skip to main | skip to sidebar

DUN 11 Permatang Pasir



Tuesday, September 29, 2009

Lembu terus menjadi badi buat Khalid dan kerajaan Selangor



Oleh: ROSLAN BIAN

Lembu macam sudi jadi badi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak dipilih sebagai Menteri Besar Selangor oleh parti PKR,DAP dan PAS yang membentuk kerajaan campuran di negeri itu.

Pertama kali, isu lembu dikaitkan dengan dakwaan beliau menggunakan wang anak syarikat kerajaan negeri Selangor membekal lembu korban ke kawasan parlimen Bandar Tun Razak, akhir tahun lalu.

Ogos lalu, sekali lagi lembu menghantui pentadbiran Khalid ekoran demonstrasi kira-kira 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang dicemari dengan insiden mengarak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) gara-gara membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu itu.

Terbaru, seramai 75 ahli Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor berarak dan berkumpul mengadakan demonstrasi di depan pintu masuk utama SUK membawa lebih 25 kenderaan termasuk lori dan trak pikap yang memuatkan hampir 80 ekor lembu, kambing. Malah, mereka juga membawa tong susu haiwan itu.

Cuma kali ini demonstrasi itu nampak lebih aman kerana membabitkan penternak Melayu, India dan Cina. Mujurlah, tiada ‘lembu naik minyak’kecuali pertengkaran kecil antara wakil persatuan itu yang mahu berjumpa dan menyerahkan memorandum kepada wakil Exco Pertanian, Yaakob Sapari ataupun wakil pejabat Menteri Besar.

Penternak terbabit mula berkumpul depan pintu SUK kira-kira jam 1.45 petang.

Pengerusi persatuan Samad Kassim kemudian berbincang dengan pegawai polis yang bersiap sedia bagi mengawal keamanan dan pegawai keselamatan SUK untuk berjumpa wakil Yaakob ataupun pejabat Menteri Besar.

Sekitar jam 2.05 minit petang, hanya pegawai kepada Exco Alam Sekitar, Elizabetth Wong tiba untuk menerima memorandum tetapi Samad dan beberapa ahli jawatankuasa bertegas mahu berjumpa exco bertanggungjawab.

Rasa tidak puashati kalangan penternak terbabit hingga menyebabkan ada antara mereka melaung dan menjerit meminta Yaakob berhenti atau berundur daripada jawatannya.

“Kalau jaga lembu pun tak boleh, macam mana nak jaga manusia,” jerit seorang daripada penternak terbabit.

Selepas pertengkaran kecil, Samad beredar dari pintu SUK sementara menunggu wakil Yaakob atau pejabat Khalid berjumpa beliau dan jawatankuasannya.

Sementara menunggu, Samad memberitahu media, demonstrasi aman itu mereka kerana tidak berpuas hati dan kecewa kerana kerajaan negeri gagal menangani masalah yang dihadapi dua orang anggota persatuan itu, malam Khamis lalu.

Dalam insiden itu, ladang ternakan yang menempatkan lebih 300 ekor lembu dan kambing di Sungai Keetas, berhampiran Hulu Yam ditenggelami air dan sampah sarap apabila sebuah tempat takungan air berhampiran ladang itu pecah dan menghanyutkan sampah sarap dari sebuah kawasan pelupusan sampah berdekatan.

Menurut Samad, mereka kecewa kerana tidak ada wakil rakyat atau Exco Pertanian turun ke tempat kejadian bagi melihat tempat tragedi itu dan menghulurkan bantuan kepada penternak yang ditimpa ‘tsunami sampah’.

Samad berkata bantuan yang diterima setakat ini ialah bantuan makanan haiwan yang diberikan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor.

Malah, tindakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mempertikaikan kandang lembu dan kambing itu didirikan secara tidak sah amat mengecewakan persatuan itu kerana seorang daripada penternak terbabit, Mohd Sharif Gulam yang menternak 200 lembu daging mempunyai permit dan membayar cukai kepada MPS.

Menurut Samad, memorandum itu antara lain meminta kerajaan negeri membantu dua penternak terbabit selain menyediakan tapak penternakan yang lebih sesuai kepada mereka.

Jika gagal katanya, persatuan akan membawa lebih banyak lembu ke perkarangan SUK ataupun menghantar lori-lori berisi haiwan itu ke rumah anggota Exco dan ahli parlimen pakatan Rakyat di Selangor.

Kira-kira jam 2.30 petang, Setiausaha Politik Menteri Besar Nik Nazmi Nik Ahmad berjumpa kumpulan itu dan selepas perbincangan, beberapa ahli jawatankuasa itu dibawa berjumpa dengan Yaakob di tingkat 14, bangunan SUK.

Samad yang ditemui selepas pertemuan itu, berkata pihak kerajaan negeri berjanji memberi bantuan bekalan makanan, air bersih, bahan binaan bagi membina kandang sementara dan jentera bagi membersihkan kawasan kandang dan menanam bangkai-bangkai haiwan.

"Kita bagi tempoh seminggu, kalau tidak ada bantuan kita akan buat satu lagi press conference (sidang akhbar)," katanya.

Demonstrasi membawa lembu dan kambing ke bangunan SUK petang Isnin sudah tentu kejadian yang boleh menconteng arang ke muka Yaakob dan Khalid sendiri kerana mereka gagal memberikan bantuan setimpal bagi membela nasib penternak haiwan di negeri itu.

Seperti dinyatakan, Samad, nasib mereka ibarat ‘kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan’ kerana kerajaan negerei boleh menyediakan tanah untuk ladang babi tetapi tidak kepada penternak haiwan lain.

Sedangkan katanya, mereka juga penggerak ekonomi di Selangor dengan menyedia dan membekalkan haiwan itu kepada rakyat negeri itu.

Apa yang pasti, jika persatuan yang mempunyai kira-kira 400 ahli itu tidak bertindak mengadakan perarakan membawa lori berisi lembu dan kambing pada hari ini, nasib mereka terus terabai terutama dua penternak yang ditimpa musibah pada 23 September lalu.

Justeri itu, Khalid mahupun Yaakob perlu segera membantu penternak terbabit bagi mengelak lori-lori berisi haiwan itu berada depan rumah masing-masing jika janji dibuat Yaakob pada persatuan itu gagal ditunaikan dalam tempoh seminggu ini.

Bagi Khalid pula, beliau tentu tidak mahu tahun Lembu sepanjang 2009 ini terus menghantuinya -28/9/2009

Posted by Generasi Pejuang Bangsa at 2:48 PM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

PAS Menyimpang

Guan Eng Tipu Penduduk Kg Buah Pala

MB Pulau Pinang Tak Boleh harap

Kenyataan MB Melaka

Kenyataan MB Perak

Wang Derma Masjid Di Rompak PAS

Dakwaan Pengundi Hantu:Pas

Yb Ahmad Maslan Menjawab Fitnah

Datuk Musa Penerangan Negeri







My Blog List

  • MINDA INTELEK MELAYU
    Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB - Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri? -
    1 month ago
  • TAIPINGMALI (TM)
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT - TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT : PKR,Politik,Tengku Zafrul,UMNO
    6 months ago
  • darulehsan today
    TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS. - Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku untuk me...
    1 year ago
  • Pejuang Bangsa
    PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...
    2 years ago
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    Azure DevOps - [image: Caranya My Id] Wiki Repo Repo Preview
    3 years ago
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI - Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG, lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald Trump y...
    4 years ago
  • Info Corner - Sudut Diskusi
    Pembangkang Terlalu Berahi Jadikan Azeez Rahim Modal Fitnah - Apabila bahang kepanasan Pilihanraya ke 14 (PRU 14) semakin dirasai, tohmahan dan fitnah daripada juak juak Pembangkang pula seperti sudah tidak dapat dib...
    7 years ago
  • Rahman,Ahchong,Muniandy
    BAJA TANAMAN YANG INOVATIF DAN TERBAIK PADA ALAF INI. - TAAVEEKUN, TAAVEEKUN, TAAVEEKUN BAJA SIAM, BAJA TANPA NAJIS, BAJA AJAIB SOIL AMENDMENT 25KG. RM60 NPK 16 4 20. 25KG. RM65 NAIKKAN HASI...
    8 years ago
  • GERAKAN ANTI PKR
    RAFIZI RAMLI PUNYA TEORI EKONOMI SETARAF JAMBAN PENUH.. - Kata rafizi ikut teori ekonomi pala hotaknya Kalau pakatan perintah Minyak turun dan harga barang pun turun.. http://theflyingkick.blogspot.com/2015/01/raf...
    10 years ago
  • Anda sedang DiPerhati...Elakkan Fitnah
    TUN M masih terima rawatan di IJN - Kuala Lumpur - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada, hari ini. Dr Mahathir tela...
    11 years ago
  • Analisis Ringan Politik dan Isu Semasa Malaysia.
    10 Anak Super Jenius di Dunia - 1. Kim Ung-Yong (Manusia Ber-IQ Tertinggi di Dunia) Lahir pada tahun 1962, anak dari Korea ini dinobatkan sebagai manusia jenius di seluruh dunia. Bayangkan...
    11 years ago
  • r b f
    Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin - Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sew...
    12 years ago
  • x-pkr [ dibaca : EKSTRIM TOLAK PKR]
    AnWAR : 'SESUMPAH' YG MAHU BERSUMPAH - 1. Semingu dua ini sudah kedengaran kembali ura-ura AnWAR mahu mahu bersumpah bagi membersihkan dirinya. AWAS!! Ini satu lagi taktik mahu meraih simpati s...
    13 years ago
  • - H a m d a n T a h a -
    - Ramadhan Kareem... Bulan mentarbiah diri bagi meneruskan 11 bulan yang akan datang. Mungkin juga ramadhan terakhir buat kita? Teruskan ibadah2 tarawih, tadar...
    13 years ago
  • ڤوساك ايهندا
    Antara penyebab kekalahan teruk PAS di PRU akan datang. - Semenjak bergabung dengan gerombolan Pakatan, PAS semakin terpinggir dari sokongan rakyat khusunya bangsa melayu. Walaupun perkara ini tak diakui oleh pe...
    14 years ago
  • MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
    BUAT HAL LAGI. GUAN ENG AZAN? - dengan kusyuk sampai pejam mata-mata. guan eng laungkan apa tu? guan eng sembah apa? aku cabar guan eng pindah rumah dan buat rumah sebelah masjid negeri ...
    14 years ago
  • Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
    Tenang:Roket Di Junjung,Bulan Gerhana - Sekitar penamaan calon di Tenang,terbukti khawarij tunggangan DAP. Apek DAP tak payah buat kerja susah susah,tidor lagi bagus,khawarij PAS tunggangan merek...
    14 years ago
  • AnwarDotCom
    -
    14 years ago
  • Arifshah.com
    Happy Deepavali 2010 From YB Datuk Arif Shah.. -
    14 years ago
  • Pemuda UMNO - Batu 5 - p044
    Celaka punya PAS PENANG - Pulau Pinang negeri dibawah pemerintahan sosialis DAP cuba menunjukkan lebih Islam dari PAS. Guan Eng yang kita kenali sebagai chauvanist ultra kiasu dan a...
    15 years ago
  • Dun 31 Bagan Pinang
    Lapan Pilihan Raya Kecil Warnai Politik Negara Pada 2009 - 27 Disember, 2009 11:42 AM Oleh Syed Azwan Syed Ali KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Senario politik negara tahun ini diwarnai lapan pilihan raya kecil, ...
    15 years ago
  • UMNO BAGAN PINANG
    PENGUNDI BAGAN PINANG TOLAK CALON IMPORT -
    15 years ago
  • N11 Permatang Pasir
    TERKINI : SUASANA SEKITAR N11 PERMATANG PASIR - Setakat jam 4.00 ptg peratusan keluar mengundi di DUN N11 adalah seramai 65%. Cuaca agak baik untuk lebih ramai lagi pengundi keluar ke pusat-pu...
    15 years ago
  • MEDIA CYBER
    -
  • WARISAN@PAHANG
    -
  • abe MIE
    -
  • PISAU.NET
    -
  • Pemuda UMNO Permatang Pauh
    -

