KEBUN BUNGA –
Kerajaan Negeri yang memerintah pada masa kini dianggap tidak bertimbang rasa dan berperikemanusiaan.Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Quah Kooi Heong berkata, sepatutnya pemimpin Kerajaan Negeri turun dan berbincang dengan pemilik premis yang akan dirobohkan.
Menurutnya, kerajaan juga perlu memikirkan tempat terbaik untuk memindahkan barangan dan orang yang tinggal di bangunan ke tempat yang lebih baik dan sempurna.
“
Jika pada masa kami memerintah dahulu, pelbagai cara untuk memujuk penduduk keluar dan pampasan diberikan dengan sewajarnya, tetapi kini saya lihat semuanya sudah berubah. “Jika ada yang patut keluar, mereka terus keluarkan tanpa rasa kasihan dan penuh tanggungjawab sebagai pemimpin,” katanya pada sidang media selepas Waterfall Caf dirobohkan kelmarin.
Hadir sama Koordinator Gerakan Bukit Bendera, Hng Chee Wey, dan Koordinator Gerakan Tanjong, Oh Tong Keong.
Waterfall Caf yang berusia lebih 120 tahun telah dirobohkan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan kerjasama Pejabat Daerah Timur Laut.Kedua-duanya bertindak atas
arahan Kerajaan Negeri seperti yang dimaklumkan Pegawai Daerah, Azizi Zakaria.
Kooi Heong berkata, seharusnya
Kerajaan Negeri bertindak seperti seorang pemimpin bukannya sebagai seorang pembangkang.“
Semua keluarga terpaksa keluar dalam keadaan marah, dan saya selaku Koordinator Kebun Bunga sekarang akan membantu sebaik mungkin keluarga ini,” katanya.
Sementara itu, keluarga N Sundras, pemilik Waterfall Caf menunjukkan rasa menyesal mereka terhadap Kerajaan Negeri yang telah diundi pada tahun lalu.
Sundras berkata, keluarganya begitu kecewa kerana pada tahun lalu pemimpin Kerajaan Negeri merayu-rayu datang untuk mengundi mereka.
“
Tetapi apabila kami dalam masalah, mereka langsung tidak turun, pemimpin jenis apakah mereka ini,” katanya yang kelihatan sangat kecewa.
No comments:
Post a Comment