Friday, August 21, 2009

Kegagalan Calon BN & PAS di Permatang Pasir?

Dr Novandri Hasan Basri


Kedua-dua calon di PK Permatang Pasir telah dihujani dengan pelbagai isu yang dibangkitkan di masa kempen kali ini.

Yang menariknya ialah pihak pembangkang cuba memusing kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar calon BN bersumpah jika perlu tetapi tektik tersebut sebenarnya memakan diri sendiri. Realitinya, pihak pembangkang terlupa bahawa merekalah yang memperlekeh-lekehkan penggunaan sumpah. Penulis pasti mereka tidak lupa dengan tindakan Anwar Ibrahim yang mengelak diri daripada bersumpah untuk membersihkan diri beliau daripada dakwaan meliwat di Permatang Pauh!

Di dalam kekusutan isu-isu yang timbul di pilihanraya kali ini, ianya tentu menimbulkan kekusutan di fikiran para pengundi di Permatang Pasir. Pengamatan dan penilaian para pengundi tidak difokuskan untuk memilih calon yang terbaik bagi mereka. Mereka dihidangkan dengan isu-isu remeh temeh dan tidak patut diperbesar-besarkan.

Strategi begini biasanya digunakan oleh pihak yang tidak dapat menghidangkan kemampuan calon dan parti mereka di tempat tersebut. Mereka juga mungkin telah memimpin di tempat tersebut tapi mereka gagal melaksanakan tanggungjawab mereka di sana. Pokoknya, pihak tersebut tidak ada apa-apa yang menarik dari segi prestasi gerak kerja mereka untuk penduduk di situ.

Pakatan Rakyat telah berjaya mengalih pandangan penduduk Permatang Pasir daripada menilai perkara-perkara yang besar kepada perkara-perkara yang kecil dan remeh temeh. Akan tetapi, strategi tersebut sebenarnya merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak mementingkan kehendak sebenar penduduk di sana.

Di dalam kekusutan dan pelbagai isu-isu yang timbul, penulis mensyorkan kepada penduduk Permatang Pasir supaya kembali memikirkan kehendak masing-masing. Jangan lagi difikirkan isu-isu remeh yang bertujuan untuk mengaburi penilaian anda sekalian. Permatang Pasir adalah hak penduduk Permatang Pasir bukannya individu atau pun parti politik.

Politik negeri Pulau Pinang tidak sama dengan politik negeri Kelantan di mana Menteri Besarnya ialah pemimpin PAS. Permatang Pasir mempunyai Ketua Menteri daripada parti DAP. Sudah acap kali kita dengar hari ini tentang masaalah yang timbul dek sikap Ketua Menteri Pulau Pinang yang memperkecil-kecilkan pemimpin-pemimpin PAS di dalam kerajaan negeri.

Malah allahyarham yang paling senior pun tidak diendahkan. Calon PAS pula telah beberapa kali ditolak di tempat sendiri oleh penduduk Tasik Gelugor. Penduduk di sana tentunya lebih arif tentang kredibiliti dan kapasiti calon PAS sehinggakan mereka tidak percaya beliau boleh menjadi wakil rakyat yang baik.

Sekarang calon PAS mencuba nasib di Permatang Pasir tetapi malangnya, pilihanraya bukanlah pentas untuk mencuba nasib.

Apakah penduduk Permatang Pasir mahu seorang yang tidak dipercayai kemampuannya oleh penduduk di tempat beliau sendiri?

Begitu juga kepada penduduk Permatang Pasir di mana pilihanraya kali ini bukan pentas mencuba nasib. Nasib dan masa depan ditentukan sepenuhnya oleh mereka sendiri .

Jika penduduk Permatang Pasir tidak mengambil kesempatan ini untuk mengubah wakil rakyat kali ini, Permatang Pasir akan terus berada di tahap yang sama.

Penulis percaya bahawa parti PAS tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab yang baik di Pulau Pinang bukan kerana parti tersebut tetapi disebabkan oleh saluran politik dan kekuatan calon PAS yang sangat lemah di dalam kerajaan negeri jika ditakdirkan menang.

Kita perlu tahu bahawa wakil rakyat perlu menghadap Lim Guan Eng dan DAP di kerajaan negeri Pulau Pinang dan setakat ini, DAP sahaja yang memonopoli agensi kerajaan negeri yang penting dan rakan-rakan politik mereka di letakkan di agensi-agensi yang kurang signifikan.

Penduduk Permatang Pasir bakal mempunyai wakil rakyat yang tidak berfungsi jika calon PAS menang di bawah kerajaan DAP di Pulau Pinang. Kita pun tahu, DAP tidak mungkin akan mengambil kisah yang ekstra di kawasan bermajoritikan kaum Melayu kerana mereka perlu pentingkan kawasan-kawasan mereka dahulu.

Kini, penduduk Permatang Pasir mempunyai pilihan lain yang jauh lebih mampu membawa Permatang Pasir ke era yang lebih baik daripada hari ini. Yang menariknya ialah calon BN tersebut kini bakal mempunyai pelbagai ekses yang direct kepada kerajaan pusat dan ini merupakan satu 'permaidani merah' kepada seluruh penduduk Permatang Pasir!

Secara logiknya, seluruh penduduk Permatang Pasir akan mengambil kesempatan ini dengan sebaiknya dan mereka sudah mulai berbincang sesama sendiri mengenai kehendak mereka demi Permatang Pasir mulai dari saat hari ini jika mereka memilih calon BN.

Calon ada dua, undi ada satu tapi Permatang Pasir juga hanya ada satu. Maka fikirkanlah kebaikan Permatang Pasir itu dahulu.

No comments:

Post a Comment