Thursday, August 20, 2009

N11 Permatang Pasir: Calon Pas gelapkan wang parti RM 600'000 ???


PAS mengumumkan calon bagi Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd. Salleh Man. Tidak banyak maklumat yang boleh dibincang mengenai calon ini.

Namun begitu, ujud beberapa isu yang menjadi begitu kontroversi bagi calon dan ketua PAS Pulau Pinang ini. Semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh setahun lepas, pemimpin PAS Pulau Pinang sendiri membangkitkan bahawa peruntukan untuk jentera pilihanraya PAS sebanyak RM 600,000.00 digelapkan calon ini. Dakwaan serious ini dibuat sendiri oleh Naib Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa dan Mantan Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Zulkifli Lazim.

Selain pada itu, Salleh juga merupakan mudhir kepada Sekolah Agama Pintar tajaan PAS. Beliau juga dituduh mengunakan sebahagian dari peruntukan bagi menguruskan sekolah tersebut bagi mengukuhkan kewangan syarikat persendirian beliau, kemungkinan bagi tujuan perniagaan.
Nampaknya, masalah salahguna kuasa dan amalan korupsi kini makin menular dalam pemimpin Pakatan Rakyat selepas terbongkar isu yang sama berlaku di Selangor. DAP sebagai rakan kongsi kanan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan kini menjadi tunggak pemerintahan negeri pulau mutiara itu kini dibelenggu dakwaan mengenai perhubungan rapat dengan kongsi gelap dan pejenayah maksiat.

Ini merupakan peluang baik bagi rakyat untuk membuka mata dan membuat pilihan mengenai kedudukan mereka memberikan sokongan kepada golongan yang hanya berminat untuk mendapatkan kuasa bagi kepentingan peribadi dan agenda tersendiri.
sumber :bigdot

Banyak jugak penyamun berkopiah ini kebas duit, apa apa pun cepat cepat buat repot kepada pihak yang berkuasa,penyamun alim alim kucing bukan boleh dibiar,dalam diam dia suka ngap jugak

Jentera PAS bukan mau duit sangat,diaorang cuma mahu "pahala" pasal tu la calon kebas duit jentera dah orang lain tak mau

Pisau kata "Bang Saleh lepas ni boleh makan kuah la"

No comments:

Post a Comment