Saturday, August 22, 2009

'Over-Confident' dan Sabotaj Calon : Masalah Besar PAS di PRK Permatang Pasir

http://4.bp.blogspot.com/_ghNs9FhNcY4/SiD6JU9wY_I/AAAAAAAAIAQ/pFTZP1Tfr6A/s320/mujahid05.jpg

Analisis Kumbang..

Kumbang sebenarnya tidak berniat dan berminat untuk mengulas isu PRK Permatang Pasir kerana memberi tumpuan terhadap analisis mengenai anti Anwar Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi apabila melihat sikap pimpinan PAS,para blogger dan penyokong PAS yang lebih mengutamakan arahan Anwar Ibrahim daripada saranan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat supaya tidak melancarkan serangan peribadi.

Kumbang terus mengambil keputusan untuk menganalisis permasalahan Pakatan Pembangkang di Permatang Pasir kerana Kumbang menganggap sikap pimpinan PAS,para blogger dan penyokong PAS yang tunduk patuh kepada Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang sangat tidak sihat dan akan merugikan PAS.

Lihatlah bagaimana arahan dan jaminan Nik Aziz tidak diendahkan langsung oleh jentera PAS di Permatang Pasir. Klik sini untuk membaca analisis Kumbang mengenai perkara ini.

Kumbang akan mendedahkan apakah arahan-arahan Anwar Ibrahim di Permatang Pasir pada posting Kumbang esok.Yang mana secara keseluruhannya ia bermatlamatkan hanya untuk menang dan menutup kelemahan Pakatan Pembangkang di Permatang Pasir walaupun membelakangkan jaminan Nik Aziz supaya tidak menyerang peribadi calon BN.

Sebelum itu mari kita semak apakah permasalahan besar PAS di Permatang Pasir.

Pendedahan kedua,

PAS ketika ini menghadapi masalah kewangan yang kritikal di semua Unit Peti Undi (UPU) hingga gerak kempen yang dijalankan dikatakan kurang berkesan. Ini dibuktikan dengan jumlah kehadiran pada ceramah PAS adalah amat sedikit berbanding ceramah yang dianjurkan calon Barisan Nasional.

PAS dikatakan turut dikatakan menghadapi kesukaran untuk menggerakkan jentera kempen di DUN PERMATANG PASIR khususnya kawasan KG. PELET kerana kekurangan jentera disebabkan tiada kerjasama daripada DAP dan PKR, kegagalan membuat culaan pengundi, kegagalan Jabatan Penerangan PAS membekalkan bahan kempen pilihan raya, kekurangan peruntukan kewangan kerana dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ketiadaan program ceramah berkelompok.

Apa punca semua permasalahan ini berlaku?

Jentera kempen PAS tempatan dikatakan kurang berkesan dan membelakangkan bantuan dari luar kawasan kerana bosan dengan tugas-tugas pilihan raya yang kerap.

Mereka juga begitu pasti(over-confident) PAS akan menang besar dalam PRK ini selain mengharapkan habuan besar seperti mana yang diperolehi pada PRK DUN MANEK URAI lalu.

Natijahnya jentera PAS dikatakan tidak bersungguh-sungguh dalam menghadapi pilihanraya dan menjalankan kempen. Apatah lagi keadaan ini diburukkan lagi dengan jentera PKR dan DAP yang dikatakan tidak mahu membantu jentera PAS di dalam pilihanraya kali ini kerana berdendam dengan PAS yang dikatakan menyisihkan mereka ketika berkuasa.
Klik sini untuk membaca laporan Kumbang mengenai perkara ini.

Usaha Sabotaj Calon PAS, Saleh Man

Tambah memburukkan lagi keadaan, Kumbang juga mendengar Wujudnya usaha menjatuhkan kredibiliti calon PAS oleh MUJAHID YUSUF RAWA, ZULKIFLI MAT LAZIM, Bekas Ketua Penerangan PAS P/PINANG dan ZULKIFLI ISHAK, Ketua Penerangan PAS P/PINANG.

Mereka dikesan cuba mengeksploitasi kelemahan calon PAS untuk menikam dari belakang. Calon PAS dikatakan pernah menggelapkan wang Sekolah Rendah Islam P/PINANG (SRIP) semasa menjadi Pengetua SRIP yang mana penubuhan SRIP ini beliau bangga-banggakan sebagai sumbangan terbaik beliau kepada Islam dan masyarakat. Beliau dikatakan juga pernah menyalahgunakan wang PRK PERMATANG PAUH untuk kegunaan peribadi.
Jumlah wang yang beliau gelapkan tidak dapat Kumbang pastikan ada pihak yang mengatakan RM 60,000,RM 600,000 dan sebagainya.

Bagi Kumbang jumlah wang yang digelapkan itu bukan pertikaian, tetapi apa yang dipertikaikan ialah kenapa rakan-rakan pimpinan calon PAS itu sendiri sanggup melakukan sabotaj terhadap beliau?

Kumbang kira ramai ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan calon ini dan mereka sendiri merasakan tindakan calon PAS yang menggelapkan duit itu sesuatu yang tidak patut,memalukan PAS dan menjengkelkan mereka.

Laporan mengenai perkara ini ada dibuat oleh rakan blogger Kumbang,Ruang Bicara Faisal.Klik sini.

Kesimpulan

Kepada para pengundi semua lihatlah apa yang berlaku pada jentera PAS di Permatang Pasir. Ada pihak yang terlalu pasti bahawa mereka pasti menang dan mengabaikan tugas mereka. Serta ada pihak yang cuba mensabotaj calon mereka sendiri kerana merasakan calon itu sendiri tidak layak kerana pernah terlibat di dalam penyelewengan wang.

Adakah ini membuktikan PAS pilihan terbaik anda di Permatang Pasir?

Kumbang tinggalkan persoalan ini kepada anda semua, yang penting walau bagaimana pun Mujahid Yusuf Rawa menafikan penglibatan beliau dalam usaha sabotaj calon PAS,mungkin kerana menjaga survival politik beliau.

Tetapi Kumbang merasakan usaha sabotaj inilah yang perlu disahut oleh para penyokong PAS di luar sana yang membenci rasuah dan penyelewengan.

Apa guna PAS menang jika mereka mengangkat seorang calon yang mempunyai masalah moral?
Apa guna PAS mengatakan calon BN rasuah dan sebagainya, jika calon mereka sendiri mempunyai masalah moral?

Pengundi Permatang Pasir, fikir-fikirkanlah...

1 comment:

  1. Selamat berpuasa, insyaAllah parti yang berhemah akan menang!

    ReplyDelete