GEORGETOWN - Lebih kurang 80 penjaja kecil Pantai Batu Feringgi yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan meliputi gerai makanan, minuman, perkhidmatan sukan air dan motel menuntut jaminan hitam putih daripada Kerajaan Negeri yang sebelum ini berjanji tidak akan merobohkan premis mereka sehingga satu tempoh ditetapkan.
Wakil penjaja kecil Pantai Batu Feringgi, Shahul Hamid Hameed Sultan berkata, dalam sesi dialog yang melibatkan penjaja dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow dan wakil Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada Ogos lalu, Kerajaan Negeri bertindak menangguhkan rancangan merobohkan premis penjaja setelah mendengar luahan mereka yang majoriti adalah peniaga bumiputera dan penduduk kampung berdekatan.
Menurutnya, meskipun sebahagian besar penjaja kini mampu menarik nafas lega kerana rancangan itu ditangguhkan, namun mereka masih bimbang kerana jaminan yang diberikan Kerajaan Negeri hanya berbentuk lisan semata-mata dan tiada hitam putih.
“Sememangnya kebanyakan penjaja kini menjalani perniagaan mereka seperti biasa tanpa rasa bimbang setelah jaminan lisan diberikan Kerajaan Negeri baru-baru ini. “Bagaimanapun, kami tetap menuntut Kerajaan Negeri memberikan jaminan hitam putih bagi mengukuhkan lagi keyakinan kami bahawa tiada lagi usaha merobohkan premis akan dijalankan oleh MPPP dalam masa terdekat,”katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.
Shahul berkata, K
erajaan Negeri juga menetapkan syarat setiap penjaja perlu memiliki lesen perniagaan dan pendudukan tanah sementara (TOL) jika ingin terus berniaga kerana motif utama perobohan premis disebabkan kesemua penjaja yang berniaga di tepi Pantai Batu Feringgi berniaga secara ‘haram’.Menurutnya, penjaja berharap Kerajaan Negeri akan mempermudah dan mempercepatkan kelulusan lesen perniagaan mereka agar tidak tertangguh seperti yang dialami oleh kebanyakan penjaja sebelum ini.
“K
ami (penjaja) tiada masalah untuk memenuhi syarat Kerajaan Negeri dan setakat ini, sebahagian besar daripada 80 penjaja sudah menghantar permohonan untuk mendapatkan lesen perniagaan dan status TOL.“
Cuma kami menuntut Kerajaan Negeri tidak lagi menangguhkan permohonan lesen perniagaan kami untuk satu tempoh yang lama seperti yang berlaku sebelum ini memandangkan itulah syarat utama yang ditetapkan Kerajaan Negeri jika kami mahu terus kekal berniaga di sini,”katanya.Sementara itu, pemilik motel, Zuhar Mohd Ali,40, berkata, kesemua penjaja menyatakan kesanggupan untuk membayar sewa tanah kepada MPPP jika itulah syarat tambahan yang diletakkan Kerajaan Negeri bagi membolehkan mereka terus kekal berniaga di situ.
Dia turut
mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri mengurniakan status tanah TOL kepada pengusaha hotel mewah di sini sebaliknya menolak permohonan peniaga tempatan agar diberikan status tanah yang sama bagi tujuan perniagaan.“Baru-baru ini, terdapat pengusaha hotel yang bertindak menambak kawasan tepi pantai dengan meletakkan batu tanpa mendapat kelulusan MPPP, namun tiada sebarang tindakan diambil.“Persoalannya, mengapa Kerajaan Negeri begitu melindungi kepentingan pengusaha hotel mewah yang bukan dimiliki orang tempatan, sebaliknya meminggirkan perniagaan anak tempatan sehingga sanggup merobohkan premis kami tanpa belas kasihan?”katanya.
Pengusaha permainan sukan air, Roshaidi Zainal,42, berkata, di samping masalah penjaja sering ‘diganggu’ MPPP dan ancaman perobohan premis, Kerajaan Negeri juga dilihat kurang mempromosikan Pantai Batu Feringgi menerusi penganjuran program kebudayaan bagi menarik minat pelancong seperti dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Menurutnya, perniagaan kebanyakan pengusaha permainan sukan air agak merosot berbanding sebelum ini disebabkan kurangnya kehadiran pelancong dalam dan luar negeri yang sebelum ini sering membanjiri Pantai Batu Feringgi yang terkenal dengan keindahan pantainya yang bersih.
“ Jika dahulu, Pantai Batu Feringgi menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara pada hujung minggu sehingga kami tidak menang tangan melayan mereka, kini suasana menjadi semakin lengang disebabkan kurangnya promosi ke atas pantai ini.
“Ada sebahagian kecil pelancong masih berkunjung ke premis kami disebabkan konsep pondok dan suasana premis yang berunsurkan tradisional dan santai. Sekiranya kesemua premis ini dirobohkan, apa lagi yang tinggal untuk ditawarkan kepada pelancong?,”katanya.
Sehubungan itu, Roshaidi memohon Kerajaan Negeri mengekalkan keadaan di Pantai Batu Feringgi seperti sedia kala di samping tidak melakukan sebarang pembangunan yang boleh menjejaskan keindahan pantai itu.
Jun lalu, lebih kurang 80 penjaja kecil merangkumi lingkungan empat kilometer radius kawasan dari Hotel Rasa Sayang hingga kawasan Hotel Bayview diberikan notis mengosongkan premis oleh MPPP disebabkan premis itu bakal dirobohkan akibat ketiadaan lesen perniagaan dan status TOL.
No comments:
Post a Comment