Monday, July 19, 2010

Pulau Pinang jadi Singapura kedua?


BUKIT MERTAJAM 18 Julai - Jika pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas berterusan membiarkan mereka menjadi tunggangan DAP, jangan terkejut sekiranya Pulau Pinang muncul sebagai Singapura kedua satu hari nanti.

Peringatan itu dibuat Ketua Penerangan UMNO Pulau negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Menurutnya, beliau bimbang nasib orang Melayu ekoran sikap pemimpin PKR dan Pas dalam pakatan pembangkang yang bacul dan tidak tegas.

Justeru, beliau menggesa pemimpin Melayu kedua-dua parti itu membuka mata dan kembali ke pangkal jalan kerana orang Melayu dan Islam perlu bersatu supaya tidak berterusan ditindas pihak lain.

"Pemimpin PKR dan Pas di negeri ini sebenarnya kalau hendak bantu selesai apa jua masalah membabitkan orang Melayu, mereka sebenarnya boleh.

"Tapi disebabkan sudah menjadi tunggangan DAP, jadi mereka takut nak bersuara. Kalau kita tengok di Pulau Pinang ini apa yang mereka dah buat untuk bantu orang Melayu, bila gerai atau rumah Melayu 'dicuit' mereka buat apa, takkan dah hujung baru nak sedar, masa tu dah tak boleh nak buat apa dah," katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan Majlis Pembubaran PKR Ranting Jalan Permatang Tinggi dan menerima 56 borang keahlian UMNO daripada bekas ahli PKR ranting berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO bahagian, Ramlan Ishak, Ketua UMNO Cawangan Permatang Tinggi, Saidin Ali, bekas Ketua PKR cawangan sama, Shafie Ali dan bekas Naib Ketuanya, Ismail Md. Ali.

Sehubungan itu, Musa mengajak pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang bersatu sekali gus duduk bersama dan berbincang mengenai masalah golongan Melayu dan bukan berterusan berusaha mengaibkan orang lain.

"Ketua Menteri, Lim Guan Eng orang Melaka, jelas dia pun bukan tahu jaga kepentingan orang Melayu, tidak sama semasa Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mentadbir negeri ini, apa pun yang diminta tidak kira kaum apa, beliau pasti ambil perhatian," ujarnya.

No comments:

Post a Comment