Wednesday, September 9, 2009

12 penduduk Melayu Seksyen 23 berdepan tuduhan akta hasutan dan perhimpunan haram.Adakah mereka bersalah ??





Seramai 12 penduduk Seksyen 23, Shah Alam yang terlibat dalam perhimpunan membantah pembinaan kuil di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Jumaat lalu dengan membawa kepala lembu sebagai simbolik pimpinan kerajaan negeri Selangor "ibarat lembu dicucuk hidung", hari Rabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret bagi menghadapi dua tuduhan berlainan.

Kesemuanya mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Di Mahkamah Sesyen, enam daripada mereka dituduh bersama-sama berniat pada 28 Ogos 2009, dalam satu perhimpunan haram yang berlangsung 2.25 petang di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdu Aziz Shah, telah membawa dan memijak kepala lembu yang boleh mempunyai kecenderungan menghasut yang mana perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan permusuhan terhadap rakyat beragama Hindu.

Mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih RM5ribu atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Mohd Azmir Mohd Zain, Ahmad Suhairy Zakaria dan Mohd Hilmi Ni menghadapi pertuduhan membawa dan memijak kepala lembu, sementara Ibrahim Sabri dan Ahmad Mahayudin dituduh memijak kepala lembu sementara Eyzva Ezhar dituduh membawa kepala lembu.

Hakim Hasbi Hasan yang mendengar sebutan kes berkenaan kemudiannya menetapkan ikat jamin RM4,000 setiap seorang dan menetapkan 21 Oktober depan sebagai tarikh perbicaraan.

Kesemua yang dituduh diwakili oleh Datuk Salahuddin Saidin yang dibantu oleh enam peguam lain manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Dusuki Mokhtar.

Sejurus prosiding sebutan kes berkenaan selesai di Mahkamah Sesyen, keenam-enam tertuduh kemudiannya dibawa pula ke Mahkamah Majistret untuk menyertai enam lagi rakan mereka bagi menghadapi tuduhan menyertai perhimpunan awam pada masa dan tempat yang sama di bawah seksyen 27 (5) di bawah Akta Polis 1967 yang tertakluk di bawah seksyen 37693) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).


Enam lagi penduduk yang dituduh itu ialah Jainudin Yusof, Mohd Junit Ramli, Mohd Nordin Zakaria, Jamil Mohamad Isa, Rahimuddin Harun dan Azhari Shaari.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda minima RM2 ribu atau maksimum RM10 ribu, atau setahun penjara.

Kesemua 12 tertuduh diwakili peguam yang sama, iaitu Datuk Salehuddin Saidin sementara pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Shahidani Aziz.

Majistret Norkamilah Aziz menetapkan ikat jamin sebanyak RM300 setiap seorang terhadap enam yang menghadapi tuduhan di mahkamah sesyen terdahulu dan enam lagi dikenakan ikat jamin RM500 setiap seorang. Tarikh bicara juga ditetapkan pada 21 Oktober.

Datuk Salehuddin yang ditemui selepas prosiding, berkata, sebenarnya terdapat lebih 50 orang yang disyaki terbabit dalam perhimpunan berkenaan, tetapi 12 yang dituduh itu telah dikenalpasti dan dicam melakukan kesalahan berkenaan.

Sementara itu, seorang pemuda yang mendakwa mewakili jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Ramzi Ramli, mengesyaki mereka telah disabotaj pihak tertentu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa penduduk kami terbabit dalam kes membawa dan memijak kepala lembu itu. Kami berhimpun untuk memprotes dan langsung tidak ada niat atau perancangan untuk menimbulkan isu perkauman. Saya percaya kami telah disabotaj oleh orang luar,” katanya.

Seorang lagi wakil, Shahril Mohd Noor pula berkata, jawatankuasa bertindak telah bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengalihkan tapak kuil baru itu di sebuah kawasan yang terletak 800 meter daripada kawasan perumahan.

“Kami tidak ada masalah dengan cadangan itu dan kini hanya menunggu persetujuan pihak kuil,” katanya. – 9/9/2009


Ulasan

Saya mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih kepada Peguam Datuk Salehuddin Saidin kerana berani menjadi peguambela kepada 12 penduduk Islam ini yang kini berdepan tuduhan akta hasutan dan perhimpunan haram. Jika peguam bangsa lain boleh beramai-ramai membela seorang bangsa mereka bila ditahan polis ,kita juga harus membela 12 orang penduduk seksyen 23 ini kerana bantahan mereka berhubung isu kuil ini diketepikan oleh kerajaan negeri lalu mereka bangun dan berjuang untuk menegakkan Islam dan hak mereka sebagai penduduk kawasan itu .

Inilah nasib Melayu pada zaman akan datang di bumi tanah air nenek moyang kita , oleh kerana kerana Melayu sekarang telah berpecah , apabila kita bangun sediki hendak membela agama Islam dan hak kita ia dianggap perkauman oleh pembangkang dan desak kerajaan kenakan tindakan . Tetapi bila Namewee hina lagu Negaraku , Islam ,Azan , dia dilepaskan begitu saja dan kita kena maafkan dia demi perpaduan kaum negara ini .

ini lah NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU ...


No comments:

Post a Comment