Wednesday, May 26, 2010

Jadikan kafe Do Re Mi iktibar , ahli PKR sendiri ppun ditindas Guan Eng



Johar Ismail (dua kanan) bersama pelancong asing, Sarah Mullins (kiri), Jesus Montelengo Harrero dan Mohd. Salleh Yahaya berdiri di kafe atas pokok tanda bantahan usaha meroboh kafe tersebut di Tanjung Bungah, semalam.











PULAU PINANG 25 Mei - Pemilik kafe Do Re Mi, Johar Ismail, 34, menasihatkan para pengundi khususnya golongan muda menjadikan nasib yang menimpa dirinya sebagai pedoman untuk membuat pilihan yang tepat dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, dia tidak mahu disebabkan terpedaya dengan 'mulut manis' pemimpin parti politik, pengundi muda membuat keputusan yang boleh menyebabkan mereka kesal dan kecewa di kemudian hari.

Ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menambah, kepincangan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang dalam menyelesaikan masalah peniaga kecil Melayu sepertinya boleh dijadikan contoh untuk menilai parti politik yang benar-benar ikhlas dan mampu membela nasib rakyat.

Menurutnya, para pemimpin Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sendiri tidak mampu membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya walaupun kecil disebabkan DAP menguasai sepenuhnya pemerintahan kerajaan negeri.

"Para pemimpin PKR dan Pas sendiri mengakui sukar untuk mencampuri urusan bagi menyelesaikan masalah saya kerana DAP menguasai pentadbiran kerajaan negeri.

"Ini kerajaan pakatan pembangkang tetapi jelas dapat dilihat DAP mendominasi pemerintahan.

"Saya harap para pengundi muda fikirlah banyak kali sebelum membuat pilihan parti yang mahu disokong," katanya pada sidang akhbar di depan kedainya di Tanjung Bungah di sini hari ini.

Januari lalu, anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertindak merobohkan kafe Do Re Mi yang telah diusahakan selama lapan tahun atas alasan menceroboh tanah rizab pantai.

Bagaimanapun, hanya sebahagian daripada premis tersebut berjaya dirobohkan selepas campur tangan pelbagai pihak dan kerja-kerja tersebut ditangguhkan sementara waktu.

Johar kerugian kira-kira RM50,000 akibat perobohan tersebut dan sejak lebih empat bulan lalu dia masih tidak mempunyai sumber mata pencarian mencukupi bagi menampung keluarganya.

Terbaru, jelas Johar, dia menerima notis daripada Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut bertarikh 20 Mei lalu supaya mengosongkan premis berkenaan selewat-lewatnya esok.

Pada sidang akhbar berasingan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP), Syed Hassan Syed Ali Aidid berkata, satu pertemuan telah diatur pada Khamis ini antara pihak-pihak terbabit bagi mencari jalan penyelesaian terakhir.

"DPMMPP telah memohon dan mengesyorkan agar perobohan ke atas kafe Do Re Mi yang dijadualkan esok ditangguhkan buat kali terakhir bagi memberi ruang supaya satu perbincangan dapat diadakan.

"Perbincangan tersebut melibatkan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman; DPMMPP dan pemilik kafe Do Re Mi untuk mencari satu penyelesaian muktamad terhadap masalah ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment