Tuesday, December 7, 2010

Murid cemerlang UPSR diraikan Penyelaras DUN Prmtg Pasir



MOHD. Zaidi Mohd. Said beramah mesra bersama sebahagian murid yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2010 di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh, Pulau Pinang, kelmarin.











BUKIT MERTAJAM 6 Dis. - Seramai 38 murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir menerima penghargaan dalam satu majlis di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pauh, di sini semalam.

Mereka terdiri daripada murid di enam sekolah iaitu SK Bukit Indera Muda, SK Permatang Pasir, SK Permatang Pauh, Sekolah Rendah Islam Al- Masriyah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kubang Semang dan SJKC Lay Keow.

Murid terbabit yang memperoleh 5A dalam peperiksaan itu menerima wang RM100 dan sijil penghargaan daripada Penyelaras DUN tersebut yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said.

Turut hadir, Pegawai Kanan Sekolah Rendah Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Mohd. Nasir Ahmad.

Mohd. Zaidi berkata, murid terbabit diingatkan supaya tidak terlalu dibuai-buai dengan kecemerlangan tersebut, sebaliknya berusaha lebih kuat dalam mendepani cabaran di peringkat sekolah menengah.

"Anda (murid) akan berdepan fasa baru dalam hidup apabila melangkah di sekolah menengah kelak. Cabarannya adalah jauh lebih besar dan bukan mudah untuk mengekalkan reputasi sebagai pelajar cemerlang.

"Jangan kita alpa dengan kejayaan ini sehingga kita terkandas di peringkat seterusnya, belajarlah bersungguh-sungguh dan sentiasa bersedia untuk menjadi pelajar lebih baik dan cemerlang pada masa depan," katanya.

Mohd. Zaidi turut menekankan keperluan supaya ibu bapa sentiasa memberi sokongan bukan sahaja dari aspek material tetapi juga moral agar anak-anak mempunyai motivasi serta kesungguhan untuk mengecapi kecemerlangan dalam peperiksaan lebih besar.

Dalam hubungan ini, jelasnya, kerajaan sentiasa menyalurkan pelbagai bentuk bantuan serta kemudahan kepada pelajar supaya mereka dapat mengikuti suasana pembelajaran dengan lebih selesa.

"Kalau kita menoleh semula ke belakang, sudah banyak perubahan yang kita boleh lihat pada masa ini apabila anak-anak kita dapat menjalani suasana pembelajaran yang jauh lebih baik dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.

"Adalah amat malang jika segala kemudahan ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya kerana kerajaan sentiasa mahu memastikan sistem pendidikan kita terus berkembang sejajar dengan pembangunan yang semakin pesat," katanya.

Wednesday, November 17, 2010

Pemuda UMNO baiki rumah mangsa ribut



BUKIT MERTAJAM 16 Nov. - Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang warga emas, Yam Man, 71, dalam menyambut Aidiladha esok apabila rumahnya yang rosak akibat dihempap pokok pada 26 Oktober lalu kini berjaya dibaiki semula.

Semuanya atas keprihatinan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang tampil menghulurkan sumbangan bagi kerja-kerja menggantikan bumbung serta dinding rumah Yam yang rosak akibat kejadian itu.

Dengan kerjasama Koperasi Masyarakat Maju Berhad (Kop-Pusamaju), pergerakan itu turut bergotong-royong membaiki rumah warga emas itu.

Yam berkata, dia berasa sangat terharu apabila menerima kunjungan anggota pergerakan itu untuk membaiki rumahnya baru-baru ini.

"Alhamdulilah, masih ada pihak yang bersimpati dengan kehidupan saya dan sanggup membaiki rumah yang rosak menjelang Aidiladha ini.

"Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya hati saya dapat meraikannya di rumah sendiri," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, jika rumah itu masih belum dibaiki, dia terpaksa tinggal bersama anak saudaranya, Aminah Awang, 59, di kampung berhampiran.

Yam yang tinggal bersendirian di rumah tersebut memberitahu, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur kerana melawat anaknya yang bekerja di sana.

"Ketika berada di Kuala Lumpur, muka saya bengkak dan terpaksa dirawat di hospital beberapa hari. Berita mengenai kejadian itu hanya dimaklumkan jiran melalui telefon,'' katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, pihaknya tampil membantu Yam membaiki rumahnya setelah mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut.

"Kop-Pusamaju turut memberi peruntukan bagi kerja mengganti bumbung dan dinding rumah yang rosak dengan kos hampir RM10,000 termasuk membuat pendawaian semula elektrik," katanya.

Sunday, October 17, 2010

Geng 16 Pemuda UMNO Prmtg Pauh tuntut perubahan

Pemuda UMNO Prmtg Pauh tuntut 16 perkara diselesaikan
oleh kepimpinan bahagian UMNO Prmtg Pauh .







Kelmarin pada jam 9.00 malam berlangsung program Jamuan Ramah Mesra Transformasi Perjuangan UMNO Prtmg Pauh anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Prmtg Pauh diketuai Sdr Zaidi Mohd Said yang juga Penyelaras BN Dun Prmtg Pasir . Ia dihadiri seramai 400 orang ahli UMNO Prmtg Pauh terdiri daripada ahli Pemuda , ketua-ketua cawangan , ketua pemuda cawangan , Wanita dan Puteri .

Program semalam juga mencipta sejarah apabila Pemuda UMNO Bahagian diketuai Sdr Zaidi bersama seluruh AJK Pemuda Bahagiannya sebulat suara menyatakan suara mereka iaitu resolusi 16 perkara yang dituntut mereka perlu diselesaikan segera oleh kepimpinan bahagian.

Matlamat Pemuda UMNO Prmtg Pauh iaitu satu untuk menang di pilihanraya akan datang . Jadi ia harus bermula dengan perubahan dan 16 perkara ini harus diselesaikan dengan segera oleh kepimpinan bahagian . Semua sayap seperti Pemuda , Wanita, Puteri serta JKKKP perlu diperkasakan bagi menarik semula sokongan rakyat terhadap UMNO diketika parti PKR sedang bercelaru sesama mereka .

Wednesday, October 6, 2010

NGO Islam hantar memorandum kepada MAIPP isu tanah kubur

PULAU PINANG 5 Okt. - Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini menghantar memorandum meminta Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tanah perkuburan Islam yang semakin sempit dan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

Mereka terdiri daripada Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP), Jemaah Islah Malaysia Pulau Pinang (JIMPP), Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim) dan Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM).

Pertubuhan-pertubuhan lain adalah Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API), Islamic Propogation Society International (IPSI), Angkatan Belia Islam Malaysia Pulau Pinang (ABIM) dan Dewan Perniagaan Komtar (KMA).

Menurut Yang Dipertua Pajim, Yusoff Mohamed, sebagai badan yang bertanggungjawab dan diamanahkan untuk menjaga kesucian agama dan penduduk Islam, MAIPP perlu bertindak tegas meminta kerajaan negeri mewartakan beberapa lot tanah bagi dijadikan kawasan tanah perkuburan untuk orang Islam.

Katanya, akibat diabaikan, beberapa kawasan di negeri ini kini dilanda masalah akibat tanah perkuburan masing-masing yang semakin sempit.

Antaranya di kawasan Jelutong, Permatang Damar Laut, Taman Tun Sardon, Gelugor dan Kampung Makam.

''Tiga hari lalu, satu jenazah di Jelutong terpaksa dikebumikan di atas sebuah kubur lain yang jenazahnya masih baru yang mana kain kapan pun belum reput.

''Begitu juga di Gelugor, tiga minggu lalu, akibat tidak mempunyai saudara-mara, jenazah seorang lelaki terpaksa dikebumikan di tempat lain kerana peraturan sedia ada hanya membenarkan mereka yang berasal dari kawasan itu sahaja dikebumikan di situ," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil MAIPP, Kamal Said di pejabat MAIPP di sini hari ini.

Selain memorandum, mereka turut membawa kain rentang yang mengandungi tandatangan semua ahli terlibat.

Menurut Yusoff, Pajim dan beberapa NGO Islam lain juga telah berusaha untuk mengetengahkan permasalahan itu kepada kerajaan negeri, namun sehingga kini usaha mereka buntu apabila surat yang dihantar tidak dilayan pihak berkenaan.

''Kita juga sudah hantar surat untuk berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng, tetapi sampai hari ini belum mendapat sebarang jawapan.

"Begitu juga dengan Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim, sampai sekarang juga tidak berjawab," ujarnya.

Monday, August 16, 2010

Kerajaan Selangor wajar tutup kilang arak bukan pindah lokasi baru



KUALA LUMPUR 15 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor seharusnya menutup terus kilang arak milik sebuah syarikat antarabangsa di Shah Alam dan bukannya mencadangkan lokasi baru yang lebih luas.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa (Instac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, langkah menutup kilang itu bertepatan dengan cita-cita politik untuk menubuhkan negara Islam.

"Jika tindakan sebaliknya diambil kerajaan negeri, ia tidak selari dengan hasrat yang diperjuangkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencadangkan kawasan baru lebih luas di Pelabuhan Klang kepada kilang berkenaan ketika Yang Dipertua Pas Shah Alam itu mengadakan lawatan ke kilang tersebut pada 5 Ogos lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai sebahagian pekerja kilang tersebut yang beragama Islam, Mahmood Zuhdi berkata, wajib kepada seorang Islam untuk mendapatkan kerja yang halal memandangkan banyak peluang pekerjaan lain.

"Selain itu, kerajaan negeri juga harus main peranan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang halal kepada pekerja kilang tersebut. Jika gagal, jelas ia tidak memenuhi hak asasi sebagai umat Islam," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, pendakwah bebas, Mohd. Daud Che Ngah berkata, operasi kilang minuman keras di mana-mana lokasi di negara ini harus dihentikan sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam.

"Memakmurkan negara dengan benda yang ditegah Islam adalah tidak relevan. Justeru, kilang tersebut harus ditutup.

"Kita boleh import arak untuk kegunaan bukan Islam dan bukan menghasilkannya di negara ini," katanya.

Berhubung pekerja Islam di kilang berkenaan, Mohd. Daud menasihatkan mereka supaya berhenti dan mencari kerja lain yang halal.

"Allah membuka pintu rezeki seluas-luasnya. Pekerja di kilang arak harus sedar rezeki yang diperoleh daripada sumber tidak halal boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada keluarga," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, Khalid harus mengambil peluang untuk mengecilkan operasi kilang arak itu dan bukannya mencadangkan ia dipindahkan ke tempat yang lebih luas.

"Jika mahu berdakwah, tutup terus dan fikirkan cara untuk menghalang penghasilan dan penjualan arak dari akar umbi.