Followers

Blog Archive

  • ►  2011 (4)
    • ►  April (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (93)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (10)
    • ►  June (5)
    • ►  May (9)
    • ►  April (12)
    • ►  March (14)
    • ►  February (19)
    • ►  January (15)
  • ▼  2009 (238)
    • ►  December (11)
    • ►  November (17)
    • ►  October (23)
    • ▼  September (39)
      • Yusmadi Ketua AMK Penang Buat Lawak Pak Man Telo!
      • TS Isa Samad calon BN pertahankan Bagan
      • Lembu terus menjadi badi buat Khalid dan kerajaan ...
      • Pemuda BN akan seluruh kawasan termasuk estet Bag...
      • Nik Nazmi S/U MB Selangor temberang rakyat
      • PRK Bagan Pinang...Rakyat Di Dahulukan...?
      • Pemuda Gerakan cabar Guan Eng debat isu Kg Buah Pala
      • Bagan Pinang :Siapa Mata-mata PAS dalam kem tenter...
      • PAS baru tahu ke fitnah itu dosa besar ...
      • Isa Samad atau Tidak : Jentera BN Akan Terus Berju...
      • Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman baru Isl...
      • 50,000 Rakyat hadiri rumah terbuka PM
      • Nizar oii tengok ! : Rumah terbuka Dr Zambry MB Pe...
      • Nizar Oii !! : Selcat Selangor zalim bertindak al...
      • PAS sudah masuk kempen Kem tentera dan balai polis
      • Nizar OII!! Mari Kita Kenali Media Pengampu Pakata...
      • Melayu Boneka DAP digunakan pertahan DAP
      • Program Jejak Fakir Pemuda UMNO Prmtg Pauh
      • Program Semarak Ramadhan bersama Datuk Hilmi Adun ...
      • Nizar oii ! :Lawatan Blogger Patriot Selangor ke ...
      • Kalimah Allah hak kristian - Anwar
      • YB Arif Shah Adun Seberang Jaya bersolat terawikh...
      • Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir kutip derma oran...
      • 12 penduduk Melayu Seksyen 23 berdepan tuduhan ak...
      • Khalid Samad Guna Ayat Quran Pertahankan Kuil Hindu
      • Mereka Yang Diampunkan PAS
      • Nizar Boneka !! : Timbul Isu Rebut Jadi Calon di B...
      • Siapa sebenar yang mulakan isu lompat ??
      • Nizar DAP!! : PAS ajak-ajak ayam saja pelawa Adun...
      • Nizar oii : Rakaman video janji Anwar kepada pendu...
      • UMNO tidak gadai maruah - Najib
      • Adakah benar kerajaan negeri telah tunai janji ??
      • Isu ADUN BN ugut letak jawatan akan selesai
      • Kerajaan negeri akur bantahan peniaga Melayu
      • PRK Dun Bagan Pinang : Misi mempertahankan BN
      • MPPP cuba halau peniaga Melayu berniaga di Bazar R...
      • 5 punca kekalahan BN di Permatang Pasir - Ahmad Ma...
      • Najib meninjau sendiri masalah rakyat di kuarters ...
      • UMNO PP syorkan cadangan Bubar UMNO Prmtg Pauh
    • ►  August (148)

About Me

My photo
permatangpasir
View my complete profile

hits

www.e-referrer.com