PULAU PINANG 7 Sept. - Satu rakaman video cakera padat (VCD) mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu penduduk Kampung Buah Pala bahawa Ketua Menteri akan menyelesaikan masalah kampung tersebut jika pakatan pembangkang menang di Pulau Pinang mula tersebar hari ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga memberi jaminan dalam tempoh dua minggu selepas pakatan pembangkang menang, wakil kerajaan negeri akan datang ke kampung itu mencari jalan penyelesaian masalah mereka.
Dalam rakaman itu, turut terdapat perbualan di antara Anwar dan Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran dan beberapa penduduk yang lain di kampung tersebut beberapa minggu sebelum kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.
"Kalau menang, tak kira siapa Ketua Menteri walaupun orang Cina kerana DAP juga kita punya 'geng' dan kita akan pastikan sudah menang dalam dua minggu wakil Ketua Menteri akan datang sini bagi satu penyelesaian.
"Kita punya pandangan dalam PKR, kalau sudah duduk di sini 60, 70 atau 80 tahun dan tanah pula adalah lesen pendudukan sementara (TOL), mereka tak boleh tarik macam itu," kata Anwar dalam rakaman VCD itu.
Dalam pada itu, Sugumaran ketika dihubungi mengesahkan rakaman VCD tersebut dan ia dibuat beberapa minggu sebelum pilihan raya umum tahun lalu sambil menyifatkan janji kosong itu tidak seharusnya dibuat.
Ulasan
Kepada Guan Eng , ini antara janji anda yang gagal ditunaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat PP.Janji itu dibuat sendiri oleh Anwar sendiri dan kini janji itu menjadi janji kosong sahaja.
PR = Pembohong Rakyat
No comments:
Post a Comment