Monday, August 24, 2009

Amanat Sesat Hj Hadi yang menyesatkan ahli PAS



AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI

Saudara-saudara sekalian, pergilah ikut menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang BARISAN NASIONAL, kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajahan. Mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara! Perjuangan kita adalah JIHAD! Ucapan kita adalah JIHAD! Derma kita adalah JIHAD! Dan kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah MATI SYAHID! Mati kita adalah MATI ISLAM!

Kita tidak payah masuk Yahudi. Kita tidak payah masuk Kristian. Kita tidak payah masuk Hindu. Kita tidak payah masuk Buddha. Tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku

.


Inilah amanat yang menyesatkan seluruh penyokong PAS,yang berani mengkafirkan saudara seagama,mengkafirkan ibu atau ayah sendiri,solat 2 imam dan macam macam lagi.

Kerana amanat inilah berlaku nya peristiwa memali ,dan puak PAS menyatakan yang mati ketika peristiwa memali adalah syahid,namun majlis fatwa telah mengistiharkan mereka yang mati bukan syahid.

Segalanya di angkat menjadi jihad,jika menderma pun dianggap jihad.

Kenapa mereka tidak membangkitkan tabung derma mangsa Memali?kemana perginya wang wang itu? adakah mereka makan duit derma orang ramai seperti mana berlaku di masjid jamek permatang pasir.?

Inilah dia apabila matlamat menghalalkan cara, apa saja dihalalkan untuk mencapai cita cita politik dan kuasa. semua nya menjadi halal,malah darah saudara sendiri jugak dihalalkan.

Kerana amanat ini lah orang melayu berpecah belah,kerana amanat dajal ini lah negara menjadi SAUDARA SEAGAMA DIKAFIRKAN DAN KAFIR HARBI DI ANGKAT MENJADI SAUDARA,Hj Hadi sudah melakukan dosa yang amat besar.

Maka segala yang berlaku harus Hj hadi dipertanggungjawabkan. Belia harus bertanggungjawab dan menarik balik amanat sesat ini.


Pisau terfikir,kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadapt amanat yang sedemikian,kenapa tidak ada pembersihan sepertimana berlaku terhadap AlArqam.Amanat yang bahaya sebegini harus di tarik balik.

ramai yang termakan dengan hasutan ini,mereka menganggap dengan menyertai perjuangan PAS adalah sebahagian daripada jihad.mencerca,fitnah dan menghina saudara seagama jugak dibolehkan.



Pisau kata " PAS ternyata sesat dan menyesatkan"

Posted On 8/24/2009 09:00:00 AM by megat |

No comments:

Post a Comment