Sunday, August 16, 2009

Sambutan luar biasa untuk Calon PAS Salleh Man



Di masjid jamek Kubang Semang berucap dan menyampaikan sumbangan fakir miskin dari anak Qariah masjid jamek kubang semang jam 10 pagi tadi.





Di sukaneka NISA di kampung Pelet berucap merasmikan penutup dan Menyampaikan sumbangan.





11.00 Pagi hadir di majlis perasmian pejabat bilik gerakerja DAP bagi DUN Permatang Pasir di Taman Ciku, Bukit Mertajam.



---"Berduyun2" penduduk kawasan berdekatan keluar menyambut ketibaan "bakal" wakil rakyat, Salleh Man dari Pas menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin.

Nampaknya Pas telah melancarkan kempen awal disekitar kawasan Permatang Pasir dan kawasan2 yang berdekatan dengannya untuk "memperkenalkan" serta "mempopularkan" calon mereka kali ini.

Salleh Man bukanlah "mesra" dikalangan penduduk Permatang Pasir kerana beliau lebih banyak "berkampung" di Kepala Batas. Malah Salleh Man lebih banyak berpolitik di bahagian Tasek Gelugor dan lebih dikenali disana memandangkan beliau adalah bekas Ketua Pemuda Pas dan bekas yang dipertua kawasan Tasek Gelugor.

Jadi, Salleh Man dan jentera Pas sedar bahawa mereka harus berusaha keras "menambat" hati penduduk Permatang Pasir. Kempen "tarbiah" awal perlu dijalankan manakala gula dan beras perlu "ditaburkan" barang sekampit dua untuk mempopularkan diri.

Harap2 janganlah ada ganjaran "pangkah kami dapat pahala" disini kerana penduduk2 Permatang Pasir lebih matang dan rasional didalam menangani fahaman jumud politik keterlaluan.




Statistik Kawasan N11 Permatang Pasir.

Majoriti penduduk adalah Melayu.
Mempunyai 39 saluran mengundi.


Bilangan ahli parti yang berdaftar:

Umno - 5,326
MCA - 298
MIC - 300
Gerakan - 45
Pas - 1,015
PKR - 1,028


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2008:

Ahmad Sahar Shuib (BN) = 5,571
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 11,004
Majoriti = 5,433

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2004:

Datuk Adnan Ramli (BN) = 7,378
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 8,057
Majoriti = 679


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 1999:

Datuk Ahmad Saad (BN) = 5,236
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 8,430
Majoriti = 3,194



sumber : pusakaayahanda.blogspot.com

No comments:

Post a Comment