Monday, August 24, 2009

15 Tahun, Tiada Perubahan di Permatang Pasir

info terkini Dun Permatang Pasir




Kami maukan perubahan... itulah keluhan penduduk kampung Cross Street, sejak dari PAS menang 15 tahun dulu, tidak ada sebarang perubahan yang berlaku di kawasan ini, tapi setiap kali pilihanraya mereka berjanji bermati-matian untuk membantu rakyat, tetapi bila selesai je pilihanraya segala janji-janji itu hilang.

Menurut seorang penduduk di kampung cross street, dia berasa sedih dengan adun dulu Datuk Hamdan dari PAS yang terlalu banyak berjanji kepada penduduk kampung ini, "adakah dia mati meniggalkan dosa kerana menipu penduduk di sini?" itulah soalan Sdr Halim penduduk asal kampung cross street dan juga pengundi permatang pasir.

Seorang lagi penduduk yang di temui oleh det petang semalam mendakwa, kemungkinan kampung cross street ni menjadi sarang untuk menyimpan penggundi hantu, " menurut sdr Mael, bayangkan la dalam kampung cross street ni ada lebih kurang 30-40 buah rumah sahaja dan di sebelah sana (merujuk kepada penempatan cina di cross street) cuma ada 20 biji rumah, tapi bagai mana pengundi di sana dan sini boleh mencecah sehingga 1400 orang.

Pelik memang pelik.. ketika det mengikuti puteri umno mengedarkan bungkusan bubur lambok di kampun sama gagah permatang pasir petang semalam, amat mengejutkan bila bungkusan bubur yang di agihkan kepada penduduk di situ di buang kedalam longkang, kononnya bubur lambuk yang di agihkan oleh puteri umno itu haram untuk di makan, tengok bertapa kurang ajarnya puak-puak pas, rezeki yang Allah Taala dorongkan kepada mereka di buang bergitu aje. sementara menunggu waktu berbuka puasa, det sempat meninjau semula rumah Tok Timah yang sedang direpair oleh tukang rumah hasil pembiyaan puteri umno, nampaknya rumah itu masih belum siap lagi, kebetulan salah tukang rumah itu mengatakan yang kerja-karja hari ni tak dapat di jalankan kerana barang-barang seperti kayu, plawood dan berberapa alatan tukan yang di tinggalkan di bawah rumah semalam telah hilang, kemungkinan di curi oleh pihak-pihak yang membuat onar semalam.

Kawasan kampung cross street yang sekecil ini yang lebih banyak kebun sayur dan bendang ini memiliki jumlah pengundi hampir 1500 orang.

No comments:

Post a Comment