"Sedarkah Khalid, dengan mencadangkan perpindahan itu hanya menguntungkan pihak syarikat arak tersebut," katanya.

Menurut beliau, sepatutnya dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, umat Islam didahulukan dan bukannya memberi peluang kepada syarikat milik bukan Islam menjana keuntungan dalam perniagaan yang tidak sewajarnya.

"Apa pun alasannya, Islam jelas mengatakan orang yang menyedia, membuat, menghidang malah turut mencadangkan untuk memperluaskan lagi tapak kilang arak juga tidak terkecuali daripada menanggung dosa," katanya.

Sementara itu, Dr. Ma'amor turut menasihatkan Kerajaan Selangor supaya memberikan peluang pekerjaan kepada pekerja kilang tersebut yang beragama Islam.

Pendapat yang sama dikongsi oleh Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar yang menyatakan sudah sampai masanya Pas melaksanakan janjinya dahulu untuk menutup kilang arak.

"Kini sudah tepat pada masanya untuk melaksanakan apa yang dilaungkan semasa manifesto dahulu," katanya.

Menurut Feriz, cadangan Khalid untuk memindahkan operasi kilang arak itu ke lokasi baru di Pelabuhan Klang adalah tidak wajar kerana prasarana di situ jauh lebih baik dan hanya menguntungkan pihak syarikat arak itu sahaja

Monday, August 9, 2010

Kerajaan Pakatan amal diskriminasi terhadap peniaga Melayu - Pemuda UMNO PP

PULAU PINANG 8 Ogos - Tindakan menghalang peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini berniaga sepanjang bulan puasa membuktikan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP memiliki sikap perkauman yang tebal.

Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata, ia memperlihatkan kerajaan negeri mengamalkan budaya pilih kasih terhadap orang Melayu khususnya peniaga kecil.

Menurutnya, keputusan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Komtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik itu merupakan satu bentuk penganiayaan terhadap para peniaga Melayu.

"Ini jelas merupakan diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu. Setelah kerajaan negeri merobohkan gerai-gerai orang Melayu, kali ini mereka halang pula peniaga-peniaga Melayu untuk mencari rezeki.

"Ia memperlihatkan sikap pilih kasih pemimpin DAP dan menunjukkan sikap perkauman yang amat tebal," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali Ramadan.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Aziaan memberitahu, Pemuda UMNO akan bertindak sewajarnya jika masalah para peniaga terbabit tidak diselesaikan.

"Pemuda UMNO Pulau Pinang akan bertindak lebih agresif jika masalah ini tidak diselesaikan segera," tegasnya.

Thursday, August 5, 2010

Guan Eng lidah biawak cuba ganggu PDRM pulak




KUALA LUMPUR 4 Ogos - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disifatkan sebagai seorang yang dangkal dan mempunyai fikiran cetek kerana mengusulkan cadangan agar Cawangan Khas polis ditutup.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Setiausaha Agung DAP itu juga tidak memahami dan menghayati perjuangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara keseluruhan.

Oleh yang demikian, katanya, Guan Eng sepatutnya berhenti daripada terus mengecam dan mengeluarkan pelbagai cadangan yang boleh merosakkan imej PDRM.

"Sebagai sayap perisikan PDRM, Cawangan Khas berperanan memantau unsur subversif dan ancaman militan dalam masyarakat. Ia bukan sesuatu yang kecil malah melibatkan keselamatan dan kestabilan negara.

"Jika peranan sebesar ini pun dianggap mainan dan tidak penting, Guan Eng jelas sekali gagal memahami dan menghayati perjuangan PDRM keseluruhannya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, akhbar berbahasa Inggeris, The Star memetik kenyataan Guan Eng yang mempersoalkan kepentingan Cawangan Khas di negara ini dan mahukan agar unit khas berkaitan trauma dan serangan yang menguruskan hal keganasan seksual ditubuhkan.

Ketua Menteri itu dilaporkan berkata, adalah lebih baik jika anggota Cawangan Khas ditukarkan kepada Unit Keganasan dan Jenayah Seksual kerana ia memberi nilai yang lebih kepada kewangan negara selain menganggapnya sebagai penggunaan sumber yang lebih baik.

Cadangan itu dibuat Guan Eng ketika berucap menutup Persidangan Mengarus Perdana Gender: Keadilan Untuk Semua di sebuah hotel di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Ahad lepas.

Reezal menambah, fokus dan perhatian Guan Eng selaku Ketua Menteri sepatutnya terarah kepada usaha melaksanakan pelbagai janji perubahan yang selalu diucapkannya di negeri itu.

"Malangnya, banyak masa beliau dihabiskan untuk mencari salah orang lain. Apakah ini kaedah menutup kelemahan dan kepincangan pentadbirannya sendiri?

"Selepas merosakkan hubungan dengan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), apakah ini strategi barunya untuk merosakkan hubungan dengan PDRM pula? Apa pun, saya percaya majoriti rakyat mempunyai rasa percaya dan berterima kasih dengan sumbangan Cawangan Khas dan PDRM," katanya.

Sementara itu, Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) turut bersetuju dengan kenyataan Reezal yang menyifatkan Guan Eng tidak memahami secara mendalam peranan polis apabila mencadangkan pembubaran Cawangan Khas.

Presidennya, Shafie Bakri ketika dihubungi berkata, apa yang dilontarkan Guan Eng itu adalah satu pemikiran kebudak-budakan.

Sunday, August 1, 2010

Jawapan balas cabaran Guan Eng terhadap UMNO dedah Melayu dihalau di PP

Kampung Pokok Assam

Didalam isu penduduk kampung melayu yang diusir oleh pemaju sewaktu didalam pemerintahan DAP, tak perlulah Lim Guan Eng putarbelitkan fakta dengan mencabar UMNO untuk mendedahkan individu melayu yang dihalau oleh kerajaan negeri.

ADUN PULAU BETONG, YB Hj. Muhamad Farid Hj. Saad juga tak perlu disalahkan kerana sifat prihatin beliau yang mengambil berat tentang permasalahan penduduk-penduduk kampung di P.Pinang.

Sudah terbukti malah jelas sekali penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Tengah dan juga Kampung Binjai yang rata-ratanya dihuni 98% penduduk melayu diusir keluar dari perkampungan mereka oleh pemaju yang menjalankan projek perumahan dibawah pentadbiran Lim Guan Eng.

Tiada siapa pun yang berkata bahawa kerajaan negeri yang menghalau penduduk di kampung-kampung tersebut, tetapi yang dinyatakan ialah pengusiran ini DILAKUKAN SEMASA DIBAWAH PEMERINTAHAN DAP & LIM GUAN ENG !

Jadi, jika mahu mencari individu melayu yang diusir secara terang-terangan oleh kerajaan negeri, memanglah sukar kerana kelicikan DAP dan Lim Guan Eng. Tetapi kalau mahu mencari bangsa melayu yang diusir dari perkampungan mereka sendiri SEWAKTU PEMERINTAHAN DAP & LIM GUAN ENG, beratus malahan boleh mencecah ribuan individu yang dapat ditunjukkan !

Apabila isu pengusiran penduduk kampung melayu ini ditimbulkan ke pengetahuan umum, Lim Guan Eng dan DAP negeri melompat mengatakan ianya bukan salah mereka dan juga menunding jari kepada kerajaan terdahulu serta menyalahkan penduduk kampung itu sendiri.



Lim Guan Eng dan juga DAP perlu ingat, apa gunanya mereka diangkat menjadi kerajaan negeri dan diberikan kuasa mentadbir jika Lim Guan Eng dan DAP tak mampu membela semua nasib serta kebajikan rakyat yang bermastautin didalam negeri tersebut?

Memang dulu ada terjadi pengambil alihan tanah kampung sewaktu kerajaan BN memerintah negeri P.Pinang, namun mengapa ia tidak heboh seperti yang berlaku di zaman pentadbiran DAP dan Lim Guan Eng?

Bukan ianya tak heboh sebab tidak dimainkan oleh media massa ketika itu, tetapi ini semua kerana pada masa itu P.Pinang diperintah oleh kerajaan yang cekap dan mengambil berat tentang hal kebajikan rakyat.


Setiap pengambil alihan tanah kampung yang mahu digunakan untuk pembangunan negeri, DIPASTIKAN masyarakat kampung tersebut mendapat pampasan serta kadar ganti yang adil dan berpatutan.

Setiap tanah kampung yang terlibat didalam projek pembangunan kerajaan negeri sewaktu pemerintahan BN di P.Pinang, akan menerima pampasan berupa wang DAN juga satu tapak ganti ataupun sebuah rumah.

Ini berbeza di zaman kerajaan negeri DAP dan juga Lim Guan Eng yang pemaju pembangunan hanya memberi pampasan WANG SAHAJA tanpa memikirkan kemana para penduduk kampung akan berteduh selepas itu !

Lim Guan Eng sepatutnya tak boleh menyalahkan UMNO ataupun media massa kerana membangkitkan isu pengusiran penduduk kampung melayu di P.Pinang. Lim Guan Eng dan juga DAP patutnya berasa malu kerana tak mampu menjaga kepentingan serta kebajikan setiap penduduk negeri tanpa memilih "bulu".

Lim Guan Eng dan DAP telah menunjukkan sikap angkuh dan langsung tiada perikemanusiaan apabila memilih untuk mencabar UMNO membuktikan kesilapan kerajaan negeri disaat Lim Guan Eng dan DAP lebih perlu mengutamakan bagaimana untuk menyelesaikan masalah rakyat khususnya penduduk kampung yang di usir oleh pemaju di P.Pinang !

Apakah semasa pemerintahan DAP dan Lim Guan Eng, pemaju pembangunan bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa boleh dikawal oleh kerajaan negeri ?

Jika begitulah caranya polisi pentadbiran Lim Guan Eng, terbukti bahawa kerajaan negeri yang ditadbir DAP di P.Pinang sekarang ini bukanlah sebuah kerajaan yang baik,cekap dan juga boleh rakyat bergantung harapan !

Segala janji Lim Guan Eng dan DAP untuk mengutamakan kepentingan rakyat semasa PRU12 lalu ternyata.

