Aug 21, 2009
Istilah ‘Negara Islam’ tidak tercatat secara langsung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Perbahasan mengenainya hanya dibuat berpandukan kepada ijtihad para ulama mujtahidin. Perbahasan ini dibuat bertujuan menentukan kategori sesuatu negara atau tempat yang didiami oleh umat Islam samada bertaraf ‘kampung halaman Islam atau hak umat Islam’ atau ‘kampung halaman kafir harbi’ yang memerangi umat Islam.Negara-negara di dunia ini mengikut penilaian hukum fiqh terbahagi kepada tiga kategori, iaitu;
i. Negara Islam.
ii. Negara kafir yang berperang dengan Islam, dan.
iii. Negara kafir yang tidak memerangi Islam.
DEFINISI NEGARA ISLAM
Beberapa definisi Negara Islam yang dirumuskan oleh ulama dan cerdikpandai Islam adalah seperti berikut;
i. Muhammad bin Hasan As Syaibani:
“Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”.
ii. Muhammad Abu Zuhrah:
“Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.
Berpandukan kepada definisi di atas, jelaslah Malaysia adalah sebuah negara Islam. Keraguan dan pertikaian mengenai Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah tidak berasaskan fakta dan ianya tertolak.
Malaysia sebagai negara Islam telah diperkuatkan lagi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Peruntukan ini tidak diadakan oleh penjajah, tatapi diusaha oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai kemerdekaan.
ASAS-ASAS NEGARA ISLAM
Asas-asas utama sesebuah negara itu diiktiraf sebagai negara Islam antaranya ialah;
· Sesebuah negara yang tunduk akur di bawah kuasa Islam dan orang Islam sebagai ketua
pemerintah.
· Tanahair orang Islam adalah sah sebagai negara Islam.
· Sesebuah negara yang aman dan bebas didirikan syiar Islam di dalamnya
MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM
Hasil dari definisi dan pandangan ulama mengenai negara Islam, jelaslah Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri berikut;
· Malaysia adalah tanahair orang Islam sejak turun temurun.
· Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam.
· Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam sebagai tuan punya.
· Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh Kerajaan BN.
· Sistem mempertingkatkan ibadah, munakahat dan muamalat dilaksanakan di serata negara.
· Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi dan sentiasa ditingkatkan mutunya.
· Mahkamah syariah ditubuh dengan rasmi dan hasil keputusannya tidak boleh diganggu oleh mahkamah sivil.
MALAYSIA NEGARA SEKULAR ?
Terdapat di kalangan umat Islam di Malaysia yang menganggap Malaysia sebagai negara sekular. Oleh itu eloklah difahami terlebih dahulu apakah erti sekular. Perkataan ‘sekular’ berasal daripada perkataan Latin seaculum yang bermakna ‘alam ini’ atau ‘dunia ini’. Gerakan fahaman sekularisma bermula pada pertengahan abad ke 19 di England yang diasaskan oleh George Jacob Holyoake (1817-1906). Golongan ini hanya mementingkan kebajikan manusia di dunia dan menafikan kewujudan alam akhirat.
Dalam suasana sedemikian, sekularisma telah dipersepsikan menerusi ciri-ciri berikut;
· Menolak kepercayaan adanya Tuhan. Segalanya berpusat pada alam ini.
· Menolak kepercayaan adanya hari akhirat dan perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan selepas mati.
· Agama dan dunia terpisah secara total.
Apa yang sedang diamalkan oleh negara Malaysia hari ini ialah berusaha menjaga kebajikan umat Islam dan memartabatkan agama Islam serta tidak lupa tanggungjawab kepada rakyat bukan Islam. Tanggungjawab sedemikian adalah sebahagian suruhan Islam.
Kerajaan juga telah berusaha memantapkan akidah, memajukan syariah dan mempertinggikan akhlak umat. Dengan pelaksanaan tugas-tugas tersebut, keadaan dan keraguan serta kekeliruan umat Islam di negara ini adalah tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang faedah. Status negara Malaysia sebagai negara Islam tidak boleh lagi dipertikaikan, sebaliknya adalah lebih baik menerima realiti yang ada dan berusaha memperkuat serta memperbaiki lagi mana-mana kelemahan dan kekurangan jika ada.
USAHA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA( Barisan Nasional)
Antara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah Kerajaan Islam ialah seperti berikut;
· Menjaga kepentingan agama serta mentadbir urusan negara dan umat.
· Mengurus pemerintahan adalah antara kewajipan agama yang terbesar, malah agama itu sendiri tidak dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintahan.
· Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh memesongkan akidah sebenar Islam. Fahaman agama yang dipegang ialah yang bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah serta akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
· Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas pemerintahan. Dalam hal ini, Islam mengharuskan melantik orang bukan Islam yang menjadi warganegara sebagai menteri untuk melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan.
· Menyediakan tenaga tentera dan sistem pertahanan negara bagi menjamin keselamatan agama, bangsa dan negara.
· Mewujudkan sistem perundangan dan kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan.
· Mendirikan dan menguruskan kelicinan peribadatan seperti mendirikan masjid dan menguruskan pentadbiran berkaitannya.
· Mengendalikan urusan ibadat haji dengan teratur. (ibadat @Ibadah)
· Menguruskan hal ehwal zakat secara bersistem. (Ibadat@ibadah)
· Memungut hasil cukai yang pelbagai untuk dana negara. (Muamalat)
· Menguruskan sistem pentadbiran awam yang cemerlang.(muamalat)
· Membanteras jenayah dan sebagainya.(Jenayat)
KEWAJIPAN RAKYAT TERHADAP PEMERINTAH
Oleh kerana Malaysia sebuah negara Islam, maka berkewajipan setiap rakyat melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang antara lainnya ialah seperti berikut;
· Taat serta patuh dengan ikhlas dan penuh rasa bangga.
· Bersedia menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
· Menjauhi diri dari perbuatan-perbuatan mungkar seperti menganggu ketenteraman awam,
menimbulkan huru-hara dan mengancam keselamatan masyarakat dan negara.
· Bertanggungjawab mempertahan dan menaikkan nama negara pada bila-bila masa dan di mana
sahaja.
· Berusaha membangun dan memajukan ekonomi diri, masyarakat dan negara.
Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah menepati dengan definisi yang diperkatakan oleh ulama masa kini dan terdahulu. Tugas kita sekarang ini adalah untuk mengisi dan memantapkan lagi apa-apa yang perlu diperkemaskan dan tidak lagi menghabiskan masa mempertikaikannya kerana telah jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang terbukti dari segi sejarah, perundangan, pembangunan dan penghayatan Islam.
Apakah kita perlukan lagi sebuah parti politik seperti pas untuk mentadbir negara,?Adakah kita mahu negara ini diterajui oleh pemimpin yg tidak tahu arah tujuannya? Pas mencampur adukkan perjuangan agama dengan politik pembohongannya serta menghantui semua manusia yg jahil dalam agama dengan jubah dan serban dikepala, tetapi mereka2 inilah yg bersolat 5 waktu satu hari, apakah mereka2 ini(pas) tidak sedar bahawa perjuangan yg dilaungkan sebenarnya telah dibuat oleh UMNO sekian lama. Mereka ini juga begitu taksub dengan syurga dan syafaat yg akan diberikan oleh pemimpin tertinggi PAS, adakah ini benar jika difikirkan secara rasional? sehinggakan rakyat yg ingin perubahan begitu takut dengan Nik Aziz untuk memilih BN, takut jika pilih BN dia akan masuk neraka! Mana mereka dapat semua pendidikan ini. Jika diteliti Pas akan membawa kapada penyesatan Ajaran Islam dinegara ini. Lebih2 lagi mereka telah bersengkongkol dengan Pembangkang DAP dan PKR untuk menjatuhkan sebuah negara yg melaksanakan undang-undang Islam Sekian lama. Pembangkang DAP & PKR telah memecah belahkan umat Islam dinegara ini terutamanya telah menyesat ramai anak muda agar keluar dari Islam demi duniawi dan harta benda yg diperolehi oleh Zionis, apakah kita harus mengikut pemimpin seperti ini? Tindakan mereka ini akan menjatuhkan institusi Islam dan Umat Islam yg terbena dengan aman sejak sekian lama.
PAS yang wujud pada hari ini tidak sama dengan PAS yang ditubuhkan pada tahun 1969 dahulu. Pemimpin PAS dahulu tidak mungkin tersasar dari landasan dakwah, tidak mungkin mengishtihar bersatu dengan agama Buddha atau Hindu, malah tidak mungkin menghina sesama saudara Islam. PAS dahulu tidak pernah terdengar kalimah 'masuk PAS, masuk syurga'. Ini PAS HAdi Awang dan Nik Aziz.!Ini PAS 'masakini'. Ya, memang bagus menjadi alim, yang tak bagusnya alim taik kucing. Habis satu parti berbau
sumber:teropongduri
No comments:
Post a Comment