SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 52
UNTUK MALAYSIA NEGARAKU TERCINTA
Hooray - BN improved its % of Postal votes from 52% to 75% :).
Well there has been so much misconception about what happened. As usual its up to Wenger to right the wrong. Anyhow first a great thanks to Kalam Perantau, who I believe is a PAS supporter for putting up the results in an Excel readable form.
So in the spirit of sharing, I'll reveal what insights from the "World's Greatest Analyst" on Open source basis.
As we are 1 Malaysia are starting point must of course be race. As usual UMNO bloggers have picked on the MCA for not delivering the votes. Lets take it from there
|
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Timbalan Perdana Menteri mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggerakkan proses pemutihan daftar pemilih untuk mengelakkan wujudnya pengundi hantu seperti yang heboh diperkatakan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan Pemuda UMNO wujudnya lebih 3,000 pengundi hantu di DUN tersebut dibuat berdasarkan pemantauan dari rumah ke rumah untuk meneliti senarai daftar pemilih.
Beliau berkata, walaupun SPR menafikan wujudnya pengundi hantu, mereka (pengundi hantu) sebenarnya tidak menetap di alamat yang didaftarkan dan orang yang menetap di alamat berkenaan juga mungkin tidak mengetahui bahawa tempat dan alamatnya digunakan oleh orang lain.
"Mungkin di pihak SPR mereka kata nama-nama itu telah didaftar dan nama-nama itu sah sebagai pemilih tetapi sama ada mereka balik atau tidak pada hari ini untuk mengundi itu kita kurang pasti," katanya pada sidang akhbar selepas melawat pusat-pusat pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir di sini, hari ini.
Muhyiddin juga berkata, UMNO juga boleh memainkan peranan dalam proses pemutihan daftar pemilih yang bakal dilakukan oleh SPR.
"Apabila SPR menjalankan proses daftar pemilih yang baru pada tahun-tahun akan datang, sebelum diwartakan ia akan dipamerkan dan dimaklumkan waktu bantahan.
"Saya percaya waktu itu sesuai untuk kita semak balik perkara tersebut seterusnya pada waktu bantahan itu kita boleh buat bantahan secara rasmi dan kemukakan maklumat yang kumpul termasuk nama-nama tertentu tidak sepatutnya berada di situ," katanya.
Menurutnya, SPR perlu mengambil langkah sewajarnya dalam proses pemutihan tersebut dan UMNO akan memberikan segala kerjasama yang diperlukan.
Mengulas proses pengundian di Permatang Pasr yang dikatakan berjalan lebih lancar tanpa banyak provokasi berbanding di Manek Urai, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia adalah disebabkan SPR menguatkuasakan peraturan larangan berkempen secara menyeluruh pada hari mengundi.
"Kita tahu larangan kempen pada hari mengundi memang ada tetapi di Manek Urai timbul aspek penguatkuasaan kerana terdapat insiden ahli Puteri UMNO diperlakukan sedemikian rupa hingga terpaksa menerima rawatan di hospital," katanya.
Menurut beliau, disebabkan ia adalah arahan SPR semua parti yang bertanding seharusnya akur dan SPR mungkin boleh memberi taklimat terperinci mengenainya.
"Orang Pas juga jangan cuba halang penyokong BN keluar mengundi terutamanya di kawasan-kawasan yang diketahui mempunyai ramai penyokong BN. Ada kalanya mereka berkumpul dan menghalang laluan ke pusat membuang undi," katanya.
|
|
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tidak akan mematahkan semangat Barisan Nasional (BN) untuk terus bekerja keras melakukan yang terbaik bagi meraih sokongan rakyat.
Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menerima keputusan pengundi di kawasan itu dengan hati yang terbuka atas semangat amalan demokrasi.
''Kita anggap ini sebagai satu takdir dan berlapang dada menerima keputusan dengan hati yang terbuka.
''Bagaimanapun, kita akan terus bekerja dan lakukan yang terbaik selepas ini," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi BN di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas keputusan pilihan raya kecil itu yang menyaksikan calon Pas, Mohd. Salleh Man menang dengan majoriti 4,551 menewaskan calon BN, Rohaizat Ismail.
Salleh Man yang juga Pesuruhjaya Pas negeri memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat, Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh mendapat 5,067 undi.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan penduduk di Permatang Pasir tidak mahukan perubahan yang cuba dibawa BN ke kawasan tersebut.
Sehubungan itu katanya, tidak wajar untuk menyalahkan mana-mana pihak atas kekalahan BN di dalam pilihan raya kecil itu.
''Saya fikir jentera kita adalah yang paling kemas tetapi nampaknya inilah yang penduduk Permatang Pasir mahukan, jadi kita kenalah terima.
''Penduduk memberi mesej bahawa mereka tidak mahukan perubahan, jadi kita jangan salahkan calon, jangan juga salahkan jentera," ujarnya.
Ditanya sama ada jentera BN menerima kerjasama sepenuhnya daripada parti komponen dan UMNO di peringkat bahagian, Ahmad Zahid berkata, secara keseluruhannya prestasi jentera BN sangat memuaskan.
''Begitu juga (kerjasama daripada UMNO) di peringkat bahagian, tapi nampaknya yang di bawah tidak mahukan perubahan, jadi kena terima ini sebagai satu hakikat cara mereka berpolitik," jelasnya.
Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, BN perlu optimis untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk di kawasan itu pada masa depan walaupun ia merupakan kubu kuat pembangkang.
BN kata beliau, akan tetap memberikan cabaran sengit kepada pembangkan dalam mana-mana pilihan raya akan datang berdasarkan prinsip untuk membawa perubahan kepada nasib rakyat.
''Dalam pilihan raya ini misalnya, kita (BN) memperolehi lebih 5,000 undi dan bagi saya jumlah ini bukan kecil kerana kita bertanding di kawasan kubu kuat mereka.
''Apa yang penting kita kena pastikan pengundi yang menyokong akan terus bersama-sama kita dan bersedia memberi cabaran kepada mereka (pembangkang) pada masa akan datang," ujarnya.
Poster calon Umno/BN, Saudara Rohaizat Othman dirosakkan oleh penyokong2 Pas dan Pakatan. Sepanduk2 Umno/BN disepanjang jalan Permatang Pasir habis dicabut oleh puak2 ini.
Pengundian disebelah petang diharapkan lebih ramai penduduk Permatang Pasir yang akan keluar membuang undi. Cuaca cerah disekitar pusat2 pengundian manakala seperti yang dijangkakan jalan2 di sepanjang Permatang pasir sesak teruk.
Peratusan pengundian sekarang berada ditahap 66% daripada 20'290 pengundi di Permatang Pasir. Diharap pengundian akan meningkat lagi sebelum pusat pengundian ditutup pukul 5ptg.
2.54 petang : Peratus keluar mengundi adalah sebanyak 61% daripada 20 290 orang
2.42 petang : Proses pembuangan undi di Tanah Liat berjalan lancar. Perayu undi Umno/BN masih bersemangat melakukan tugas walaupun hebat diprovokasi oleh penyokong Pas. Kereta seorang wartawan media semasa berbahasa melayu dicalar oleh seorang petugas Pas/PR.
Laporan baru akan menyusul lagi...
Dr Novandri Hasan Basri
12.30tengahari- Setakat ini penulis difahamkan bahawa hampir 45% telah keluar mengundi dan ramai di anatara mereka yang keluar awal. Peratusan ini sungguh menarik memandangkan hari ini adalah hari kerja dan bulan puasa. Cuaca mendung turut membantu memudahkan perjalanan pilihanraya kali ini.
Seperkara lagi, terdapat poster-poster BN yang telah dirosakkan. Penulis tidak tahu motifnya tetapi apakah si perosak tersebut teringatkan masa Anwar Ibrahim dan mata lebam beliau dahulu?