Friday, July 30, 2010

Penang Bangkit : Ceramah Perdana di Taman Guar Perahu



CERAMAH PERDANA ISU SEMASA


TARIKH : 31 JULAI 2010

TEMPAT : PADANG AWAM TAMAN GUAR PERAHU

PENCERAMAH : DATUK MUSTAPHA TAIB
USTAZ MUHAMMAD BIN SAAD


ANJURAN : UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH

Tuesday, July 27, 2010

Gempar !! Bukti video Guan Eng berbohong

nama nya tertera di sofa

Bukti Guan Eng dapat kerusi di majlis perasmian
keretapi bukit bendera


Seperti yang dijanjikan jam 12 tengahari , PB dan beberapa rakan blogger seperti Pisau , MIM dan Unit Media Prmtg Pauh akan mendedahkan penipuan , pembohongan dan kebenaran sikap sebenar syaitan yang bertopengkan khalifah agung PAS .





Video ini menunjukkan Guan Eng sendiri yang mengatakan perkataan " lidah biawak" kepada SDO Nik Ali Mat Yunus !!!!

Siapa yang BERBOHONG dan KAKI PUSING ??? GUAN ENG atau NIK ALI ??

Lihatlah sendiri siapa sebenarnya yang berlidah biawak .Memang tahap celaka la seorang pemimpin yang menjadi Ketua Menteri seperti Guan Eng yang berani secara terang-terang berbohong untuk menutup kesalahan dirinya . Beliau memperalatkan DAPSY nya untuk untuk pertahankan dirinya dengan menyerang Nik Ali kononnya berbohong dan melalukan fitnah .

Tetapi bukti yang Guan Eng tinggalkan melalui video ini di malaysikini tidak hilang . Dia ingat dengan mengarahkan mereka delete video ini sudah boleh beliau diberi lesen untuk fitnah dan saman Utusan dan Nik Ali . Nampaknya Guan Eng sudah KANTOI dalam pembohongannya !!

Kalau setakat penjawat awam spt Nik Ali berani Guan Eng bohong , entah apa yang Guan Eng perbodohkan dan menipu lagi rakyat PP terutamanya orang Melayu dalam PAS dan PKR yang sentiasa memuja dirinya sebagai Khalifah Umar Abd Aziz .

Ini baru satu bukti pembohongan Guan Eng kepada rakyat yang dibuat secara terang terangan,banyak lagi pembohongan dan penipuan yang belum didedahkan.

saman jangan tak saman !!

hahahaha........

Sunday, July 25, 2010

Publisiti murahan' Guan Eng isu nyah Nik Ali usah dilayan Pusat

PERANG di antara Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus, bukan rahsia lagi, tetapi yang pastinya menarik perhatian banyak pihak untuk melihat penyudahnya.

Adakah penamatnya akan menyaksikan Guan Eng tersenyum puas kerana ‘musuhnya’ berjaya dikeluarkan dari Pulau Pinang kerana kerajaan negeri sudah memutuskan perkhidmatan Nik Ali tidak diperlukan lagi di Pulau Mutiara?

Sehingga kini, belum ada tanda-tanda Nik Ali akan ditarik keluar dari Pulau Pinang. Malah, kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, bahawa tiada sebab untuk membawa balik dan mengambil tindakan tata tertib ke atas Nik Ali, memberi tamparan hebat kepada Guan Eng.
Sokongan padu pucuk pimpinan sektor awam serta Kabinet serta pelbagai pihak, termasuk CUEPACS, adalah mesej jelas kepada rakyat untuk menunjukkan siapa sebenarnya Guan Eng.

Keputusan tegas Kerajaan Persekutuan mempertahankan Nik Ali yang cuba dijadikan kambing hitam oleh pemimpin DAP itu, amat signifikan bagi mengelak daripada rakyat mendapat gambaran salah, seolah-olah apa didakwa Guan Eng selama ini benar belaka dan beliau boleh berbangga, sekali gus menaikkan populariti di mata rakyat.

Sebenarnya, itulah yang cuba dimomokkan oleh Setiausaha Agung DAP itu kepada rakyat untuk membentuk satu persepsi negatif umum terhadap Kerajaan Persekutuan dan agensinya.

Malah, Nik Ali bukan penjawat awam pertama yang ditohmah secara liar oleh pakatan pembangkang kononnya tidak kompeten, tidak profesional dan patut dipecat. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan turut menerima nasib sama.
Terbaru, Mohd Sidek turut diheret ke dalam perbalahannya dengan Nik Ali. Adakah ini membawa maksud, Guan Eng mahu berkonfrontasi dengan sektor awam di negara ini yang majoritinya orang Melayu?

Guan Eng sedar penjawat awam seperti Nik Ali tidak mempunyai platform untuk menjawab apa juga tohmahan yang dilemparkan kerana terikat dengan etika dan peraturan berbanding dirinya yang saban hari mengadakan sidang media untuk mengulas pelbagai isu.

Maka, peluang itu digunakan seluas-luasnya dan berulang kali untuk menyampaikan mesej bagi membentuk persepsi dalam kalangan rakyat, walaupun ada kalanya berlaku ketidaktepatan atau salah fakta.

Misalnya, dalam serangan terbaru terhadap Nik Ali yang menyebabkan penjawat awam itu ‘naik angin’, Guan Eng menyalahkan Nik Ali dalam kes kecurian pasir di tanah seluas 33.92 hektar, sedangkan segala pemantauan dan penguatkuasaan terletak di bawah Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya, iaitu pihak berkuasa negeri.

Untuk makluman, kes kecurian pasir di Kampung Kenanga, Balik Pulau, didedahkan Berita Harian pada 15 Julai lalu dan pada hari sama Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya memaklumkan kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Pulau Pinang kerana tanah itu milik Kerajaan Persekutuan.

Tetapi, yang peliknya Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya menerima maklumat kegiatan itu lebih awal dan pada 5 Julai lalu siasatan mengesahkan berlaku pencerobohan, namun tiada tindakan susulan dilakukan. Malah, JKPTG hanya dimaklumkan pada 15 Julai lalu, iaitu pada hari Berita Harian menyiarkan kegiatan curi pasir. Jika pihak berkuasa negeri benar-benar Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT), kenapa begitu lama mengambil masa untuk dilaporkan kepada JKPTG.

Malah, laporan polis dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhammad Farid Saad daripada Barisan Nasional (BN), bukannya pihak berkuasa negeri. Malangnya, apabila kegiatan itu didedahkan media, Nik Ali, selaku pegawai Kerajaan Persekutuan tertinggi di Pulau Pinang, pula dipersalahkan.

Begitu juga dakwaan Guan Eng kononnya pejabat SDO tidak menyediakan tempat duduk untuknya pada majlis pelancaran projek Kereta Api Bukit Bendera adalah tidak benar kerana Ketua Menteri yang sampai ketika majlis sudah bermula, duduk di sebelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di barisan tetamu kehormat bersama Menteri Pelancongan, Datuk Dr Ng Yen Yen.

Ketua Menteri juga menyalahkan Nik Ali apabila Kabinet memutuskan dua pintu gerbang yang dibina di Taman Botani, Georgetown, dirobohkan walaupun sudah siap. Jemaah Menteri membuat keputusan itu berasaskan prinsip rakyat didahulukan selepas mengambil kira pandangan pertubuhan bukan kerajaan dan pencinta alam. Malah, SDO tidak terbabit dalam proses penyediaan konsep dan reka bentuk Taman Botani.

Ketiga-tiga perkara itu dieksploitasi kerajaan pimpinan DAP untuk memberi gambaran buruk kepada rakyat terhadap perjalanan pentadbiran Kerajaan Pusat dan Nik Ali pula yang dijadikan kambing hitam kerana beliau selaku penjawat awam tertinggi Pusat di Pulau Pinang.

Lantaran tidak boleh tahan dan bersabar lagi, Nik Ali melepaskan geramnya selepas menghadiri mesyuarat di Bangunan Wisma Persekutuan, baru-baru ini menerusi satu kenyataan media.

“Saya akan terus dianggap pengecut kerana berdiam diri dan akhirnya menjadi bahan ‘scapegoat’ (kambing hitam) Guan Eng,” katanya sambil bertanya apakah niat sebenar Guan Eng yang seolah-olah bekerja kuat untuk mengeluarkannya dari Pulau Pinang.

Jadi, apakah niat sebenar Guan Eng?

Bagi Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, tindakan Guan Eng itu tidak lebih daripada mencari publisiti murahan.

“Sepatutnya dia berbaik-baik untuk sama-sama membangunkan Pulau Pinang, tetapi apa yang berlaku seolah-olah sengaja nak cari gaduh, main politik untuk mencari publisiti murahan,” katanya.

Mungkin kata-kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim daripada Bebas, yang pernah melabelkan Guan Eng sebagai seorang diktator, cauvinis dan berfikiran seperti komunis, boleh dijadikan renungan dalam menilai perang antara Guan Eng-Nik Ali.

Wednesday, July 21, 2010

Kerajaan PP jangan anak tirikan penduduk Kg Pokok Asam


PULAU PINANG 19 Julai - Kerajaan negeri digesa tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam menangani masalah penduduk Kampung Jalan Pokok Asam dan memberi pampasan setimpal sekurang-kurangnya seperti ditawarkan kepada penduduk Kampung Buah Pala.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya percaya rakyat Pulau Pinang juga mahu melihat penduduk Kampung Jalan Pokok Asam yang rata-ratanya golongan nelayan mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, tawaran yang diterima penduduk Kampung Buah Pala iaitu rumah teres dua tingkat disifatkan sebagai pampasan paling lumayan pernah diberi pemaju dalam sejarah negeri ini.

''Kita lihat ada keadilan di situ. Jadi kita nak lihat kerajaan negeri bersungguh-sungguh selesaikan masalah penduduk Kampung Pokok Asam sekurang-kurangnya setimpal dengan apa yang diperolehi penduduk Kampung Buah Pala.

''Jangan mereka ini dianaktirikan oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas masalah yang dihadapi penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini hari ini.

Pada 30 Jun lalu, kira-kira 200 penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam hampir diusir pemaju yang membawa bersama jentolak.

Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk dengan pihak pemaju yang diwakili oleh seorang peguam, tempoh pengosongan ditangguhkan.

Pada 13 Julai lalu, Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 1 Oktober ini untuk mendengar sebutan kes rayuan penduduk untuk menangguhkan arahan pengosongan dan perobohan rumah mereka oleh pemaju.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kuasa menyelesaikan masalah penduduk kampung itu dan yang boleh berbuat demikian adalah kerajaan negeri ini.

Jelasnya, kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas sepatutnya mengambil kira nasib penduduk di situ sebelum meluluskan pelan yang dikemukakan pihak pemaju seperti dilakukan kerajaan BN sebelum ini.

Katanya, pelan tempat itu telah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) semasa zaman BN dahulu dan syarat yang diberikan adalah pemaju perlu menyelesaikan masalah penduduk di situ jika tidak mahu pelan itu tergantung.

