Tiap kali pilihanraya pasti ada buah tangan dari kerajaan pusat, yang terbaru hasrat PM adalah untuk selesaikan 6 bidang utama iaitu benteras jenayah,benteras rasuah,perhebat pendidikan,tingkatkan kualiti hidup,selesai prasarana asas dan perbaiki sistem pengangkutan.
Gagasan 1Malaysia:rakyat Didahulukan,Pencapaian diutamakan diterima baik oleh semua.Dari tinjauan dibuat kepada masyarakat Permatang Pasir begitu mengharapkan bantuan kerajaan.Kita jelas walaupun sudah sekian lama sebelum ini permatang pasir dibawah kerajaan BN semasa zaman Anwar Ibrahim dari dulu sehingga sekarang langsung tidak diberikan perhatian.
Faktor calon ketika itu begitu sibuk dengan cita cita politik untuk menjadi PM hingga terlupa rakyat dikawasan sendiri terabai.Ketika dibawah BN semasa zaman Anwar, permatang pasir langsung tiada perubahan dan ditambah pula sejak permatang pasir jatuh kepada pihak PAS keadaan langsung tidak berubah dan semakin terabai.
Rakyat Permatang Pasir yang mahukan Anwar Ibrahim menjadi wakil mereka di parlimen sudah tercapai,mahukan seorang calon daripada PAS juga sudah tercapai,tetapi apa yang mereka dapat dengan menghantar calon calon yang tidak memberi apa apa bantuan untuk masyarakat di sana.
Malah ketika Arwah Hj Hamdan menjadi wakil rakyat,beliau langsung tidak diberi peluang oleh kerajaan negeri untuk memegang sebarang jawatan .Suara PAS langsung tidak diberi perhatian oleh DAP dan PKR,hinggakan exco agama pun tidak diberi.Adakah rakyat Permatang Pasir masih mahu diberi layanan yang sama oleh kerajaan negeri atau mahu merubah dan mahukan suara mereka didengar.
Jika sekarang ini kerajaan negeri langsung tidak memberi perhatian kepada Dun Permatang Pasir apakata kerajaan pusat mengambil jadikan kawasan angkat,dan segala bantuan dan pembangunan dapat disalurkan terus kepada rakyat permatang pasir.
Jangan mengharapkan kerajaan negeri untuk membantu malah yang menganak tirikan penduduk permatang pasir, Pisau dapat rasakan penduduk permatang pasir akan menjadi anak emas kerajaan pusat.
Anda yang membuat pilihan,tolak politik retorik kosong PAS dan Pakatan Haram.
Pisau kata " Dah lama permatang pasir kena tinggal,la ni masa yang elok untuk kejar balik"
by- megatPisau
Wednesday, August 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment