Saya mendapat sms dari rakan saya semalam yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan di bawah kerajaan negeri bahawa
"YB Salleh Man kutip derma drpd orang ramai untuk orang miskin di pejabat melalui pusat khidmat Dun Prmtg Pasir . Apa pendapat anda ??"
apabila saya call dia untuk mendapat penjelasan lebih lanjut memang sah ada rakan sekerjanya mengutip sendiri derma dikalangan staf pejabat untuk sumbangan kepada ke pusat khidmat Dun Prmtg Pasir. Kawan saya kata kepada rakan dia yang kutip derma itu .
" depa jadi YB gaji ribu-ribu biar depa la cari sendiri duit peruntukan ,ni pasepa hang pulak dok kalut kutip duit ?? itu kerja dia sebagai wakil rakyat "
Saya berpendapat sebagai wakil rakyat ,seharusnya jika anda hendak memberikan sumbangan pun , seharusnya anda sendiri sebagai pemimpin yang mencari peruntukan sendiri .
Tetapi saya rasa bohonglah tiada peruntukan untuk setiap Adun sempena Hari Raya ini kerana hari 12 Sept , Anwar Ibrahim akan buat program di Seberang Jaya secara besar-besaran juga di Masjid Jamek Sbrg Jaya. Program itu adalah sumbangan kepada fakir miskin dan anak yatim dan berbuka puasa bersama Anwar dan Lim Guan Eng. Malamnya pulak di Masjid Bandar Perda dan jamua moreh di Surai Ibnu Sina Bandar Perda.
Yang hairan tu ,ia anjuran Yayasan Aman dan Exco Agama Kerajaan Negeri . Ada juga peruntukan untuk program ini tetapi mungkin untuk program org besar sahaja spt Anwar dan Lim Guan Eng.
Saturday, September 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment