terkorban di tangan pihak komunis.

"Malah kalau kita teliti apa yang dinyatakannya, Chin Peng tidakpun menyatakan dia melakukan sesuatu yang salah. Dia nyatakan bahawa perkara biasa dalam perang bila ada orang awam terbunuh, malah katanya di pihak komunis pun ada yang tidak bersalah dibunuh. Apakah ini kita patut layani lagi", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyatakan kerajaan dan rakyat negara ini sepatutnya menerima permohonan maaf Chin Peng yang tidak mengenakan sebarang pra-syarat dan membenarkannya pulang ke tanah air.

Kata Karpal, sempena ulang tahun ke-20 perjanjian damai di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipersetujui pada 2 Disember 1989, pihak kerajaan sepatutnya menerima permohonan Chin Peng dan membenarkannya pulang ke tanah air dengan segera.

Karpal mendakwa Chin Peng masih merupakan seorang rakyat Malaysia yang sah, walaupun ada yang berpendapat bahawa beliau tidak pernah memohon untuk kewarganegaraan selepas Malaya mendapat kemerdekaan.

Mahkamah Rayuan sebelum ini telah menolak permohonan Chin Peng untuk pulang ke Malaysia kerana kegagalannya mengemukakan sijil kelahirannya.

Ali yang juga Ketua Pemuda UMNO Kulai seterusnya berkata pemimpin DAP tidak seharusnya menjadikan isu berkenaan sebagai “mainan” politik mereka.

"Mungkin DAP sudah bangkrap isu. Kalau mereka nak memuja Chin Peng itu hak mereka tapi bagi kita isu ini tak perlu dilayan hanya untuk memuaskan hati pemimpin pembangkang terutama DAP.

"Semua tahu sejarah komunis ini macam mana. Justeru tidak perlulah dibangkitkan kembali. Malah sebelum ini pun rakyat dah menyatakan tidak bersetuju untuk Chin Peng kembali ke negara ini. Apa lagi yang nak dihebohkan", ujarnya.

Saturday, November 21, 2009

Polis nafi bersihkan nama kerajaan negeri PP dalam isu pemberian bantuan di tokong


PULAU PINANG: Polis Pulau Pinang hari Sabtu menafikan telah mengeluarkan kenyataan yang "membersihkan" nama kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung isu penyampaian bantuan kepada golongan fakir Islam di sebuah tokong Cina baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC II Wan Abdullah Tunku Said berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu kepada media semalam.

"Saya hanya menerangkan setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh berhubung isu penyebaran Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berkaitan penyampaian bantuan di tokong itu.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang membersihkan nama kerajaan negeri daripada melakukan kesalahan berhubung isu tersebut," katanya dalam kenyataan ringkas yang dihantar melalui SMS kepada media di sini.

Beliau mengulas untuk menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini kononnya polis telah "membersihkan" nama kerajaan negeri.

Sementara itu di BUTTERWORTH kerajaan Negeri perlu mengemukakan bukti atau memberi penjelasan kepada orang ramai jika tidak terlibat dengan urusan pemberian bantuan kepada fakir miskin di sebuah tokong Cina baru-baru ini.

Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas Pergerakan Pemuda Umno Tasek Gelugor, Wan Shakizar Wan Mohd Noor berkata, Kerajaan Negeri atau Exco Kebajikan, Phee Boon Poh perlu tampil dan tidak berselindung dengan kenyataan yang mengelirukan.

Beliau berkata bagaimana Kerajaan Negeri boleh menafikan tidak terlibat sedangkan pihaknya mendapati surat jemputan kepada penerima bantuan menggunakan kapala surat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Menurutnya, surat itu juga menyebut sesiapa yang mempunyai masalah boleh menghubungi Phee Booh Poh untuk mendapat maklumat lanjut.

"JKM adalah sebuah agensi kerajaan dan pegawainya hanya menjalankan tugas dengan arahan Kerajaan Negeri. Saya yakin mereka tidak akan bertindak mengikut sesuka hati.

"Atau mungkin Kerajaan Negeri menganggap JKM adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Janganlah cuba mengelirukan orang ramai di sebalik agenda tertentu," katanya kepada media di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Boon Poh yang menyebut Kerajaan Negeri tidak terlibat dengan urusan pemberian bantuan itu sebaliknya dikendalikan oleh Pertubuhan Penganut Dewa Ling Hean Kong Hwa Kong Tai Te.

Wan Shakizar berkata kejadian itu bukanlah kali pertama berlaku di daerah SPU tetapi beberapa kali termasuk di Jalan Raja Uda.

"Kami kesal kerana mereka tidak pernah mengambil kira sensitiviti umat Islam dengan mengadakan pemberian sumbangan di tokong.

"Pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu tidak pernah berbuat demikian. Jika ada penerima bantuan terdiri daripada orang bukan Islam, majlis akan diadakan di dewan orang ramai dan bukan di surau," katanya.

Menurutnya, ramai penerima bantuan yang terdiri daripada orang Melayu melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan menganggap mereka terpedaya kerana Kerajaan Negeri menggunakan kapela surat JKM SPU.

"Berdasarkan maklumat, penerima terpaksa menunggu dari jam 9 pagi hingga 1 petang sebelum dapat bantuan kerana menunggu ketibaan Boon Poh.

"Mereka rasa tertipu kerana setelah menunggu lebih empat jam tetapi hanya menerima wang tunai RM10 dan sekampit beras," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta penerima bantuan JKM atau pertubuhan lain agar merujuk dengan pemimpin tempatan terlebih dahulu untuk mendapat kepastian dan mengelak daripada tertipu. BERNAMA

Nizar tengok !! : Bukti bahawa Lim Guan Eng a.k.a Ketua Menteri penipu



Nampaknya kungfu Khalifah PAS telah gagal walaupun dibantu oleh haprak daily kerana bukti surat jemputan telah dijadikan bukti dan keratan ini diambil daripada harian metro bertarikh 19/11/2009 dan ini aduan telah dibuat kepada YB Adun Teluk Air Tawar , Datuk Jahara Hamid.

kata Guan Eng dalam haprak daily


" Ia satu fitnah dan pembohongan oleh musuh politik kita," kata Guan Eng kepada Harakahdaily.

PB persoalkan mengapa Guan Eng marah dengan penyebaran SMS ini dan mengatakan ini adalah hasutan . Apakah rasionalnya penyebaran sms mengatakan pemberian bantuan kepada fakir miskin ini sebagai hasutan ?? Kalau orang baca pun ,mereka akan faham tempat ini hari ini depa bagi bantuan ..

Salahkah menyebarkan tentang orang Melayu diperbodohkan dan dimalukan diberikan bantuan fakir miskin di tokong dikatakan hasutan ??? Teguran seperti ini dianggap sebagai hasutan ??? Bravo !!! Tahniah Guan Eng kerana telah perbodohkan Melayu Pulau Pinang !!

Mungkin lepas, kalau sapa bicara isu tentang Melayu akan dianggap hasutan pulak la ..dulu kalau cakap tentang Melayu dianggap racis dan tambah disokong pulak Melayu PAS dan PKR.

Guan Eng telah banyak kali menipu dan temberang orang Melayu PP !!!

Jangan biarkan lagi diri kita diperbodohkan lagi oleh orang kafir seperti ini ...

Link

http://parpukari.blogspot.com/2009/11/lim-guan-eng-kantoi-menipu-nizar-mati.html

Friday, November 20, 2009

Guan Eng berang dengan SDO, kami pun berang dengan hang !!


GEORGETOWN - Lim Guan Eng berang dengan sikap Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Pulau Pinang yang cuba memberi tekanan kepada Kerajaan Negeri agar segera menyelesaikan pelbagai isu yang timbul untuk membolehkan projek pembangunan Persekutuan dilaksanakan.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, walaupun cuba memendamkan perasaan marahnya itu tetapi kini terpaksa diluahkan kerana tidak tahan dengan sikapnya yang boleh menjejaskan penyaluran projek Persekutuan ke negeri ini, terutama membabitkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Beliau berkata, dalam keadaan yang agak kritikal sekarang ini, Kerajaan Negeri tidak boleh mengambil risiko yang boleh menyebabkan projek pembangunan RMK-10 yang bernilai puluhan bilion ringgit untuk Pulau Pinang terjejas atau dibatalkan.

Menurutnya, kes terbaru adalah surat yang dihantar kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang agar menyelesaikan isu berbangkit untuk pembinaan projek pembangunan di Kebun Bunga.

“Surat itu seolah-olah mengugut Kerajaan Negeri kerana jika tidak dapat menyelesaikan semua masalah dalam tempoh yang ditetapkan, mereka akan membatalkan pelaksanaan projek itu dan peruntukannya ditarik balik,” katanya. klik di sini selanjutnya


Ulasan

Guan Eng , lu ingat lu besar sangat ka .. jangan cuba pusing cerita wahai khalifah umar abd aziz PAS , siapa yang tangguh projek kerajaan persekutuan ?? TS Nor Mohd Yaacob pernah berkata projek -projek kerajaan persekutuan di PP banyak tertangguh kerana berlaku halangan oleh kerajaan negeri contohnya dari segi pengambilan tanah . Berkenaan dengan SDO , ini bukan ugutan ,tetapi kita bekerja ikut prosedur,KPI dan sesuatu projek ada time period nya yang telah ditetapkan oleh kementerian. Jangan cuba tutup kesalahan sendiri dan salahkan SDO dalam hal ini .

hahaha ..Baru kena sikit surat dari JPS , khalifah umar abd aziz PAS sudah berang , hang ingat orang tak berang ka kat hang bila kena surat dari pejabat tanah dan daerah seperti keluarga Najib yang rumahnya akan dirobohkan ??

Perniagaan penjaja dan chalet di Batu Feringgi kini berdepan dirobohkan ??klik di sini

Rakyat PP terutama Melayu PP pun sudah berang dengan lakonan dan sikap sombong hang ...

Tuesday, November 17, 2009

TKM 1 Mansor Othman tidak berani jawab isu tanah Lot 408






GEORGETOWN - Meskipun didesak oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) agar menyampaikan fakta sebenar berhubung isu status sebidang tanah milik kerajaan di Lot 408, Georgetown yang dikatakan sudah diserahkan kepada pihak tertentu pada Jun lalu, Kerajaan Negeri mengambil langkah untuk terus berdiam diri daripada menjawab segala dakwaan yang dikemukakan.

Terbaru, Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman ketika dihubungi Sinar Harian, turut enggan memberikan sebarang komen dan mengulas lanjut mengenai isu itu, sebaliknya menyatakan alasan tidak mengetahui butiran sebenar mengenai perkara itu secara lebih mendalam.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) turut meminta pihak media agar menunggu kepulangan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dari lawatan kerja ke luar negara baru-baru ini untuk mendapatkan penjelasan terus beliau berhubung isu ini.

“Saya tidak mahu komen apa-apa berhubung isu ini sebab saya tidak ada butiran konkrit mengenainya. “Kita tunggulah kepulangan Ketua Menteri (Guan Eng) untuk mendapatkan penjelasan sebenar,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian.

Sebelum ini, beberapa media tempatan melaporkan Ketua Menteri digesa memberi penjelasan berhubung status pemilikan tanah Lot 408 bersebelahan Hotel Eastern & Oriental di Georgetown yang didakwa telah ditukar oleh Kerajaan Negeri.

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, sebagai orang nombor satu di Pulau Pinang, Guan Eng perlu tampil bercakap benar dan jujur selaras dengan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang kerap dilaungkan.

Menurutnya, semua wakil rakyat UMNO dan parti komponen BN negeri ingin mengetahui kedudukan sebenar isu tersebut.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada 1 November lalu melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mendakwa Guan Eng menipu apabila menyatakan tiada pertukaran syarat guna tanah berlaku antara April tahun lalu hingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun, difahamkan, pentadbiran beliau telah meluluskan permohonan PDC Heritage Hotel Sdn Bhd untuk menukar jenis pegangan tanah di Lot 408, Georgetown daripada pegangan pajakan kepada pegangan kekal pada 3 Jun lalu.

Akhbar itu pada Khamis lalu juga melaporkan syarikat tersebut dengan kerjasama YTL Corporation Bhd akan membina kondominium mewah dan restoran makanan laut di atas tanah tersebut.

Komen PB

Ini lah sikap pemimpin Melayu PR seperti lembu dicucuk hidung yang tidak boleh cakap langsung sesuatu isu dan hanya Khalifah Cina Melaka ini saja boleh cakap. Seperti seorang Diktator saja pemimpin kerajaan sosialis PP ini dan hanya dia seorang saja boleh bercakap . Kalau beginilah sikap TKM 1 PP , bagaimana dia hendak bela orang Melayu PP yang memang sudah dihimpit dan ditindas oleh kerajaan negeri.

Wednesday, November 11, 2009

Diskriminasi Kerajaan PP !! Guan Eng jaga hotel mewah tetapi chalet & peniaga kecil diancam roboh .


GEORGETOWN - Lebih kurang 80 penjaja kecil Pantai Batu Feringgi yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan meliputi gerai makanan, minuman, perkhidmatan sukan air dan motel menuntut jaminan hitam putih daripada Kerajaan Negeri yang sebelum ini berjanji tidak akan merobohkan premis mereka sehingga satu tempoh ditetapkan.

Wakil penjaja kecil Pantai Batu Feringgi, Shahul Hamid Hameed Sultan berkata, dalam sesi dialog yang melibatkan penjaja dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow dan wakil Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada Ogos lalu, Kerajaan Negeri bertindak menangguhkan rancangan merobohkan premis penjaja setelah mendengar luahan mereka yang majoriti adalah peniaga bumiputera dan penduduk kampung berdekatan.

Menurutnya, meskipun sebahagian besar penjaja kini mampu menarik nafas lega kerana rancangan itu ditangguhkan, namun mereka masih bimbang kerana jaminan yang diberikan Kerajaan Negeri hanya berbentuk lisan semata-mata dan tiada hitam putih.

“Sememangnya kebanyakan penjaja kini menjalani perniagaan mereka seperti biasa tanpa rasa bimbang setelah jaminan lisan diberikan Kerajaan Negeri baru-baru ini. “Bagaimanapun, kami tetap menuntut Kerajaan Negeri memberikan jaminan hitam putih bagi mengukuhkan lagi keyakinan kami bahawa tiada lagi usaha merobohkan premis akan dijalankan oleh MPPP dalam masa terdekat,”katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.

Shahul berkata, Kerajaan Negeri juga menetapkan syarat setiap penjaja perlu memiliki lesen perniagaan dan pendudukan tanah sementara (TOL) jika ingin terus berniaga kerana motif utama perobohan premis disebabkan kesemua penjaja yang berniaga di tepi Pantai Batu Feringgi berniaga secara ‘haram’.

Menurutnya, penjaja berharap Kerajaan Negeri akan mempermudah dan mempercepatkan kelulusan lesen perniagaan mereka agar tidak tertangguh seperti yang dialami oleh kebanyakan penjaja sebelum ini.

“Kami (penjaja) tiada masalah untuk memenuhi syarat Kerajaan Negeri dan setakat ini, sebahagian besar daripada 80 penjaja sudah menghantar permohonan untuk mendapatkan lesen perniagaan dan status TOL.

Cuma kami menuntut Kerajaan Negeri tidak lagi menangguhkan permohonan lesen perniagaan kami untuk satu tempoh yang lama seperti yang berlaku sebelum ini memandangkan itulah syarat utama yang ditetapkan Kerajaan Negeri jika kami mahu terus kekal berniaga di sini,”katanya.

Sementara itu, pemilik motel, Zuhar Mohd Ali,40, berkata, kesemua penjaja menyatakan kesanggupan untuk membayar sewa tanah kepada MPPP jika itulah syarat tambahan yang diletakkan Kerajaan Negeri bagi membolehkan mereka terus kekal berniaga di situ.

Dia turut mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri mengurniakan status tanah TOL kepada pengusaha hotel mewah di sini sebaliknya menolak permohonan peniaga tempatan agar diberikan status tanah yang sama bagi tujuan perniagaan.

“Baru-baru ini, terdapat pengusaha hotel yang bertindak menambak kawasan tepi pantai dengan meletakkan batu tanpa mendapat kelulusan MPPP, namun tiada sebarang tindakan diambil.

“Persoalannya, mengapa Kerajaan Negeri begitu melindungi kepentingan pengusaha hotel mewah yang bukan dimiliki orang tempatan, sebaliknya meminggirkan perniagaan anak tempatan sehingga sanggup merobohkan premis kami tanpa belas kasihan?”katanya.

Pengusaha permainan sukan air, Roshaidi Zainal,42, berkata, di samping masalah penjaja sering ‘diganggu’ MPPP dan ancaman perobohan premis, Kerajaan Negeri juga dilihat kurang mempromosikan Pantai Batu Feringgi menerusi penganjuran program kebudayaan bagi menarik minat pelancong seperti dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menurutnya, perniagaan kebanyakan pengusaha permainan sukan air agak merosot berbanding sebelum ini disebabkan kurangnya kehadiran pelancong dalam dan luar negeri yang sebelum ini sering membanjiri Pantai Batu Feringgi yang terkenal dengan keindahan pantainya yang bersih.

“ Jika dahulu, Pantai Batu Feringgi menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara pada hujung minggu sehingga kami tidak menang tangan melayan mereka, kini suasana menjadi semakin lengang disebabkan kurangnya promosi ke atas pantai ini.

“Ada sebahagian kecil pelancong masih berkunjung ke premis kami disebabkan konsep pondok dan suasana premis yang berunsurkan tradisional dan santai. Sekiranya kesemua premis ini dirobohkan, apa lagi yang tinggal untuk ditawarkan kepada pelancong?,”katanya.

Sehubungan itu, Roshaidi memohon Kerajaan Negeri mengekalkan keadaan di Pantai Batu Feringgi seperti sedia kala di samping tidak melakukan sebarang pembangunan yang boleh menjejaskan keindahan pantai itu.

Jun lalu, lebih kurang 80 penjaja kecil merangkumi lingkungan empat kilometer radius kawasan dari Hotel Rasa Sayang hingga kawasan Hotel Bayview diberikan notis mengosongkan premis oleh MPPP disebabkan premis itu bakal dirobohkan akibat ketiadaan lesen perniagaan dan status TOL.

Nizar tipu : Guan Eng Pembohong !!! Sila jawab Isu Tanah Lot 408 !! Rakyat mahu tahu ...



Azhar Ibrahim menunjukkan salinan soalan dan jawapan yang dikemukakan oleh Lim Guan Eng pada Sidang DUN pada Ogos lalu sambil diperhatikan oleh semua 11 ADUN Barisan Nasional pada sidang akhbar di pejabat Perda, di Butterworth, semalam.























BUKIT MERTAJAM 10 Nov. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng digesa memberi penjelasan berhubung status pemilikan tanah Lot 408 bersebelahan Hotel Eastern & Oriental di Georgetown yang didakwa telah ditukar oleh kerajaan negeri.

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, sebagai orang nombor satu di Pulau Pinang, Guan Eng perlu tampil bercakap benar dan jujur selaras dengan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang kerap dilaungkan.

Tegasnya, semua wakil rakyat UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri ingin mengetahui kedudukan sebenar isu tersebut.

"Ia bukan satu perkara yang sukar, kalau ya kata ya, kalau tidak katakan tidak. Bukannya buat tak faham sahaja sedangkan isu ini telah dibangkitkan sebanyak dua kali.

"Semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN bersedia untuk membahaskan perkara ini pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula tidak lama lagi, kita semua nak tahu perkara sebenar.

"Isu ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana rakyat telah diberi fakta yang tidak tepat pada sidang DUN lalu dan ia sepatutnya tidak berlaku di dalam dewan yang mulia itu, jangan sembunyikan apa-apa maklumat,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menggesa Guan Eng menjelaskan perkara sebenar berhubung isu tanah itu di pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di sini hari ini.

Semalam ADUN Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, Ketua Menteri boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan DUN pada sesi dewan akan datang sekiranya didapati berbohong.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada 1 November lalu melaporkan, ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mendakwa Guan Eng menipu apabila menyatakan tiada pertukaran syarat guna tanah berlaku di antara April tahun lalu hingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun, difahamkan, pentadbiran beliau telah meluluskan permohonan PDC Heritage Hotel Sdn. Bhd. untuk menukar jenis pegangan tanah di Lot 408, Georgetown daripada pegangan pajakan kepada pegangan kekal pada 3 Jun lalu.

Akhbar itu pada Khamis lalu juga melaporkan syarikat tersebut dengan kerjasama YTL Corporation Bhd. akan membina kondominium mewah dan restoran makanan laut di atas tanah tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, Ketua Menteri atau mana-mana wakil rakyat sekali pun perlu bertanggungjawab terhadap jawapan yang diberikan di dalam DUN.

Katanya, DUN sangat mulia dan merupakan tempat dasar-dasar kerajaan negeri digubal sekali gus maklumat yang diberi perlu tepat dan betul.

"Kalau sudah tahu ada kesilapan dibuat, maka adalah wajar bagi seseorang itu tidak kiralah siapa pun perlu bertanggungjawab, beritahu dan minta maaf.

"Kalau sengaja dilakukan dan enggan pula minta maaf ia adalah satu kesilapan, individu itu boleh dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan dan terpulanglah tindakan selepas itu,'' ujarnya

Tuesday, November 10, 2009

Guan Eng terus tipu Melayu Pulau Pinang dalam isu tanah




Guan Eng yang juga ADUN Air Putih pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua DUN ke-12, 10 Ogos lalu telah memberikan jawapan bertulis berlainan kepada Muhammad Farid berhubung isu syarat guna tanah di negeri ini.

Jawapan Guan Eng pula ialah kerajaan negeri bersetuju memperkenalkan satu dasar berkaitan status pegangan tanah iaitu membenarkan tanah-tanah milik yang berstatus pajakan dipanjangkan tempoh pegangan seperti berikut:-

Tanah-tanah industri kepada 99 tahun, tanah-tanah komersial kepada 99 tahun dan tanah-tanah kediaman kepada pegangan kekal.

Bagaimanapun, difahamkan, pentadbiran di bawah Guan Eng telah meluluskan permohonan PDC Heritage Hotel Sdn. Bhd. untuk menukar jenis pegangan tanah di Lot 408, Seksyen 19, Georgetown daripada pegangan pajakan kepada pegangan kekal pada 3 Jun lalu.

Ruangan bisnes akhbar Inggeris tempatan itu pada Khamis lalu juga melaporkan bahawa syarikat PDC Heritage Hotel Sdn. Bhd. dengan kerjasama YTL Corporation Bhd. akan membina kondominium mewah dan restoran makanan laut menghadap laut di tanah bersebelahan Hotel E&O di Lebuh Farquhar di sini.

Apa maksudnya? Tanah-tanah kediaman kepada pegangan kekal? Kondominium mewah? Bagusnya khalifah ini, melayu cuma dibagi beras sekampit dan tambahan wang elaun guru kafa RM 50 tetapi siapa yang beli rumah di penang akan dapat status pegangan kekal. Agak-agaklah siapa yang beli tanah di PULAU PINANG? Melayu ke yang ramai beli? atau Melayu tak beli langsung. Bijak-bijak........


sumber : pemuda padang rengas



Sedutan video pendedahan isu tanah oleh YB Shahbudin

Sunday, November 8, 2009

Guan Eng sekat projek kerajaan Persekutuan bantu Melayu Pulau Pinang


sebuah kampung Melayu di PP

PULAU PINANG 7 Nov. - Kerajaan Persekutuan kecewa dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang yang enggan bekerjasama dengan agensi pusat di negeri itu terutamanya dalam urusan memberikan kelulusan terhadap sesuatu projek yang telah dirancang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pihaknya menerima aduan daripada beberapa agensi mengenai sikap kerajaan negeri yang tidak bekerjasama terutamanya apabila ia melibatkan pembangunan tanah di negeri itu.

"Mesyuarat Majlis Tindakan Kerajaan Persekutuan bagi Pulau Pinang sering mendengar aduan daripada agensi persekutuan terutamanya berkaitan dengan proses mendapatkan kelulusan tanah dan ini amat tidak baik kerana ia boleh menjejaskan pembangunan yang dirancang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat berkenaan di sini.

Katanya, antara agensi yang menghadapi masalah sedemikian ialah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang mengadu permohonannya untuk menukar syarat guna tanah milik agensi itu tidak mendapat sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri walaupun ia sudah lama dikemukakan.

"Perda telah membuat permohonan untuk memajukan beberapa bidang tanah tetapi tidak mendapat maklum balas dari kerajaan negeri dan perkara ini dikatakan menjadi halangan kepada pembangunan yang dirancang untuk manfaat rakyat di kawasan luar bandar," katanya.

Nor Mohamed berkata, seharusnya kerajaan negeri memberikan layanan yang sama dan adil kepada semua agensi tanpa mengira sama ada ia agensi pusat, negeri mahupun swasta.

Katanya, kelewatan memberikan kelulusan akan menimbulkan pelbagai kesan antaranya merencatkan pembangunan yang dirancang untuk golongan sasar dan kos projek meningkat.

Menurutnya, beliau sendiri telah berjumpa dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung perkara ini dan menyerahkan salinan dokumen berkaitan tetapi masih tiada perkembangan sehingga kini.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Pulau Pinang dapat memberikan pertimbangan segera terhadap permohonan agensi terbabit termasuk Perda.

"Mereka (kerajaan negeri) kena cepat buat keputusan dan tak bolehlah buat seperti (tidak layan permohonan) hanya kerana ia adalah agensi pusat. Saya sedih dan kecewa dengan keadaan ini dan nampak mereka tidak adil.

"Kalau kerajaan negeri tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan persekutuan, mungkin dalam hal-hal lain kerajaan persekutuan pula tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri dan ini akan merugikan kedua-dua pihak," katanya.

Pada perkembangan lain, Nor Mohamed berkata, peranan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri telah diberi nafas baru untuk memastikan semua perancangan projek pembangunan berjalan mengikut jadual.

"Suatu masa dahulu, ICU hanya bertindak sebagai penyelesai masalah bagi mana-mana projek yang tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan tetapi kemudiannya peranan itu dikurangkan kepada pemantau kerana banyak agensi lain terlibat.

"Bagaimanapun, baru-baru ini Perdana Menteri mengumumkan ICU perlu memainkan peranan lamanya semula termasuk membuat keputusan segera bagi projek-projek yang bermasalah. Kita (ICU) perlu selesaikan masalah, buat keputusan dan pastikan projek berjalan," katanya. - Bernama

Komen Pb

Sebagai rakyat PP , jika beginilah sikap kerajaan sosialis DAP PP terhadap pembangunan yang hendak dilakukan oleh kerajaan persekutuan , maka elok lah selepas ini tak payah buat projek pembangunan lagi di sini .

Kalau PERDA sebuah agensi kerajaan yang diwujudkan untuk membantu Bumiputra di PP nak buat projek pembangunan untuk faedah Melayu PP pun dihalang oleh Guan Eng, memang nampak sangat kerajaan sosialis DAP PP ini mempunyai agenda untuk biarkan Melayu terus dipinggirkan dan jadikan bangsa ini mundur seperti berlaku di Singapura.

Kalau dulu zaman BN , Perda dan agensi kerajaan lain mudah untuk membuat projek pembangunan untuk Melayu PP tetapi kini habuk pun tarak . Semua projek nak buat kena lalu Si Kafir harbi Lim Guan Eng ini !!! Celaka betul dia ni , nak perjahanamkan orang Melayu PP .Sudah lah tanah wakaf nak dibangunkan MAIPP disekat , kini projek pembangunan oleh kerajaan persekutuan juga turut disekat !!!