Bagaimanapun agak mengecewakan dalam perkara itu apabila seorang Ahli MPPP yang juga qariah masjid di situ dan ahli Pas tidak membuat bantahan berhubung perkara itu.

''Inilah Pas, tak berani nak buka mulut walaupun mangsanya ialah orang Melayu dan Islam, sekarang nak bincang dah tak guna, apa Lim Guan Eng cakap semua ikut, Timbalan Ketua Menteri dan Exco Melayu pun sama," katanya.

Kerajaan PP jangan anak tirikan penduduk Kg Pokok Asam


PULAU PINANG 19 Julai - Kerajaan negeri digesa tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam menangani masalah penduduk Kampung Jalan Pokok Asam dan memberi pampasan setimpal sekurang-kurangnya seperti ditawarkan kepada penduduk Kampung Buah Pala.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya percaya rakyat Pulau Pinang juga mahu melihat penduduk Kampung Jalan Pokok Asam yang rata-ratanya golongan nelayan mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, tawaran yang diterima penduduk Kampung Buah Pala iaitu rumah teres dua tingkat disifatkan sebagai pampasan paling lumayan pernah diberi pemaju dalam sejarah negeri ini.

''Kita lihat ada keadilan di situ. Jadi kita nak lihat kerajaan negeri bersungguh-sungguh selesaikan masalah penduduk Kampung Pokok Asam sekurang-kurangnya setimpal dengan apa yang diperolehi penduduk Kampung Buah Pala.

''Jangan mereka ini dianaktirikan oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas masalah yang dihadapi penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini hari ini.

Pada 30 Jun lalu, kira-kira 200 penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam hampir diusir pemaju yang membawa bersama jentolak.

Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk dengan pihak pemaju yang diwakili oleh seorang peguam, tempoh pengosongan ditangguhkan.

Pada 13 Julai lalu, Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 1 Oktober ini untuk mendengar sebutan kes rayuan penduduk untuk menangguhkan arahan pengosongan dan perobohan rumah mereka oleh pemaju.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kuasa menyelesaikan masalah penduduk kampung itu dan yang boleh berbuat demikian adalah kerajaan negeri ini.

Jelasnya, kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas sepatutnya mengambil kira nasib penduduk di situ sebelum meluluskan pelan yang dikemukakan pihak pemaju seperti dilakukan kerajaan BN sebelum ini.

Katanya, pelan tempat itu telah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) semasa zaman BN dahulu dan syarat yang diberikan adalah pemaju perlu menyelesaikan masalah penduduk di situ jika tidak mahu pelan itu tergantung.

Bagaimanapun agak mengecewakan dalam perkara itu apabila seorang Ahli MPPP yang juga qariah masjid di situ dan ahli Pas tidak membuat bantahan berhubung perkara itu.

''Inilah Pas, tak berani nak buka mulut walaupun mangsanya ialah orang Melayu dan Islam, sekarang nak bincang dah tak guna, apa Lim Guan Eng cakap semua ikut, Timbalan Ketua Menteri dan Exco Melayu pun sama," katanya.

Monday, July 19, 2010

Pulau Pinang jadi Singapura kedua?


BUKIT MERTAJAM 18 Julai - Jika pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas berterusan membiarkan mereka menjadi tunggangan DAP, jangan terkejut sekiranya Pulau Pinang muncul sebagai Singapura kedua satu hari nanti.

Peringatan itu dibuat Ketua Penerangan UMNO Pulau negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Menurutnya, beliau bimbang nasib orang Melayu ekoran sikap pemimpin PKR dan Pas dalam pakatan pembangkang yang bacul dan tidak tegas.

Justeru, beliau menggesa pemimpin Melayu kedua-dua parti itu membuka mata dan kembali ke pangkal jalan kerana orang Melayu dan Islam perlu bersatu supaya tidak berterusan ditindas pihak lain.

"Pemimpin PKR dan Pas di negeri ini sebenarnya kalau hendak bantu selesai apa jua masalah membabitkan orang Melayu, mereka sebenarnya boleh.

"Tapi disebabkan sudah menjadi tunggangan DAP, jadi mereka takut nak bersuara. Kalau kita tengok di Pulau Pinang ini apa yang mereka dah buat untuk bantu orang Melayu, bila gerai atau rumah Melayu 'dicuit' mereka buat apa, takkan dah hujung baru nak sedar, masa tu dah tak boleh nak buat apa dah," katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan Majlis Pembubaran PKR Ranting Jalan Permatang Tinggi dan menerima 56 borang keahlian UMNO daripada bekas ahli PKR ranting berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO bahagian, Ramlan Ishak, Ketua UMNO Cawangan Permatang Tinggi, Saidin Ali, bekas Ketua PKR cawangan sama, Shafie Ali dan bekas Naib Ketuanya, Ismail Md. Ali.

Sehubungan itu, Musa mengajak pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang bersatu sekali gus duduk bersama dan berbincang mengenai masalah golongan Melayu dan bukan berterusan berusaha mengaibkan orang lain.

"Ketua Menteri, Lim Guan Eng orang Melaka, jelas dia pun bukan tahu jaga kepentingan orang Melayu, tidak sama semasa Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mentadbir negeri ini, apa pun yang diminta tidak kira kaum apa, beliau pasti ambil perhatian," ujarnya.

Sunday, July 18, 2010

Ranting PKR Prmtg Tinggi keluar parti sertai UMNO, hadiah untuk Datuk Mansor Othman


BUKIT MERTAJAM, 18 Julai (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Permatang Tinggi di sini dibubarkan selepas kesemua 56 angotanya bertindak keluar parti itu dan menyertai Umno pada Ahad.

Timbalan Ketuanya Ismail Md Ali berkata keputusan itu dibuat mereka selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR.

"Kami juga sudah bosan dengan janji-janji manis PKR kerana sehingga hari ini iaitu selepas dua tahun memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk tiada satu (janji) ditunaikan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Bahagian Bukit Mertajam Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Ismail juga mendakwa Anggota DUN tersebut Tan Hock Leong tidak pernah turun padang bertemu penduduk sejak memenangi kerusi itu.

Sementara itu, Musa berkata tiga lagi ranting PKR di Bukit Mertajam telah menemuinya dan menyatakan hasrat untuk menyertai Umno.

Ia membabitkan kira-kira 300 anggota PKR, katanya yang enggan memberitahu ranting yang terlibat.

-- BERNAMA

Friday, July 16, 2010

Lagi peniaga Melayu ditindas , bekalan air pula dipotong



Keadaan di Tapak Penjaja Jalan Lim Khoon Huat, Pulau Pinang yang lengang berikutan para peniaga tidak dapat beroperasi sejak tiga minggu lalu kerana bekalan air dipotong.


PULAU PINANG 15 Julai - Kira-kira 10 peniaga kecil Melayu di Tapak Penjaja Jalan Lim Khoon Huat di sini mungkin terpaksa gulung tikar berikutan bekalan air ke premis mereka dipotong oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBA) sejak tiga minggu lalu.

Lebih dikesalkan, tindakan tersebut dilakukan tanpa sebarang notis terlebih dahulu oleh anak syarikat kerajaan negeri itu.

Apabila penjaja mengadu masalah berkenaan kepada PBA, kakitangannya sendiri tidak dapat memberikan jawapan yang sepatutnya kerana ia dilakukan atas arahan pihak atasan.

Peniaga gerai makanan, Rohana Wajiyah, 44, berkata, masalah tersebut menyebabkan dia dan penjaja-penjaja lain tidak dapat meneruskan perniagaan masing-masing.

Dia sendiri tertanya-tanya tindakan PBA tersebut kerana sejak berniaga di situ tujuh tahun lalu, ini merupakan pertama kali masalah seumpama itu berlaku.

"Saya percaya kakitangan PBA datang membuka meter air semasa kami tidak berniaga, iaitu hari Jumaat.

"Oleh kerana tiada notis diberikan terlebih dahulu, saya terpaksa membuang begitu saja bahan-bahan mentah yang sudah dibeli kerana tidak dapat memasak," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, bekalan air dan elektrik ke premis tersebut disediakan secara percuma oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak mula dibuka hampir sepuluh tahun lalu.

Menurut Rohana, dia juga mendapat tahu daripada PBA bahawa MPPP juga tidak mempunyai sebarang tunggakan bil air.

Katanya, tanpa bekalan air, dia tidak dapat meneruskan perniagaan.

Bagaimanapun, dia merasakan dirinya bernasib baik kerana suaminya bekerja makan gaji.

"Kalau suami saya tidak bekerja, mungkin saya sekeluarga terpaksa hidup merempat selepas ini.

"Namun, peniaga lain yang tiada punca pendapatan lain, mereka mungkin lebih menderita," ujarnya.

Rohana juga berharap MPPP dapat membina kemudahan asas seperti tandas dan surau di situ untuk kegunaan peniaga serta pelanggan.

Tuesday, July 13, 2010

DAP pinggirkan penduduk Kg Pokok Assam


PULAU PINANG 12 Julai - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini tampil mendakwa kerajaan negeri diterajui DAP memang bersikap perkauman dengan menindas orang Melayu.

Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata, sebagai contoh, dia kesal sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Koid Teng Guan daripada DAP yang seolah-olah enggan meluluskan peruntukan menaik taraf kemudahan asas sebuah kampung yang dihuni majoriti orang Melayu.

Akibatnya, jelas beliau, penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini terpaksa menikmati kehidupan serba kekurangan termasuk menghadapi banjir setiap kali hujan lebat.

"Kalau dia (Teng Guan) tidak bersifat perkauman, dia akan luluskan peruntukan tersebut.

"Kalau dia tidak tandatangani kelulusan bagi peruntukan itu, bermakna memang dia menindas orang Melayu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini, Kampung Jalan Pokok Asam dihangatkan dengan isu pengusiran 200 penduduk asalnya oleh pemaju tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu di antara kedua-dua belah pihak.

Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat dengan kos lebih RM800,000 seunit oleh pemaju yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Aminah yang juga Pengerusi Pusat Khidmat Bebas Negeri Pulau Pinang memberitahu, dia mewakili penduduk kampung membuat permohonan secara bertulis kepada Teng Guan pada 7 Januari lalu untuk mendalamkan parit, membaiki gelanggang sukan, melebarkan jalan dan menambah lampu jalan.

Pada 5 Februari lalu, katanya, dia menerima salinan surat daripada Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut yang menyatakan maklumat lengkap kerja-kerja menaik taraf tersebut dengan anggaran kos berjumlah kira-kira RM30,000.

Jelasnya, setiap wakil rakyat mempunyai peruntukan masing-masing untuk kebajikan penduduk di kawasan mereka.

Menurut Aminah, perkara tersebut telah berlanjutan hampir setahun lalu dan sehingga kini wakil rakyat berkenaan masih tidak memberikan sebarang maklum balas.

"Saya pernah berjumpanya di pejabat beberapa kali tetapi dia menyuruh saya berurusan dengan keraninya tapi permohonan itu masih tetap belum selesai.

"Saya juga cuba menghubungi telefon bimbit dia tapi suara yang menjawab tidak mengakui dia ialah Teng Guan," katanya.

Monday, July 5, 2010

Tiada lagi kampung Melayu di Pulau Pinang?


SEBUAH rumah di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong, Pulau Pinang. Apakah nasib rumah ini kelak selepas tarikh 13 Oktober ini.











TATKALA penghuni Pulau Mutiara lain sedang enak diulit mimpi, Mohd. Khir Mohd. Said, 44, sibuk bersiap-siap untuk turun ke laut mencari sesuap nasi.

Tangkapan hasil laut itulah yang menyara hidup keluarganya seramai tujuh orang sejak lebih 30 tahun lalu.

Namun kini, dia tidak pasti apakah rutin hariannya itu mampu dilakukan lagi pada masa depan berikutan rumahnya bakal dirampas oleh pemaju yang mahu mendirikan kediaman mewah di situ.

Begitulah nasib Mohd. Khir dan kira-kira 50 penduduk Kampung Jalan Pokok Asam di Jelutong, Pulau Pinang.

Mereka merupakan sebahagian daripada 200 penduduk asal perkampungan itu yang diusir oleh pemaju, Rabu lalu.

Operasi pengusiran penduduk yang majoritinya nelayan sepatutnya dijalankan pada hari itu yang mana sebuah jentolak dibawa untuk kerja-kerja merobohkan rumah.

Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk dengan pihak pemaju yang diwakili oleh seorang peguam, tempoh pengosongan ditangguhkan selama tiga bulan hingga 13 Oktober depan.

Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat berkos lebih RM800,000 seunit oleh pemaju terbabit dari Kuala Lumpur.

Apa yang pasti penduduk kini berada dalam dilema. Sudahlah rumah mahu dirampas, tempat mencari rezeki juga tidak pasti di mana selepas ini.

Ini kerana, pampasan sebanyak RM75,000 yang mahu diberikan pemaju tidak setimpal dengan harga pasaran rumah di sekitar kawasan berkenaan.

"Kami bukannya kemaruk wang ringgit, dan kami pun bukannya mahukan duit yang pemaju ingin beri, tetapi kami mahu rumah di kawasan ini sebagai ganti.

"Dengan wang RM75,000, rumah apakah yang boleh kami beli di sini? Rumah yang sedia ada semuanya berharga RM100,000 ke atas, kami tidak mampu.

"Dan kalau kami berpindah ke tempat lain, dapatkah kami menjadi nelayan semula?," katanya yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jalan Pokok Asam.

Hendak mengadu kepada siapa lagi, dia tidak tahu. Pernah dia ajukan keluh kesah penduduk kampung kepada wakil rakyat di situ, namun Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi seolah-olah tidak 'berminat' untuk membantu. "Dulu masa pilihan raya, macam-macam janji manis ditabur kepada kami.

"Mereka kata, apa-apa masalah boleh mereka selesaikan. "Namun, hari ini apabila penduduk kampung ditimpa kesusahan, mereka lepas tangan, pemimpin apa namanya ini?" ujarnya kesal.

Sikap kerajaan negeri pun sama juga. Bukan tidak pernah dia dan penduduk kampung cuba membuat temu janji dengan pemimpin terbabit bagi mengadu mengenai masalah itu, namun nasib yang menimpa mereka seolah-olah tidak dipedulikan.

"Kami pernah buat temu janji dengan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, tetapi bila tiba tarikh yang telah ditetapkan, mereka bagi alasan sibuk bermesyuarat," jelasnya.

Dalam keadaan sekarang, kepada siapa lagi boleh diharapkan simpati serta bantuan, dia sendiri tidak pasti. Sepatutnya kerajaan negeri boleh campur tangan, seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk kampung tersebut.

Menurut Mohd. Khir, sebagai kerajaan yang memerintah Pulau Pinang, pada bila-bila masa mereka boleh memberhentikan projek tersebut.

Justeru, katanya, selagi mahkamah belum memutuskan siapa yang berhak ke atas kampung itu, dia dan penduduk kampung bertekad untuk mempertahankan hak mereka dalam apa keadaan sekali pun.

Sudah terang lagi bersuluh, jika demikian sikap kerajaan negeri dan wakil rakyat, tidak hairan sekiranya pada suatu hari nanti, perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar George Town lenyap begitu sahaja.

Saturday, June 26, 2010

Bila Engineer Guan Eng turun ke tapak pembinaan jambatan kedua




Ada enam faktor utama yang menjadi punca projek Jambatan Kedua Pulau Pinang lewat disiapkan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Beliau berkata faktor pertama merujuk kepada kajian lanjut tentang kesan kemalangan di laut yang perlu dilaksanakan dengan baik bagi memastikan binaannya benar-benar kukuh.

Hebat betul Guan Eng yang baru saja melawat tapak terus menyatakan projek ini akan delay . kah kah kah ..........


Beliau seterusnya meminta semua syarikat yang mendapat kontrak bagi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang memberi keutamaan kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera yang berasal dari Pulau Pinang.

“Semua syarikat kontraktor yang mendapat kontark projek pembinaan jambatan bukan berasal dari Pulau Pinang,” katanya. — Bernama klik di sini


Ini satu lagi pembohongan dan cakap tak serupa bikin oleh kerajaan CAT Guan Eng !! Dia minta syarikat seperti UEM , CHEC. IJM memberikan keutamaan kepada kontraktor Bumiputra dan bukan bumiputra berasal dari PP sahaja .

Guan Eng sebenarnya bohong bahawa semua syarikat kontrator yang dapat kontrak semua dari luar PP . Sebenarnya ada kontraktor Bumiputra dan Bukan Bumiputra dari PP mendapat faedah daripada projek ini dengan membekal bahan binaan serta kontrak menjalankan kerja2 di projek itu . Tak kan lah bahan2 binaan ini perlu import dari negeri Kedah dan Perak jika di Pulau Pinang sini sudah ada sumbernya malah lebih murah .

Lagi satu yang mengapa PB gelarkan kerajaan CAT Guan Eng ini cakap tak serupa bikin kerana dia sendiri minta syarikat2 main contactor ini beri keutamaan kepada syarikat kontraktor tempatan di PP tetapi sebenarnya kerajaan negeri pimpinan Guan Eng sendiri pun beri projek kepada syarikat luar PP iaitu SYARIKAT TAIYO RESORT dari KL untuk projek di Bukit Jambul Golf Resort . klik di sini

Malah syarikat berkenaan ini menghadapi masalah kewangan dipilih oleh Guan Eng walaupun ada syarikat lain yang lebih berkeupayaan .

inilah prinsip telus , akauntabiliti ,telus ala DAP .. kah.. kah... kah


Sunday, June 13, 2010

Kerajaan Pakatan kawal dewan , mesyuarat UMNO Cawangan dihalang


MOHAMAD Rozi Yaacob berucap pada Mesyuarat UMNO Cawangan Guar Kepah, Kepala Batas, Pulau Pinang, kelmarin.

Kira-kira 100 ahli UMNO Cawangan Guar Kepah di sini terpaksa mengadakan mesyuarat dalam keadaan bersesak-sesak di sebuah bilik operasi Rela selepas dihalang menggunakan sebuah dewan di kampung itu.

Semuanya gara-gara tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) yang menghalang mereka mengadakan persidangan tersebut di Dewan Banjir Guar Kepah di sini. Tinjauan mendapati, mesyuarat kira-kira pukul 6 petang semalam itu tetap diteruskan walaupun sebahagian ahlinya terpaksa berdiri ekoran bilik operasi tersebut yang sempit selain bilangan kerusi tidak mencukupi.

Pengerusi UMNO Cawangan Guar Kepah, Mohamad Rozi Yaacob berkata, pihaknya terpaksa memohon ihsan pihak Rela pada saat-saat akhir untuk 'menumpang' bilik operasi pasukan beruniform itu yang terletak kira-kira 300 meter dari dewan berkenaan. Menurut beliau, pihaknya ada menghantar surat permohonan kepada pihak JKKKN kampung itu pada 1 Jun lalu dan dimaklumkan bahawa mereka boleh menggunakan dewan tersebut hari ini.

"Bagaimanapun saya dimaklumkan pada saat-saat akhir bahawa kami tidak boleh menggunakan dewan tersebut dengan alasan surat (permohonan) yang ditulis tidak ditujukan terus kepada Pengerusi JKKKN sendiri. "Kami juga diberitahu bahawa kami tidak boleh bermesyuarat di dewan itu kerana UMNO cawangan dikatakan menggunakan dewan tersebut tanpa kebenaran ketika menjalani program Juara Rakyat baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat itu semalam.

Mohamad Rozi berkata, Ketua Wanita UMNO cawangan tersebut juga sudah mengadakan perbincangan dengan salah seorang pemimpin JKKKN berkenaan bagi memaklumkan permohonan menggunakan dewan tersebut selain turut menghantar surat. "Alasan-alasan itu sangat tidak wajar apatah lagi program Juara Rakyat yang diadakan sebelum ini memberi manfaat kepada semua penduduk kampung tanpa mengira fahaman politik," tambahnya.

Mohamad Rozi berkata, isu penggunaan dewan tersebut bukan baru kerana sudah banyak aduan daripada penduduk kampung yang tidak dibenarkan menggunakan dewan atau kemudahan yang ada di dalamnya. "Ada penduduk yang ingin menggunakan kemudahan dewan bagi urusan majlis perkahwinan tetapi tidak dibenarkan pada saat-saat akhir tanpa alasan munasabah.

"Bagi saya, ini sudah keterlaluan kerana kalau semua perkara mahu dipolitikkan, ia akan memberi tekanan kepada penduduk sedangkan dewan ini dibina untuk kegunaan masyarakat," jelasnya.

Wednesday, June 2, 2010

Cafe DoReMi: Malaysian Malaysia atau DAPian Chinesia?

Selepas Kg Buah Pala, Cafe Do Re Mi pula menjadi mangsa! Begitulah perihal kepimpinan chauvinis dan racist yang dipamerkan oleh "Khalifah" Lim Guan Eng yang diagung-agungkan oleh Melayu PAS dan Melayu PKR selama ini. Inilah semangat "Malaysian Malaysia" yang selama ini dilaung-laungkan oleh DAP, adik kandung PAP di Singapura. Nampak gayanya, Pulau Pinang adalah "pulau Melayu" kedua yang akan dihak milikkan oleh "PAP, DAP & Co." ini.

