DAP tidak peralat orang Melayu
SHAH ALAM – DAP kesal dengan kenyataan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendakwa parti itu memperalatkan orang Melayu apabila membuka keahlian kepada kaum itu.
Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, dakwaan Shahrizat itu tidak berasas selain menunjukkan ketakutan UMNO bahawa sokongan orang Melayu sekarang sudah beralih kepada pembangkang khususnya DAP.
Menurutnya, cawangan DAP yang majoriti orang Melayu itu ditubuhkan di Kampung Lembah Kinrara, Puchong Kuala Lumpur dan dipengerusikan Haron Abdul Wahab.
“Kenyataan Shahrizat bahawa DAP tidak pernah memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu adalah tidak benar sebaliknya parti itu turut mengutamakan kepentingan kaum lain.
“DAP juga tidak anti – Islam dan tidak anti – Melayu malah mempertahankan dan melindungi semua kaum dan agama,” katanya.
“DAP juga menjamin hak-hak orang Melayu dan Islam malah turut menggalakkan lagi syiar Islam. Contohnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menyampaikan sumbangan ikhlas daripada prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).
“Antaranya ialah pengiktirafan tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu cemerlang, termasuk untuk penghafal Quran atau Huffaz dan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
sumber : sinar harian
Ulasan
DAP ini tidak anti Islam ke ?? haha Melayu Boneka ini sudah lupa ka si Jeff Oii yang menghina Islam dengan mengatakan Ahli Majlis MPPP dari NGO JIM itu ekstrimis Islam ?? Malah FORUM sendiri mengutip tandatangan menuntut Jeff Oii ini minta maaf balik kepada umat Islam . Dalam menuntut penggunaaan kalimah Allah untuk agama Kristian itu ,siapa yang kuat sekali menyokong ?? Kebanyakannya dari DAP sendiri yang beragama Kristian . Adakah anda masih ingat lagi seorang Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau(Adun Skudai) mempersoalkan amalan 'bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang diamalkan di negeri ini menyamai ideologi aparteid sama spt di Afrika Selatan ?? Adakah orang seperti depa ini yang Aziz banggakan boleh pertahankan hal orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan ??
Aku tidak terkejut langsung dengan kenyataan boneka Melayu ini ,kerana inilah kerja dan tugas dia sebenarnya yang dilantik jawatan tinggi Naib Pengerusi dalam DAP dan tugas untuk pertahan DAP dan menggunakan status sbg bangsa Melayunya untuk pertahan parti Kafir Harbi ini yang menentang Islam dari dulu hingga sekarang .
No comments:
Post a Comment