Sunday, October 17, 2010

Geng 16 Pemuda UMNO Prmtg Pauh tuntut perubahan

Pemuda UMNO Prmtg Pauh tuntut 16 perkara diselesaikan
oleh kepimpinan bahagian UMNO Prmtg Pauh .







Kelmarin pada jam 9.00 malam berlangsung program Jamuan Ramah Mesra Transformasi Perjuangan UMNO Prtmg Pauh anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Prmtg Pauh diketuai Sdr Zaidi Mohd Said yang juga Penyelaras BN Dun Prmtg Pasir . Ia dihadiri seramai 400 orang ahli UMNO Prmtg Pauh terdiri daripada ahli Pemuda , ketua-ketua cawangan , ketua pemuda cawangan , Wanita dan Puteri .

Program semalam juga mencipta sejarah apabila Pemuda UMNO Bahagian diketuai Sdr Zaidi bersama seluruh AJK Pemuda Bahagiannya sebulat suara menyatakan suara mereka iaitu resolusi 16 perkara yang dituntut mereka perlu diselesaikan segera oleh kepimpinan bahagian.

Matlamat Pemuda UMNO Prmtg Pauh iaitu satu untuk menang di pilihanraya akan datang . Jadi ia harus bermula dengan perubahan dan 16 perkara ini harus diselesaikan dengan segera oleh kepimpinan bahagian . Semua sayap seperti Pemuda , Wanita, Puteri serta JKKKP perlu diperkasakan bagi menarik semula sokongan rakyat terhadap UMNO diketika parti PKR sedang bercelaru sesama mereka .

Wednesday, October 6, 2010

NGO Islam hantar memorandum kepada MAIPP isu tanah kubur

PULAU PINANG 5 Okt. - Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini menghantar memorandum meminta Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tanah perkuburan Islam yang semakin sempit dan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

Mereka terdiri daripada Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP), Jemaah Islah Malaysia Pulau Pinang (JIMPP), Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim) dan Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM).

Pertubuhan-pertubuhan lain adalah Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API), Islamic Propogation Society International (IPSI), Angkatan Belia Islam Malaysia Pulau Pinang (ABIM) dan Dewan Perniagaan Komtar (KMA).

Menurut Yang Dipertua Pajim, Yusoff Mohamed, sebagai badan yang bertanggungjawab dan diamanahkan untuk menjaga kesucian agama dan penduduk Islam, MAIPP perlu bertindak tegas meminta kerajaan negeri mewartakan beberapa lot tanah bagi dijadikan kawasan tanah perkuburan untuk orang Islam.

Katanya, akibat diabaikan, beberapa kawasan di negeri ini kini dilanda masalah akibat tanah perkuburan masing-masing yang semakin sempit.

Antaranya di kawasan Jelutong, Permatang Damar Laut, Taman Tun Sardon, Gelugor dan Kampung Makam.

''Tiga hari lalu, satu jenazah di Jelutong terpaksa dikebumikan di atas sebuah kubur lain yang jenazahnya masih baru yang mana kain kapan pun belum reput.

''Begitu juga di Gelugor, tiga minggu lalu, akibat tidak mempunyai saudara-mara, jenazah seorang lelaki terpaksa dikebumikan di tempat lain kerana peraturan sedia ada hanya membenarkan mereka yang berasal dari kawasan itu sahaja dikebumikan di situ," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil MAIPP, Kamal Said di pejabat MAIPP di sini hari ini.

Selain memorandum, mereka turut membawa kain rentang yang mengandungi tandatangan semua ahli terlibat.

Menurut Yusoff, Pajim dan beberapa NGO Islam lain juga telah berusaha untuk mengetengahkan permasalahan itu kepada kerajaan negeri, namun sehingga kini usaha mereka buntu apabila surat yang dihantar tidak dilayan pihak berkenaan.

''Kita juga sudah hantar surat untuk berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng, tetapi sampai hari ini belum mendapat sebarang jawapan.

"Begitu juga dengan Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim, sampai sekarang juga tidak berjawab," ujarnya.