Semua orang tahu apa yang terjadi di Cafe Do Re Mi. Tindakan kurang ajar kerajaan DAP pimpinan Guan Eng ini begitu zalim meruntuhkan Cafe tersebut. Dengan berpegang kepada "undang-undang" ciptaan "Malaysian Malaysia", mereka merobohkan cafe itu tanpa budi bicara mahupun rundingan "win-win situation". Begitulah "hati kering" Guan Eng kepada bangsa Melayu di Pulau Pinang.


Sebelum ini, Guan Eng menganiaya kaum India Pulau Pinang yang banyak membantu meningkatkan ekonomi Pulau Pinang. Kini, Melayu pula menjadi mangsa "Malaysian Malaysia" DAP ini. Inikah cerminan Malaysian Malaysia laungan DAP itu? Itu bukan "Malaysian Malaysia", itu namanya "DAPian Chinesia"! Apakata kalau kita buat cara yang sama di Tanah Besar China atai Hong Kong, pasti kita mati di"kungfu" mereka!

Inilah bukti sikap chauvinis & racist yang dimiliki oleh Khalifah Lim Guan Eng. Ketika di zaman Koh Tsu Koon suatu ketika dahulu, nasib kaum Melayu dan India tidaklah seburuk ini. Mereka sama-sama berkongsi hidup, berekonomi dan bersosial dengan aman dan damai. Itulah bezanya zaman pemerintahan "kafir Harbi - DAP" dan "kafi Zimmi - parti Gerakan komponen BN". Hasilnya? Pulau Pinang bakal menjadi Singapura kedua!

Kini baru rakyat nak sedar tentang kezaliman dan "true colours" Guan Eng yang sebenar? Sebenarnya, "belang" Guan Eng ini sudah lama ditunjukkan. Sejak dia bertanding di Melaka dan di penjara lagi. Malah media dan cybertroopers pro kerajaan sudah lama memberitahu rakyat tentang perkara ini. Cuma rakyat sahaja yang tidak mahu terima. Katanya kami berbohong? Nah..sekarang siapa yang benar dan siapa yang bohong?

Ibu Mertua En. Johan pemilik Cafe Do Re Mi amat kesal dengan insiden kekejaman Guan Eng ini. Dia menyesal lantas memberitahu bahawa Wan Azizah pernah pergi bertemunya untuk merayu undi bagi pihak Guan Eng/Pakatan Rakyat. Dan kini dia menyesal tak sudah! Kini, baru kita sedar ada juga "melayu" yang sanggup "menjual bangsa"nya sendiri kepada Guan Eng. Harapan saya agar kekesalan makcik itu akan diterjemahkan pada PRU 13 kelak. Sabar ye makcik ye...

Begitulah nasib rakyat berbangsa Melayu dan India di Pulau Pinang dibawah "DAPian Chinesia" pimpinan Guan Eng. Tiada keharmonian seperti yang pernah dicipta dan dipelihara oleh BN selama ini. Yang ada hanyalah sakit hati, kecewa, geram, marah, rasa tertipu, pengkhianatan dan pelakuan buruk terhadap rakyat. Itulah gaya kepimpinan Guan Eng yang dibayangkan sebagai "Khalifah" oleh penganut PAS!.

Kekejaman Zionis Israel menyamai DAP Zionis Pulau Pinang

Dalam kita masih bersedih dengan kekejaman Rejim Zionis yang menyerang dan membunuh Peserta Misi Bantuan Gaza, kita di kejutkan dengan tindakan Kejam Rejim ZIONIS DAP P.Pinang bila merobohkan dengan Kejam Cafe Do Re Mi milik Umat Islam yang telah menjalankan perniagaan bertahun lamanya.

Bermacam macam rundingan teah di jalankan oleh pemilik Cafe DO Re Mi ini kepada pihak kerajaan Negeri bagi memberikan waktu serta gantian lokasi yang sesuai namun tidak di endahkan oleh Rejim Zionis DAP ini. Maka akibatnya telah hancurlah satu lagi kedai Umat Islam P.Pinang akibat kerakusan dan kekejama Kerajaan DAP Komunis

Ternyata kekejaman Zionis DAP telah menjadi jadi dalam Negeri P.Pinang ini dan seharusnya satu tindakan yang sewajarnya perlukan di lakukan oleh Ngo Ngo Melayu P.Pinang dalam mempertahankan serta membela nasib para peniaga peniaga Melayu di dalam P.Pinang ini.

Sejak hari pertaa DAP menguasai P.Pinang pekara yang pertama di lakukan pentadbiran Guang Eng Komunis ini adalah dengan menghapuskan Dasar Ekonomi baru yang mana DEB ini adalah satu pelan pembangunan dalam membela orang orang Melayu dalam mempertingkatkan Ekonomi dan taraf kehidupan mereka. Dan itulah hakikat nya bila DAP memerintah, DEB di hapuskan sama sekali.

Selepas DEB kita dapat lihat bagaimana satu persatu tapak perniagaan orang melayu telah di halau dan di Robohkan atas alasan Guang Eng DAP Komunis yang menyatakan tapak perniagaan terbabit menggangu lalu lintas dan tidak mempunyai permit yang Sah.

Bertahun tahun peniaga melayu menjalankan perniagaan di dalam P.Pinang dan tidak ada sebarang masaalah pun yang timbul. malah peniaga Cina juga tidak mengeluh dengan pentadbiran kerajaan BN terdahulu. Tidak pula ada hal yang mana peniaga Cina di robohkan gerainya semasa kerajaan BN dahulu. Tapi sekarang ini?

Setakat hari ini sudah berpuluh puluh gerai makan orang Melayu di robohkan oleh kerajaan Zionis DAP. Namun tidak ada 1 pun gerai peniaga cina di robohkan. mengapa Melayu yang menjadi mangsa kekejaman ini? Apakah kerana kami orang Melayu tuan Tanah di tanah Melayu ini maka kami perlu berundur dan memberi peluang kepada kaum PENDATANG untuk hidup senang walaupaun kami yang kelaparan?

Sesudah tapak perniagaan orang melayu di robohkan maka Kontraktor Bumiputera pula yang di halau oleh Guang Eng Komunis Rejim Zionis ini. Tender tender hanya di berikan kepada keroni dan kaum nya sahaja. Sampaikan Kontrak Cuci JAMBAN pun kaum Cina keroni Guang Eng Komunis yang perolehi. Kontraktor melayu hanya mampu melihat hal ini di depan mata mereka sahaja.

Mujur kerajaan Pusat ada membantu kontraktor Melayu sedikit sebanyak meringankan bebas kontraktor melayu di Pulau Pinang itu Namun ianya tidak dapat menampung untuk hari hari mendatang memandangkan banyak kerja kerja di bawah kerajaan negeri P.Pinang itu sendiri. Dan keputusanya Kontraktor Melayu hanya akan Gigit jari sahaja.

Jika Pakatan Rakyat Haram menyatakan kerajaan BN kejam dan sama seperti Zionis maka mereka lupa yang sebenarnya kerajaan Pakatan haram terutama DAP ini adalah lebih kejam sama seperti Zionis. Orang Melayu Islam di halau dari mencari rezeki. Orang Melayu di halau untuk keluar dari P.Pinang.

Jika Kerajaan BN Kejam seperti Zionis sudah lama Kaum Pendatang Di halau dan merempatlah mereka mencari rezeki. namun atas dasar keperihatinan Kerajaan BN maka semua kaum sama ada ASAL ataupun PENDATANG boleh hidup aman dan mencari rezeki yang luas tampa sekatan sama sekali.

Apa yang jelas di sini adalah Kekejaman DAP Zionis yang menindas orang orang Melayu dalam Negeri P.Pinang. Kita perlu berbuat sesuatu yang mana dapat menjamin kehidupan yang lebih bermakna buat orang orang Melayu P.Pinang.

sumber : UMB

Friday, May 28, 2010

Inisiatif Pulau Pinang Bersih tidak peduli keselamatan pekerja - CAP


PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alu usaha kerajaan negeri Pulau Pinang melancarkan Inisiatif Pulau Pinang Bersih dan Hijau.

Inisiatif ini walaupun sudah lama terlewat memandangkan alam sekitar Pulau Pinang semakin merosot, ia merupakan langkah positif ke arah untuk mengembalikan semula keindahan Pulau Pinang yang telah hilang.

Bagaimanapun, seperti mana yang disiarkan dalam akhbar The Star, 24 Mei 2010, kerajaan negeri dilihat mengorbankan nilai asas manusia dalam usaha untuk menghasilkan alam sekitar yang lebih baik bagi rakyatnya.

Gambar itu turut disertakan bersama dengan artikel Get involved in cleanliness campaign, urges CM, menunjukkan dua lelaki dikelilingi oleh sisa hitam tebal separas dada dengan segala macam sampah yang reput dan terapung dalam usaha mereka untuk membersihkan saliran Prangin.

Kami mempersoalkan bagaimana dua pekerja ini dibenarkan melakukan tugas yang amat teruk ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Lalu Lintas dan Kerajaan Tempatan Negeri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, yang mengetuai inisiatif itu. Kami amat terkejut dengan sikap yang tidak mempedulikan sepenuhnya kesihatan atau keselamatan pekerja ini.

Sebagai ganti menggunakan jentera yang sesuai untuk membersihkan sisa buangan daripada saliran itu, dua pekerja itu melakukan kerja secara biasa dalam keadaan kotor dan busuk serta sebahagian badan ditenggelami oleh sisa yang busuk sehingga ke paras dada.

Ini jelas menunjukkan tiadanya kepekaan dan keprihatinan terhadap keselamatan, nyawa dan kesihatan mereka.

Malah mereka tidak disediakan dengan sebarang bentuk peralatan perlindungan diri bagi memastikan mereka selamat daripada potensi jangkitan daripada mikroorganisme berbahaya yang amat banyak yang biasanya ditemui dalam keadaan yang kotor seperti itu.

Sisa buangan itu juga turut dipenuhi dengan pelbagai pencemaran bukan organik seperti logam berat dan bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang, di mana mereka juga tidak dilindungi terhadapnya.

Keadaan seperti itu juga sesuai bagi membebaskan gas toksik dan mudah terbakar seperti metana dan karbon dioksida oleh mikroorganisme melalui cara proses penghadaman anaerobik.

