Monday, August 24, 2009

ANWAR MAIN BORIA DI PTG PASIR!


1. Salam Ramadhan buat rakan-rakan semua. Maaf agak lama tidak ke udara disebabkan kekangan yang pelbagai. Suasana kempen di Ptg. Pasir kian hampiri penghujungnya. Syabas buat semua rakan-rakan bloggers yang komited membantu jentera parti.Justify Full

2. Kehadiran AnWAR di Ptg. Pasir kali ini umpama biskut, sekejap ada, sekejap tiada. W/pun sebagai Ahli Parlimen di sana, kempen AnWAR jelas kelihatan 'mahu tak mahu' sahaja. Kedengaran rakan-rakan PKR di Ptg. Pasir memberitahu AnWAR mahu PAS menang dengan majoriti yang rendah kali ini. Jika keadaan sama seperti di Manek Urai, ianya lagi bagus ujar AnWAR.

3. Jika BN menang di Ptg. Pasir, ianya lebih baik bagi AnWAR. AnWAR mahu menunjukkan kepada penyokongnya bahawa PAS AMAT memerlukan beliau bagi meneruskan kesinambungan kejayaan bagi PAS. Ujar rakan saya di Ptg. Pasir, kemenangan PAS di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang membuatkan PAS lebih menumpukan perhatian kepada pengundi Cina, berbanding diri AnWAR!

4. AnWAR meluahkan bahawa PAS hanya mengambil kesempatan dan menggunakan kekuatan beliau bagi meraih undi. Bagi memberi PAS sedikit pengajaran, AnWAR mahu PAS alami sedikit kejutan kali ini. Dulu pun di Manek Urai AnWAR telah menempelak PAS kerana tidak mahu mendengar cakapnya! Kerana itu, jentera PKR di Ptg. Pasir kali ini tidak seagresif dulu. Dihadapan pemimpin PAS, AnWAR akan berkata beliau telah mengerahkan semua jentera PKR membantu PAS.

5. Buat penyokong PAS, hati-hati dengan manusia ini! Ianya adalah spesis yang akan membaham apa dan sesiapa saja demi mencapai agenda peribadinya. Bagi mengelak tumpuan, beliau akan menuding jari menyalahkan orang lain. Taktik AnWAR kini juga menjadi ikutan segelintir pendokong PAS. SAH! Mereka ini lebih mendengar cakap AnWAR dari Presiden mereka sendiri.

Buat pengundi di Ptg. Pasir, pilihlah calon yang bakal mewakili anda dengan bijaksana. Pilihlah atas semangat insaf dan kesedaran yang tinggi. Kita mengharapkan Ptg. Pasir bakal membuka era baru dalam transformasi yang dilakukan oleh UMNO, bukan melakukan kesilapan yang berulang-ulang seperti AnWAR yang kemudian menuding jari menyalahkan orang lain atas kesilapan yang sering diulanginya..............

Sekian. BLOG X-PKR

No comments:

Post a Comment