KEPALA BATAS 6 Nov. - Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim membidas sikap kerajaan negeri yang masih mempertahankan dakwaan kononnya negeri ini sudah bebas sepenuhnya daripada masalah miskin tegar.
Sehubungan itu, beliau mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendedahkan butiran terperinci mengenainya itu termasuk melakukan kajian semula bagi mengenal pasti sama ada benar-benar tiada golongan miskin tegar di negeri ini.
Menurutnya, hasil kajian awal yang dijalankan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) membuktikan masih terdapat golongan miskin tegar di negeri ini terutama di kawasan luar bandar.
''Kerajaan negeri April lalu umum Pulau Pinang sudah bebas daripada masalah ini (miskin tegar). Atas dasar dan ukuran apa pengumuman begini dibuat sedangkan masih ramai golongan miskin tegar di Pulau Pinang.
''Saya cabar Guan Eng kemuka secara terperinci statistik mengenai hal ini dan buat kajian semula kalau perlu. Jangan buat (umum) kalau fakta tidak betul,'' katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Projek Industri Tekstil di Kampung 20, Penaga di sini hari ini.
Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga memberitahu, perkara itu pernah dibangkitkannya pada sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini tetapi kerajaan negeri bersikap acuh tidak acuh berhubung perkara itu.
''Mereka (kerajaan negeri) ada meminta saya mendedahkan nama-nama (golongan miskin) tegar tetapi sehingga hari ini tiada apa yang dilakukan. Ada baiknya Guan Eng dan pimpinan kerajaan negeri turun padang dan lihat realiti sebenar masyarakat.
''Jangan hanya buat publisiti dengan buat pengumuman semata-mata mahu meraih keuntungan politik. Sepatutnya kerajaan negeri perlu lihat apa yang sepatutnya mereka perlu buat untuk bantu golongan ini (miskin tegar),'' tegasnya.
Beliau menambah, ICU kini dalam proses menjalankan kajian mengenai jumlah sebenar golongan miskin tegar di negara ini dan ia dijangka siap sepenuhnya awal tahun depan.
Azhar turut mempersoalkan sikap pegawai dan kakitangan agensi di bawah kerajaan negeri yang tidak turun padang dalam program masyarakat terutama yang dianjurkan oleh kementerian atau jabatan kerajaan Persekutuan.
''Saya pun tidak tahu sama pegawai-pegawai ini memang tidak mahu turun padang atau takut dengan Guan Eng atau memang diberi arahan supaya tidak menyertai program anjuran kerajaan Pusat.
''Kalau begini caranya, macam mana mereka hendak mengetahui masalah yang dihadapi rakyat?'' soalnya.
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
1 day ago
No comments:
Post a Comment