Umno Permatang Pauh ibaratkan kena sumpahan Anwar selepas isu pemecatan 1998 dan perlukan muka baru untuk memimpin UMNO Prmtg Pauh
BUTTERWORTH: Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang mengesyorkan kepada Majlis Tertinggi (MT) parti supaya membubarkan Umno Bahagian Permatang Pauh kerana kegagalannya berfungsi dengan baik termasuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, bulan lalu.
Cadangan itu bakal menjadikan status bahagian itu sebagai penaja dengan dikendalikan Umno Pusat diputuskan ketika mesyuarat khas Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, minggu lalu bagi membincangkan punca kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.
Dalam pilihan raya berkenaan, calon BN, Rohaizat Othman yang juga Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh tewas kepada calon Pas, Mohd Salleh Man dengan majoriti 4,551 undi.
Menurut sumber, cadangan supaya Umno Bahagian Permatang Pauh dibubarkan dibuat seorang pemimpin Umno berpengalaman ketika mesyuarat dipengerusikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
|
“Ahli jawatankuasa merasakan itu jalan terakhir yang terbaik menyelesaikan masalah Umno Bahagian Permatang Pauh yang cukup bermasalah walaupun cadangan berkenaan bakal melukakan hati pelbagai pihak,” katanya, semalam.
Difahamkan, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid tidak menghadiri mesyuarat berkenaan dan wakil Umno Bahagian Permatang Pauh yang hadir, Rohaizat serta Ketua Wanitanya, Normala Abdul manakala Timbalan Ketua Umno bahagian itu, Datuk Nasir Abdullah dan Naibnya, Abdul Rahim Man datang ke tempat mesyuarat di Menara Umno, Jalan Macalister, Georgetown tetapi tidak menghadirinya.
Difahamkan Umno bahagian itu dijangka bermesyuarat hari ini bagi membincangkan punca kekalahan BN pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.
Jika MT Umno yang bermesyuarat 11 September ini memutuskan menerima syor itu, Umno Bahagian Permatang Pauh menjadi bahagian pertama dibubarkan kerana banyak dilanda masalah.
Kemelut Umno bahagian itu bukannya isu baru terutama membabitkan kepimpinan berikutan perebutan jawatan ketika pemilihan Umno, Oktober. -Bernama
Komen PB
PB sokong sangat jika UMNO PP syorkan kepada MT UMNO bubar UMNO Prmtg Pauh jika ia untuk kebaikan UMNO Prmtg Pauh . Sebagai ahli Pemuda UMNO ,PB rasakan UMNO Prmtg Pauh perlukan perubahan dan transformasi semula supaya lebih kuat dan kembali diterima rakyat Prmtg Pauh.
Biarlah UMNO Prmtg Pauh ini berstatus penaja pun kerana mungkin inilah cara yang terbaik untuk pulihkan balik UMNO Prmtg Pauh ini menjelang PRU 13.
PEJUANG BANGSA
No comments:
Post a Comment