Siti per 1- ORANG KUAT PAS PERLIS DERA ISTERI
Seorang ustazah yang merupakan Isteri orang kenamaan PAS mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam.
Menurut Siti Rosmala lagi, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini.
Tidak cukup dengan itu Abdul Rashid juga dituduh mendera Isterinya juga.Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.
"Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya.
Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.
"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.
***
Tuntutan Siti Aishah Chou Abdullah, 24, iaitu bayaran mutaah RM3 juta daripada bekas suaminya, Wan Ismail Wan Jusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Kelantan.
Apabila ditanya mengenai rasional tuntutan dibuatnya, Siti Aishah berkata, biarpun ada pihak menganggap RM3 juta yang dituntutnya keterlaluan, jumlah itu sebenarnya wajar.
“Saya bukan tamak atau ingin mengaut hartanya tetapi jumlah tuntutan itu wajar kerana dia (bekas suami) tidak tunaikan janji dibuatnya sebelum kami berkahwin selain mengambil kira pengorbanan saya untuk menjadi isterinya,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
Wanita berasal dari Kemboja itu berkata, tuntutan mutaah RM3 juta itu adalah pampasan perceraiannya kerana dia dan dua anak, Wan Mohd Firdaus, 4, dan Wan Nor Salwa, 3, hidup terumbang-ambing selepas bercerai.
“Saya sanggup tinggalkan tanah air sendiri untuk berkahwin dengannya (bekas suami) kerana percaya mampu dapat perlindungan tetapi sebaliknya pula berlaku.
“Sebelum berkahwin, dia (bekas suami) berjanji mahu beri rumah besar (banglo) dan kereta mewah, tetapi semuanya hanya tinggal janji,” katanya.
Menurut Siti Aishah, selepas perceraian mereka disahkan pada 18 November tahun lalu, dia terpaksa pikul semua tanggungjawab mencari nafkah bagi menampung belanja dengan bantuan keluarganya.
***
Apa salahnya Rohaizat beristeri dua, yang salah macam kes-kes di atas ni.
1. Nafkah batin tak lupa, nafkah zahir buat derma.
2. Bab kahwin ikut sunnah, bab nafkah zahir punah!
3. Isteri bekorban agama percayakan suami berkopiah putih alih-alih habis madu sepah dibuang.
4. Janji macam romeo, nak kasi banglo dan kereta mewah, dasar hidung belang.
5. Siapa lebih mengetahui perihal suami kalau bukan isteri, takkan nak minta 3 juta kalau tahu suami tak ada banyak tu, melainkan ada duit balak.
Jom bela wanita-wanita ini.
No comments:
Post a Comment