Orang Melayu PP harus sedar ,

Lim Guan Eng kini cuba sekat bantuan untuk orang Melayu oleh kerajaan Pusat ..

Guan Eng dilihat cuba balas dendam kepada orang MELAYU yang majoriti menyokong BN yang menguasai 11 kerusi DUN PP

Ini lah Nasib Melayu PP ..Semakin dipinggirkan !!

sumber : Pejuang bangsa

Saturday, November 7, 2009

Guan Eng bohong miskin tegar di PP sudah tiada

KEPALA BATAS 6 Nov. - Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim membidas sikap kerajaan negeri yang masih mempertahankan dakwaan kononnya negeri ini sudah bebas sepenuhnya daripada masalah miskin tegar.

Sehubungan itu, beliau mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendedahkan butiran terperinci mengenainya itu termasuk melakukan kajian semula bagi mengenal pasti sama ada benar-benar tiada golongan miskin tegar di negeri ini.

Menurutnya, hasil kajian awal yang dijalankan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) membuktikan masih terdapat golongan miskin tegar di negeri ini terutama di kawasan luar bandar.

''Kerajaan negeri April lalu umum Pulau Pinang sudah bebas daripada masalah ini (miskin tegar). Atas dasar dan ukuran apa pengumuman begini dibuat sedangkan masih ramai golongan miskin tegar di Pulau Pinang.

''Saya cabar Guan Eng kemuka secara terperinci statistik mengenai hal ini dan buat kajian semula kalau perlu. Jangan buat (umum) kalau fakta tidak betul,'' katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Projek Industri Tekstil di Kampung 20, Penaga di sini hari ini.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga memberitahu, perkara itu pernah dibangkitkannya pada sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini tetapi kerajaan negeri bersikap acuh tidak acuh berhubung perkara itu.

''Mereka (kerajaan negeri) ada meminta saya mendedahkan nama-nama (golongan miskin) tegar tetapi sehingga hari ini tiada apa yang dilakukan. Ada baiknya Guan Eng dan pimpinan kerajaan negeri turun padang dan lihat realiti sebenar masyarakat.

''Jangan hanya buat publisiti dengan buat pengumuman semata-mata mahu meraih keuntungan politik. Sepatutnya kerajaan negeri perlu lihat apa yang sepatutnya mereka perlu buat untuk bantu golongan ini (miskin tegar),'' tegasnya.

Beliau menambah, ICU kini dalam proses menjalankan kajian mengenai jumlah sebenar golongan miskin tegar di negara ini dan ia dijangka siap sepenuhnya awal tahun depan.

Azhar turut mempersoalkan sikap pegawai dan kakitangan agensi di bawah kerajaan negeri yang tidak turun padang dalam program masyarakat terutama yang dianjurkan oleh kementerian atau jabatan kerajaan Persekutuan.

''Saya pun tidak tahu sama pegawai-pegawai ini memang tidak mahu turun padang atau takut dengan Guan Eng atau memang diberi arahan supaya tidak menyertai program anjuran kerajaan Pusat.

''Kalau begini caranya, macam mana mereka hendak mengetahui masalah yang dihadapi rakyat?'' soalnya.

Friday, November 6, 2009

Tulisan jawi Penang Free School pun dipertikaikan


SMK Penang Free dahulunya dikenali sebagai Penang free school (PFS) . Apabila kita lihat pintu gerbang masuk ke sekolah tertua di Asia Tenggara ini pasti seperti tiada apa pun yang cacat atau pun silap .

Tetapi ada pihak opportunist telah dapat cari silap di dalam gambar ini iaitu tulisan jawi seperti di atas . Kalau kita fikirkan balik ,isu sekolah seperti ini pun tak sepatutnya dibesarkan oleh pihak opportunist ini . Baca di sini blog Lim Kit Siang, Bapa kepada Ketua Menteri PP yang tidak tahu apa tentang PP ,tiba2 nak hantam pihak sekolah ini kerana memasang papan tanda dalam tulisan jawi .

Untuk mengetahui lebih lanjutnya isu ini klik blog ini

http://novandri.blogspot.com/2009/11/nizar-perhatian-pemimpin-melayu-tulisan.html


Persoalanya , apa tujuan sebenar mereka termasuk Putera MIC ini membawa isu ini menjadi lebih besar?? Apakah mereka mahu semua sekolah ini mesti letak papan tanda dalam pelbagai bahasa seperti yang kerajaan PP benarkan papan tanda jalan semua bahasa.

Wednesday, November 4, 2009

Abd Najib disuruh pindah tetapi pampasan tidak diberikan kerajaan negeri

GEORGETOWN - Disuruh berpindah tetapi ‘pampasan’ yang ditawarkan membebankan. Itulah keluhan pemilik rumah di Kebun Bunga, di sini yang bakal dirobohkan Kerajaan Negeri pada bila-bila masa, Abdul Najib Darus.

Abdul Najib berkata, meskipun Kerajaan Negeri mengetahui keadaan kewangan keluarganya amat lemah ditambah dengan tanggungan seorang anak kelainan upaya (OKU) yang memerlukan belanja tinggi, pihak berkenaan masih tergamak menawarkan keluarganya ‘pampasan’ yang membebankan.

“Saya dikehendaki membayar sejumlah wang yang banyak untuk menduduki rumah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang ditawarkan,” katanya.

Abdul Najib berkata, dalam surat tawaran penyewaan rumah oleh MPPP bertarikh 27 Oktober2009, keluarga Najib hanya layak menduduki rumah sewa di Jalan Kampong Kolam, Air Hitam selama tiga tahun sahaja dengan sewaan sebanyak RM240 sebulan.

“Untuk memasuki rumah itu, saya terpaksa membayar deposit sewa rumah tiga bulan berjumlah RM720, deposit air dan elektrik (RM150), deposit kunci (RM100) dan deposit penyelenggaraan (RM50). Ini amat membebankan sedangkan Kerajaan Negeri sedia maklum pendapatan isi rumah saya tidak sampai RM800 sebulan termasuk pendapatan anak saya.

“Diskaun 50 peratus pembayaran sewa rumah baru yang kononnya akan diberikan Kerajaan Negeri kepada keluarga saya juga tidak dinyatakan dalam surat tawaran itu. Bagaimana saya hendak percaya tawaran Kerajaan Negeri sekiranya hanya memberikan janji secara lisan semata-mata?,”katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini.

Abdul Najib berkata, satu jawatankuasa khas bertindak terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan bagi mempertahankan rumahnya daripada dirobohkan Kerajaan Negeri sehingga tawaran penyelesaian terbaik dicapai.

Menurutnya, wakil jawatankuasa itu juga telah menghubungi Pengerusi Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim untuk mencari penyelesaian terbaik mengenai isu ini.

“YB Malik (Abul Kassim) berjanji akan melanjutkan tempoh perobohan rumah saya sehingga Hari Raya Aidiladha dan berbincang semula dengan kami bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik.

“Bagaimanapun, kami menuntut Kerajaan Negeri memberikan jaminan secara hitam putih dan bukan secara lisan semata-mata memandangkan kami tidak mahu diperdayakan oleh Kerajaan Negeri dengan jaminan ‘palsu’,”katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Negeri Pulau Pinang (Pajim), Yusoff Mohd mendakwa, orang Melayu di negeri ini berasa semakin dipinggirkan oleh Kerajaan Negeri dan banyak premis perniagaan milik anak jati Melayu negeri ini diancam akan dirobohkan oleh MPPP.

Menurutnya, Pajim menggesa Kerajaan Negeri mengutamakan kebajikan anak jati Pulau Pinang seperti keluarga Abdul Najib dan menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng agar memberikan hak kesamarataan kepada semua tanpa membezakan bangsa dan agama.

“Dalam isu Kampung Buah Pala, Kerajaan Negeri begitu mengambil perhatian terhadap penduduk kampung sehingga mereka akhirnya diberikan pampasan mewah berupa rumah teres dua tingkat di atas tanah yang sama.

“Jadi, mengapa dalam isu keluarga Abdul Najib, Kerajaan Negeri tidak boleh memberikan tawaran penyelesaian yang sama kepadanya? Tambahan pula keluarga Abdul Najib merupakan anak jati negeri ini dan bapanya pernah berjasa kepada Kerajaan Negeri sebelum ini?,”katanya.

Sehubungan itu, Yusoff menggesa masyarakat Melayu di negeri ini agar sedar dan bersama-sama memperjuangkan nasib Melayu di negeri ini, bermula dengan mempertahankan rumah Abdul Najib daripada dirobohkan.

“Mungkin dengan cara ini sahaja, barulah Kerajaan Negeri buka mata dan menyedari orang Melayu bukan hanya sekadar pelengkap komuniti di negeri ini,”katanya.

Tuesday, November 3, 2009

Lagi pembohongan Lim Guan Eng

oleh Dr Novandri Hasan Basri

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang telah berbohong di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Perkara ini telah diberitahu kepada penulis oleh YB Muhd Farid Saad, ADUN Pulau Betong. Penulis telah menerima sms daripada beliau semalam.

Sms beliau :-
"Saya telah tegur Guan Eng kerana menipu dewan dengan maklumat tidak betul dalam mesyuarat dewan yang lepas."

Kenyataan YB Farid Saad juga telah disiarkan di dalam suratkhabar News Straits Times :-

"The state Barisan Nasional has accused Chief Minister Lim Guan Eng of lying to the people on the status of land conversion from leasehold to freehold. Pulau Betong assemblyman Muhammad Farid Saad said Lim had misled the state assembly at the last sitting in August when he said there were no such conversions between April last year and June this year.

Farid said it was unbecoming of Lim, who constantly advocated transparency, to mislead the assembly and the people of Penang. "We are wondering how many more land conversions have been approved on the quiet and what premiums were imposed."

Farid was referring to the question he posed to Lim on whether there had been any land conversions for development purposes during that period- NST"

YB Farid Saad juga telah menerangkan di dalam sms beliau iaitu :-

"Ramai orang bersetuju dengan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganjurkan semina r intergriti pada 29hb Oktober 2009. Peluang yang diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (LGE) melalui ucapan perasmiannya dengan menyelar secara bersungguh-sungguh amalan rasuah yang secara tidak langsung ditujukan kepada pemimpin dan penjawat awam Persekutuan.

Antara yang dibangkitkan ialah Malaysia kehilangan RM28bilion akibat amalan rasuah disamping mengungkitkan kembali beberapa projek rasuah kerajaan BN seperti stadium di Terengganu yang roboh, laporan terkini Ketua Audit Negara dan peristiwa kehilangan nyawa 3 murid sekolah di Perak.

Dalam masa yang sama, LGE telah menggembar-gemburkan usaha Kerajaan Negeri dibawah kepimpinanannya membenteras rasuah seperti pengenalan CAT, sistem tender terbuka, perbelanjaan berhemah dan insentif khas pelapor rasuah. Sememangnya LGE mempunyai persepsi negatif terhadap kerajaan persekutuan yang dianggapnya rata-rata mengamalkan rasuah.

Malangnya institut intergriti yang merupakan agensi persekutuan dengan dibantu sepenuhnya oleh SUK telah memberi laluan kepada pemimpin pembangkang ini untuk mendapatkan mileage cukup besar dan memberikan ucapannya untuk memperkasakan PR/DAP di Pulau Pinang.

Sepatutnya, kempen dan promosi ini hanya diberikan kepada pemimpin persekutuan sahaja."

Pada dasarnya, penulis bersetuju dengan kenyatan Farid Saad bahawa manipulasi dan putar belit yang telah diambil oleh Lim Guan Eng. Lim Guan Eng berbicara seolah-olah parti DAP dan Pakatan Rakyat itu bersih daripada rasuah.

Akan tetapi, jika dibuat perbandingan dengan usia yang terlalu muda untuk parti Pakatan Rakyat/DAP mentadbir negeri Pulau Pinang, pemimpin-pemimpin mereka juga telah ramai yang terbabas dan telah mengamalkan rasuah!

Institut Intergriti adalah usaha bersungguh-sungguh kerajaan persekutuan untuk mengurangkan amalan rasuah di dalam negara ini. Tetapi pastikan juga tiada yang akan mengambil kesempatan atau meneguk di air yang keruh seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng!

Sunday, November 1, 2009

Kerajaan PP zalim dan tidak berperikemanusian !!




KEBUN BUNGA – Kerajaan Negeri yang memerintah pada masa kini dianggap tidak bertimbang rasa dan berperikemanusiaan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Quah Kooi Heong berkata, sepatutnya pemimpin Kerajaan Negeri turun dan berbincang dengan pemilik premis yang akan dirobohkan.

Menurutnya, kerajaan juga perlu memikirkan tempat terbaik untuk memindahkan barangan dan orang yang tinggal di bangunan ke tempat yang lebih baik dan sempurna.

Jika pada masa kami memerintah dahulu, pelbagai cara untuk memujuk penduduk keluar dan pampasan diberikan dengan sewajarnya, tetapi kini saya lihat semuanya sudah berubah. “Jika ada yang patut keluar, mereka terus keluarkan tanpa rasa kasihan dan penuh tanggungjawab sebagai pemimpin,” katanya pada sidang media selepas Waterfall Caf dirobohkan kelmarin.

Hadir sama Koordinator Gerakan Bukit Bendera, Hng Chee Wey, dan Koordinator Gerakan Tanjong, Oh Tong Keong.

Waterfall Caf yang berusia lebih 120 tahun telah dirobohkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan kerjasama Pejabat Daerah Timur Laut.

Kedua-duanya bertindak atas arahan Kerajaan Negeri seperti yang dimaklumkan Pegawai Daerah, Azizi Zakaria.

Kooi Heong berkata, seharusnya Kerajaan Negeri bertindak seperti seorang pemimpin bukannya sebagai seorang pembangkang.

Semua keluarga terpaksa keluar dalam keadaan marah, dan saya selaku Koordinator Kebun Bunga sekarang akan membantu sebaik mungkin keluarga ini,” katanya.

Sementara itu, keluarga N Sundras, pemilik Waterfall Caf menunjukkan rasa menyesal mereka terhadap Kerajaan Negeri yang telah diundi pada tahun lalu.

Sundras berkata, keluarganya begitu kecewa kerana pada tahun lalu pemimpin Kerajaan Negeri merayu-rayu datang untuk mengundi mereka.

Tetapi apabila kami dalam masalah, mereka langsung tidak turun, pemimpin jenis apakah mereka ini,” katanya yang kelihatan sangat kecewa.

2 Anggota JPJ PP diserang TONTO


NIBONG TEBAL 31 Okt — Dua anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang cedera selepas seorang pembonceng motosikal membaling batu ke arah kereta pacuan empat roda mereka di Jalan Sungai Bakap di sini hari ini.

Ketua Polis Seberang Perai Selatan (SPS) ACP Supt Shafien Mamat berkata pemandu kereta peronda JPJ Nur Suhaimi Kamarudin, 27, mengalami kecedaran parah di muka akibat terkena batu dan serpihan kaca manakala rakannya Ruzaizul Ahmad, 29, cedera ringan.

"Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu kedua-dua anggota JPJ berkenaan sedang melakukan rondaan dari Simpang Ampat ke Sungai Bakap sebelum di serang oleh dua lelaki menaiki motosikal.

"Dua lelaki dari arah bertentangan itu tiba-tiba bertindak membaling batu menyerupai saiz batu bata ke arah cermin hadapan pacuan empat roda berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shafien berkata ekoran balingan itu, Nur Suhaimi gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan berkenaan.

Katanya pembonceng motosikal itu kemudian bertindak membaling batu sebelum memecut laju ke arah laluan Simpang Ampat.

Shafien berkata berdasarkan maklumat awal, kedua-dua lelaki itu berusia dalam lingkungan 20an dan berkulit gelap.

Katanya Nur Suhaimi menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan keadaannya kini dilaporkan stabil manakala Ruzaizul dirawat di Hospital Sungai Bakap.

Katanya polis masih menyiasat motif sebenar kejadian berkenaan dan tidak menolak kemungkinan ia didalangi tonto atau pihak yang tidak berpuas hati dengan aktiviti penguatkuasaan JPJ.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah SPS di talian 04-58244222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

— BERNAMA


Ulasan

Ini mesti kerja tonto yang diupah oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan operasi JPJ di sekitar Seberang Perai selama sebulan lebih ini . Operasi JPJ ini kebanyakkan menahan lori -lori yang membawa lebih muatan dan ini mungkin menjejaskan pendapatan mereka .

Kita kalau nampak kenderaan JPJ mesti akan lihat 2 motorsikal LC atau RXZ akan mengikuti mereka dibelakang sambil membawa walkie talkie . Harap polis dapat menangkap mereka yang bertanggujawab dalam hal ini ke muka pengadilan .