Tidak diragui lagi bahawa pekerja ini akan menyedut gas ini ketika bekerja memandangkan mereka tidak dilindungi oleh peralatan perlindungan pernafasan.

Prosedur kesihatan dan keselamatan pekerjaan paling asas tidak diawasi oleh kerajaan negeri.

Bagaimana majikan lain akan melayan pekerja mereka di Pulau Pinang apabila modal manusia merupakan nadi utama kita?

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan negeri untuk menunjukkan kepada sektor pengeluaran dan pekerja lain bagaimana pekerja perlu dilayan dengan bermaruah dan mengamalkan serta mendukung amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk mereka.

CAP menggesa kerajaan negeri melaksanakan nilai asas manusia dalam sikapnya terhadap pekerja mereka dan melaksanakan tugas mempromosikan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Rakyat Pulau Pinang mahukan Pulau Pinang yang hijau dan bersih tetapi bukan dengan membelakangkan kesihatan dan keselamatan pekerja kita.

SM MOHAMED IDRIS

Presiden

Wednesday, May 26, 2010

Jadikan kafe Do Re Mi iktibar , ahli PKR sendiri ppun ditindas Guan Eng



Johar Ismail (dua kanan) bersama pelancong asing, Sarah Mullins (kiri), Jesus Montelengo Harrero dan Mohd. Salleh Yahaya berdiri di kafe atas pokok tanda bantahan usaha meroboh kafe tersebut di Tanjung Bungah, semalam.











PULAU PINANG 25 Mei - Pemilik kafe Do Re Mi, Johar Ismail, 34, menasihatkan para pengundi khususnya golongan muda menjadikan nasib yang menimpa dirinya sebagai pedoman untuk membuat pilihan yang tepat dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, dia tidak mahu disebabkan terpedaya dengan 'mulut manis' pemimpin parti politik, pengundi muda membuat keputusan yang boleh menyebabkan mereka kesal dan kecewa di kemudian hari.

Ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menambah, kepincangan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang dalam menyelesaikan masalah peniaga kecil Melayu sepertinya boleh dijadikan contoh untuk menilai parti politik yang benar-benar ikhlas dan mampu membela nasib rakyat.

Menurutnya, para pemimpin Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sendiri tidak mampu membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya walaupun kecil disebabkan DAP menguasai sepenuhnya pemerintahan kerajaan negeri.

"Para pemimpin PKR dan Pas sendiri mengakui sukar untuk mencampuri urusan bagi menyelesaikan masalah saya kerana DAP menguasai pentadbiran kerajaan negeri.

"Ini kerajaan pakatan pembangkang tetapi jelas dapat dilihat DAP mendominasi pemerintahan.

"Saya harap para pengundi muda fikirlah banyak kali sebelum membuat pilihan parti yang mahu disokong," katanya pada sidang akhbar di depan kedainya di Tanjung Bungah di sini hari ini.

Januari lalu, anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertindak merobohkan kafe Do Re Mi yang telah diusahakan selama lapan tahun atas alasan menceroboh tanah rizab pantai.

Bagaimanapun, hanya sebahagian daripada premis tersebut berjaya dirobohkan selepas campur tangan pelbagai pihak dan kerja-kerja tersebut ditangguhkan sementara waktu.

Johar kerugian kira-kira RM50,000 akibat perobohan tersebut dan sejak lebih empat bulan lalu dia masih tidak mempunyai sumber mata pencarian mencukupi bagi menampung keluarganya.

Terbaru, jelas Johar, dia menerima notis daripada Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut bertarikh 20 Mei lalu supaya mengosongkan premis berkenaan selewat-lewatnya esok.

Pada sidang akhbar berasingan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP), Syed Hassan Syed Ali Aidid berkata, satu pertemuan telah diatur pada Khamis ini antara pihak-pihak terbabit bagi mencari jalan penyelesaian terakhir.

"DPMMPP telah memohon dan mengesyorkan agar perobohan ke atas kafe Do Re Mi yang dijadualkan esok ditangguhkan buat kali terakhir bagi memberi ruang supaya satu perbincangan dapat diadakan.

"Perbincangan tersebut melibatkan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman; DPMMPP dan pemilik kafe Do Re Mi untuk mencari satu penyelesaian muktamad terhadap masalah ini," ujarnya.

Thursday, May 20, 2010

Guan Eng lepas tangan tuduh Perda punca berlaku banjir


PULAU PINANG 19 Mei - Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Azhar Ibrahim membidas sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana menyalahkan badan tersebut berikutan banjir kilat yang berlaku di sebuah taman perumahan di Balik Pulau semalam.

Menurut Azhar, Guan Eng sepatutnya menghulurkan bantuan kepada penduduk terlibat dan bukannya menuduh pihak lain sebagai punca berlaku bencana tersebut.

Beliau menambah, arahan kerajaan negeri supaya Perda menghentikan projek berdekatan taman berkenaan sehingga sistem perparitan diperbaiki hanya akan merencatkan pembinaan rumah untuk rakyat termiskin.

"Bila dihentikan kerja pembinaan 216 buah kediaman kos rendah ini, bermakna ia menyusahkan rakyat untuk memiliki rumah mengikut jadual. Ini menunjukkan dia (Guan Eng) tidak prihatin dengan golongan miskin khususnya orang Melayu, ini kerajaan zalim yang menindas rakyat.

"Sepatutnya dia membantu rakyat dan memudahkan kerja-kerja Perda, sekarang ini dia menyusahkan rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Guan Eng bahawa projek perumahan Perda yang sedang dalam pembinaan berdekatan Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang menjadi punca berlaku banjir kilat di kawasan perumahan itu semalam.

Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah mengeluarkan arahan supaya Perda memberhentikan kerja-kerja berkenaan sehingga sistem perparitan dibaiki.

MPPP mendakwa saiz sistem perparitan tersebut telah ditukar kepada yang lebih kecil oleh Perda.

Azhar menafikan sistem perparitan di tapak projek berkenaan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Beliau berkata, banjir tersebut berlaku disebabkan projek milik Perda belum siap sepenuhnya.

"Taman ini terletak bersebelahan projek Perda yang masih dalam pembinaan, parit pun belum sempurna dan banyak sisa binaan serta sampah sarap.

"Kebetulan pula hujan lebat luar biasa, tidak mustahil boleh berlaku banjir," tegasnya.

Jelasnya, buat masa ini Perda masih meneruskan kerja-kerja pembinaan kerana belum menerima sebarang notis bertulis daripada MPPP.

habis.

Sunday, May 16, 2010

Guan Eng takut kebenaran diketahui rakyat, halang UMNO guna dewan untuk ceramah

Guan Eng takut Zahrain dedahkan kebenaran
siapa sebenar beliau kepada rakyat

PULAU PINANG 15 Mei - Mungkin takut kebenaran diketahui rakyat, kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan kebenaran menggunakan Dewan Kongsi di Balik Pulau di sini bagi program Pentas Pemuda UMNO yang sepatutnya berlangsung malam ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam adalah antara pemimpin yang menyampaikan ceramah pada program tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau, Aziaan Ariffin berkata, beliau amat terkejut apabila dimaklumkan oleh pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya bahawa kebenaran yang diberikan telah dibatalkan.

Katanya, pegawai tersebut menjelaskan bahawa tindakan itu dibuat atas arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan dua pemimpin lain yang meminta pihaknya membatalkan kebenaran menggunakan dewan tersebut untuk program Pentas Pemuda yang telah diberikan, semalam.

''Saya amat kecewa apabila dihubungi pegawai tersebut pukul 9 pagi tadi. Dia kata telah diarahkan Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri, Abdul Malik Kassim untuk membatalkan kebenaran menggunakan dewan tersebut.

''Adakah ini yang dinamakan kebebasan bersuara yang mereka laungkan sebagai dasar kerajaan negeri? Saya rasa ia amat bertentangan. Matlamat untuk menyatakan kebenaran disekat hanya kerana amalan dwi standard," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Peniaga Melayu kecewa penindasan Guan Eng

PULAU PINANG 14 Mei - Badan Bertindak Rakyat Tertindas Pulau Pinang menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan wakil rakyat pakatan pembangkang seperti kacang lupakan kulit.

Pengerusinya, Mohd. Rashidi Salim berkata, ini apabila kerajaan negeri pimpinan Guan Eng berterusan mengabaikan nasib rakyat terutama orang Melayu yang telah membantu mereka menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, sehingga hari ini, permintaan golongan peniaga Melayu seperti pemilik kafe Do Re Mi untuk bertemu dengan kerajaan negeri bagi membincangkan masalah yang dihadapi mereka langsung tidak diendahkan.

''Mengapa kafe yang diusahakan dan tidak mengganggu lalu lintas hendak dirobohkan sedangkan pada masa sama gerai yang didirikan di tepi-tepi jalan contohnya di sekitar Batu Feringghi langsung tidak dikenakan tindakan.

''Majoriti kami merupakan penyokong pakatan pembangkang dan kami jugalah yang bantu menjatuhkan kerajaan BN, namun selepas menang pilihan raya umum lalu mereka langsung tidak pedulikan masalah kami.

''Jika permintaan kami untuk berbincang tidak dipenuhi dan tidak dapat diselesaikan, sebagai rakyat yang mempunyai kuasa serta suara keramat, kita akan selesaikan di peti undi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama 20 orang dengan melekatkan kertas berbentuk hati yang tertulis 'Broken heart with CM' di baju, menyerahkan watikah rakyat tertindas kepada Guan Eng dan diterima Pembantu Khasnya, Ong Beng Huat.

Tambahnya, dalam isu kafe Do Re Mi, kerajaan negeri sepatutnya menyokong usaha pemiliknya kerana pada masa sama ia turut mempromosikan seniman agung kelahiran negeri ini, Tan Sri P. Ramlee kepada pelancong.

Dalam pada itu, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Jaffar Osman mendakwa, Ketua Menteri seorang yang mengamalkan perkauman kerana sehingga hari ini enggan bertemu dengan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

''Sudah banyak kali minta untuk jumpa dan bincang masalah yang dihadapi pengusaha Melayu, saya bukan hendak ugut tapi sekadar memberi peringatan bahawa kesabaran kami ada hadnya, jangan sampai ia melebihi had itu.

''Ketua Menteri semasa pilihan raya umum lalu berkempen sampai ke rumah saya minta kita sokong beliau, namun apabila sokongan itu sudah diberi Guan Eng pula buat-buat tidak kenal pula," ujarny

Saturday, May 8, 2010

Peniaga Melayu tidak puas hati Guan Eng hina peniaga

PULAU PINANG 7 Mei - Berang dengan tindakan kejam kerajaan negeri kepada peniaga Melayu di negeri ini, sekumpulan peniaga hari ini mengadakan perhimpunan secara aman berhampiran Masjid Simpang Enam di sini bagi melahirkan perasaan tidak puas hati mereka.

Selain membawa sepanduk mengutuk perbuatan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, enam peniaga yang menyertai perhimpunan itu turut membawa replika manusia yang diibaratkan seperti 'Guan Eng'.

Seorang daripada mereka kemudiannya 'menyebat' patung tersebut sebagai simbolik hukuman yang dikenakan terhadap ketua menteri itu terhadap tindakan yang dilakukan kepada peniaga Melayu.

"Hukuman orang yang membuat fitnah dan zalim kepada rakyat adalah sebat menurut hukum Islam.

"Mana janji-janji yang dia (Guan Eng) taburkan semasa pilihan raya lalu? Yang dilakukannya hanya penindasan dan kekejaman," kata lelaki tersebut sambil menyebat patung tersebut beberapa kali.

Pihak polis yang berada di kawasan tersebut kemudiannya menghampiri kumpulan berkenaan dan meminta mereka beredar kerana ia diadakan tanpa permit.

Kumpulan tersebut akur dan beredar dari kawasan itu hanya lima minit selepas ia dimulakan.

Sementara itu, wakil peniaga-peniaga Melayu itu, Ramli Ismail, 57, berkata, beliau dan beberapa kawannya sudah tidak mampu lagi menahan perasaan mereka apabila melihat tindakan Guan Eng yang secara berterusan menindas peniaga Melayu.

Beliau mendakwa, tindakan yang dilakukan Guan Eng juga telah memecahbelahkan rakyat di negeri ini sehingga timbulnya perasaan kurang senang rakyat terhadap kaum yang lain.

Katanya, perkara itu jika dibiarkan berterusan boleh mengganggu dan merosakkan keharmonian kaum yang terjalin sejak sekian lama di kalangan rakyat negeri ini.

"Dulu kami dapat hidup aman damai tanpa berlaku sebarang pertelingkahan tetapi ia semakin berubah sejak di bawah pemerintahan Guan Eng.

"Dia telah menjadikan isu roboh ini isu perkauman sehingga kehidupan kami tidak tenteram lagi," kata Ramli lagi.

Friday, May 7, 2010

Kerajaan negeri DAP sokong Mak Nyah di PP


Mulai Isnin minggu depan, Penulis akan membuat audit di Pulau Mutiara selama dua minggu. Apabila membaca keratan akhbar di atas, hati menjadi risau dan gundah gulana. Penulis akan ke satu tempat di mana ADUNnya adalah penyokong dan pembela 10,000 golongan Mak Nyah di sana. Wow! hebat betul ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Tak salahlah selama ini apabila Penulis berpendapat golongan Pakatan Haram adalah penyokong tegar golongan peliwat.

Oh ya! Kita jangan lupa. ADUN DAP ini juga yang merupakan MPPP Councillor telah meminta di dalam mesyuarat MPPP supaya diambil tindakan segera merobohkan gerai-gerai Melayu di Tanjung Tokong tidak berapa lama dulu. Kebanyakan golongan Mak Nyah (bukan semua) terlibat di dalam aktiviti kurang bermoral di rumah-rumah urut. Adakah ADUN berkenaan benar-benar prihatin dengan nasib golongan tersebut atau sekadar melindungi satu aktiviti perniagaan dan pelaburan yang memberikan pendapatan lumayan kepada pihak-pihak tertentu di Pulau Pinang? Fikir-fikirkanlah.

Apabila seorang Ahli Parlimen Australia, Micheal Danby menyokong secara terbuka Anwar Ibrahim, juak-juak PAS begitu gembira dan melalak di ruangan-ruangan maya walaupun mereka sedari Ahli Parlimen Australia yang menyokong Anwar adalah seorang GAY yang memperjuangkan Golongan GAY Australia. Malah dengan lebih teruk lagi apabila Michael Danby ini merupakan ketua Yahudi Australia. Apabila ADUN Tanjung Bungah, Teh Yeh Chew, prihatin dengan nasib Mak Nyah di Pulau Pinang, apa pulak kata pengikut-pengikut Pakatan Haram? Yang pasti ... Takebeer!

sumber :cucu tok selampit

Thursday, May 6, 2010

Guan Eng gagal tarik pelaburan ke PP !!




Ketua Menteri Pulau Pinang didesak agar membentangkan perolehan dan perbelajaan suku pertama 2010 memandangkan pelaburan luar ke Pulau Pinang menyusut dari RM10.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM2.2 bilion pada tahun 2009. Malah misi pelaburan kerajaan negeri ke luar negara yang sangat kerap iaitu sebanyak 15 kali terutama ke Singapura berbanding tempoh Guan Eng menjawat jawatan Ketua Menteri juga tidak mendatangkan banyak hasil kepada pelaburan negeri .

Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata di sidang DUN semalam , walaupun pelaburan sebanyak RM10.2 bilion diperoleh pada 2008, iaitu ketika pakatan pembangkang memerintah negeri, pelaburan berkenaan sebenarnya telah dibawa masuk oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Mereka juga kata akan bawa masuk pelaburan berjuta ringgit ke negeri ini melalui beberapa perjanjian yang telah dimeterai dengan beberapa negara "

"Betulkah pelaburan itu dapat dibawa masuk atau semata-mata perjanjian atas kertas kerana dari segi pengalaman saya, tidak semua perjanjian itu mampu membawa pelaburan, ada yang gagal," katanya.

Selain itu, Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim juga mendakwa berdasarkan kepada data yang diperoleh iaitu pelaburan negeri PP menurun cukup banyak sehingga 80 peratus tahun lalu.Menurutnya, jumlah yang dicatatkan itu lebih rendah berbanding dua negeri lain yang berada di bawah pemerintahan pembangkang iaitu Kedah yang mencatatkan penurunan pelaburan sebanyak 50 peratus dan Selangor 42 peratus tahun sama.


'Kita sedar bahawa kemelesetan ekonomi yang berlaku tahun lalu dialami oleh semua negara, namun, apa usaha yang dilakukan kerajaan negeri untuk memujuk syarikat-syarikat yang ingin keluar dari negeri ini supaya mereka tidak berbuat demikian?

''Mereka perlu pergi berjumpa kilang-kilang ini, ambil tahu masalah mereka dan cuba beri insentif yang lebih baik supaya kilang-kilang ini terus berada di Pulau Pinang. Inilah yang perlu diambil berat dan bukannya berlumba-lumba pergi ke luar negara cari pelaburan yang belum tentu ada hasil.



Kegagalan Guan Eng menarik pelaburan ke PP semakin menarik bila Penolong Setiausaha GERAKAN Pulau Pinang, Goh Kheng Sneah menggesa Lim Guan Eng melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bagan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran negeri.



Penurunan pelaburan menurut Goh jelas menunjukkan beliau tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai ketua menteri kerana mengikut sumber yang saya ada, sejak Guan Eng menjadi ketua menteri, 15 kali beliau ke luar negara atas alasan ingin mencari pelabur luar masuk ke Pulau Pinang.

“Kalau betul beliau ke luar negara untuk tujuan itu, kenapa pelaburan di sini menurun? Saya juga dapat maklumat beliau ke luar negara dengan membawa isteri dan keluarganya, kalau betul pergi atas tujuan untuk mencari pelabur luar, apa gunanya bawa keluarga dan isterinya sekali?,” katanya kepada media, semalam.


Menurutnya, penurunan itu adalah penanda rakyat Pulau Pinang berada dalam zon bahaya dan 2010 dijangka menyaksikan penurunan yang lebih ketara berikutan penolakan Kerajaan Negeri terhadap pelaburan RM10 bilion atas alasan kekurangan tenaga mahir.

Tindakan menolak pelaburan itu adalah tidak wajar dan kurang bijak kerana menolak pelaburan bernilai RM10 bilion yang dilihat mampu memulihkan keadaan pelaburan di negeri ini dengan alasan yang tidak munasabah.

“Beliau tidak sepatutnya memberi alasan bahawa Pulau Pinang kekurangan tenaga mahir untuk tidak menerima RM10 bilion kerana ia dilihat tidak adil kepada rakyat di Pulau Pinang sedangkan ketika perindustrian mula memasuki Pulau Pinang pada awal tahun 70-an, masa itu juga kita tiada tenaga mahir,” katanya.

Kheng Sneah turut mencabar Guan Eng untuk mengeluarkan jumlah pelaburan terbaru iaitu pada tahun 2010 berikutan jumlah pelaburan terkini iaitu bagi bulan Januari dan Februari 2010 adalah RM100 juta.

“Jangan tanya saya di mana saya dapat jumlah ini kerana apa yang lebih penting, saya cabar Guan Eng memberikan berapa jumlah pelaburan sebenar untuk tahun ini dan kalau betul beliau berkata pelaburan di Pulau Pinang stabil, buktikan kepada saya.

“Saya juga cabar beliau buktikan bahawa jumlah yang saya berikan ini adalah salah dan beliau mestilah memberikan jumlah yang sebenar kerana rakyat perlu tahu bagaimana keadaan pelaburan di sini,” katanya.



Nampaknya Guan Eng diktator yang dikatakan pemimpin bijak , integriti , khalifah Umar Abd Aziz la dan segala macam gelaran sebenarnya gagal membawa pelaburan ke negeri antara yang termaju di Malaysia . Dahulu selepas menang sahaja bukan main lagi cakap besar yang " kita kerajaan Pakatan Rakyat akan menarik banyak pelabur-pelabur ke PP " tetapi sekarang habuk pun tarak . Guan Eng dok pi luar negara itu semua sign MOU kosong saja ..


Persoalannya di sini , kalau negeri Kedah yang ditadbir oleh Ustaz Azizan PAS pun mencatat penurunan 50 % pun, ini negeri hebat dan maju seperti PP malah ditadbir pulak Khalifah kesayangan PAS nampak lagi teruk penurunanya . Ini bermakna pentadbiran Guan Eng adalah 50 kali teruk la daripada kerajaan PAS kedah .

PB yakin penurunan teruk peratusan pelaburan ini adalah disebabkan dasar-dasar kerajaan negeri Pakatan yang mengantikan dasar-dasar kerajaan BN duilu itu sendiri menyebabkan pelabur tidak berminat melabur . Kita lihat sudah 2 tahun Guan Eng memerintah PP tetapi mereka gagal membawa kemakmuran ekonomi lebih baik kepada rakyat .

Ini baru memerintah sebuah negeri pun sudah gagal , macamana mahu perintah negara . Itu pun ada angan-angan mahu tawan Putrajaya .