Wednesday, September 30, 2009

Yusmadi Ketua AMK Penang Buat Lawak Pak Man Telo!



Democratic Action Party

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang hari ini membidas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusuff yang mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang secara giliran antara tiga parti yang kini menguasai negeri itu."Ini merupakan satu formula berbaur perkauman ciptaan Mohd. Yusmadi sendiri yang asyik gilakan kuasa sahaja," kata Setiausaha DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau mengulas cadangan Mohd. Yusmadi supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum untuk menjadi pemimpin.Mohd. Yusmadi, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau dilaporkan berkata, formula politik baru itu bagi menggantikan formula Barisan Nasional yang memberi jawatan Ketua Menteri hanya kepada kaum Cina dan Timbalan Ketua Menteri kepada wakili Melayu.Wei Aik berkata, tiada formula baru yang telah dipersetujui oleh pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang kini memerintah Pulau Pinang berhubung sistem penggiliran itu.


Beliau berkata, buat masa ini, DAPSY berpendirian bahawa belum sampai masa dan tidak perlu jawatan Ketua Menteri itu digilirkan. Katanya, DAPSY mempertahankan jawatan Ketua Menteri supaya tidak digilirkan atas alasan bahawa sebarang pelantikan untuk jawatan itu mestilah diputuskan oleh parti yang menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dan bukan atas alasan kaum Cina adalah majoriti di negeri itu."Saya ingin tegaskan bahawa formula baru yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah memberi layanan adil serta bantuan saksama kepada semua rakyat tanpa mengambil kira perbezaan kaum, agama, jantina dan latar belakang politik. "Ini jauh lebih adil serta disambut baik oleh rakyat jelata daripada formula ciptaan Mohd. Yusmadi itu," kata Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.




Aduhai Yusmadi, awat hang buat lawak, harap jadi lawyer tapi akai pendek, cadangan hang nak gilir ketua menteri ibarat anjing menyalak pada bukit, cubaan nak jadi hero kononnya nakkan melayu dapat jawatan ketua menteri pulau pinang ,lim guan eng mati hidup balik pun takkan bagi jawatan tu.

Apa? ingat Puak DAP & Cina bodoh sangatkah nak bagi undi pada melayu untuk jadi ketua menteri, zaman BN & Paklah pun tak boleh pegang,inikan pakatan haprak sosialis pulau pinang,mimpi basah Yusmadi terbantut akibat di tempeleng oleh DAPSY hingga dituduh rasis. haha.kan Pisau dah kata,orang melayu kalau tuntut hak atau mintak lebih sikit dituduh rasis.

Kenapa melayu tak sedaq lagi, melayu kena bersatu di Pulau Pinang,nak harapkan kerusi DUN yang ada pun belum tentu dapat kerusi Ketua Menteri.

Toksah mimpilah,pengadai melayu Pakatan Haram Pulau Pinang gadailah selagi yang boleh,kalau rasa tak cukup tangan mintak bantuan Anwar Berahi,dia boleh tolong jual apa yang patut.

Yusmadi dah kena tuduh rasis, anda bila lagi?

sumber : pisau.net

Tuesday, September 29, 2009

TS Isa Samad calon BN pertahankan Bagan



Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad diumum sebagi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Pengumuman dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan kira-kira 10,000 penyokong dan rakyat di Bagan Pinang, Port Dickson kira-kira jam 5.25 petang Selasa.

Muhyiddin dalam ucapannya menegaskan BN memilih calonnya dengan meletakkan keutamaan terhadap kehendak dan harapan rakyat. Sambil bertanya siapa yang dikehendaki oleh penduduk Bagan Pinang sebagai calon mereka, ribuan yang hadir menjerit "Tan Sri Isa" dan serentak itu Muhyiddin terus mengumumkan nama Isa sebagai calon. Ribuan yang hadir bangun bersorak dan bertepuk tangan dengan pengumuman yang dibuat itu.


Seperti kata-kata dari beliau , nampaknya Isa masih diperlukan, dengan itu jangan hapuskan ISA" merujuk kepada AKta Keselamatan Dalam Negeri. PB daripada awal lagi menyokong TS ISA sebagai calon BN Bagan Pinang dan PB mengucapkan tahniah kepada beliau dan selamat bertanding demi perjuangan parti ,kerajaan dan rakyat Bagan Pinang .

Kehadiran lebih 10,000 orang memenuhi khemah di BN Command Centre di Batu 6 merupakan petanda baik untuk BN memenangi PRK Bagan Pinang . Sebelum ini ketika PRK lain ,kehadiran ramai sebegini jarang sekali dan ini menunjukkan sokongan pengundi terhadap BN di kubu kuatnya masih lagi utuh .

Sorakan dan teriakan kedengaran cukup kuat yang mahukan Isa dicalonkan menunjukkan beliaulah calon utama pilihan rakyat Bagan Pinang . Pemilihan TS Isa sebagai calon BN di Bagan Pinang adalah tepat kerana beliau dibesarkan di situ ,merupakan Ketua Cawangan UMNO Bagan Pinang ,dan sudah 30 tahun menabur bakti sebagai wakil rakyat dan selama 22 tahun sebagai MB Negeri Sembilan .

Jasa beliau kepada rakyat dan Negeri Sembilan khasnya pembangunan di Teluk Kemang serta Bagan Pinang adalah hasil usaha beliau . Jika isu pergantungan beliau di atas kesalahan politik wang dahulu dijadikan isu, beliau telah menjalani hukuman itu dan masih lagi setia bersama parti . Apa kurangnya DSAI yang pernah dipenjara oleh mahkamah dan kini menghadapi tuduhan liwat masih lagi menang di Prmtg Pauh dan menjadi wakil rakyat. Lim Guan eng juga pernah meringkuk dlm jail dulu tetapi kini gah berkuasa di PP . Elizabeth wong yang terkenal dengan skandal gambar bogel serta hubungannya dengan lelaki melayu pun masih lagi menjadi YB serta Exco di Selangor . Bandingkan Eli dengan TS Isa ,baik lagi TS Isa .


Ayuh kita rapatkan barisan dan bersama-sama menyokong Calon kita TS Isa Samad untuk menang seterusnya pertahankan DUN Bagan Pinang agar terus menjadi kerusi BN

Lembu terus menjadi badi buat Khalid dan kerajaan Selangor



Lembu macam sudi jadi badi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak dipilih sebagai Menteri Besar Selangor oleh parti PKR,DAP dan PAS yang membentuk kerajaan campuran di negeri itu.

Pertama kali, isu lembu dikaitkan dengan dakwaan beliau menggunakan wang anak syarikat kerajaan negeri Selangor membekal lembu korban ke kawasan parlimen Bandar Tun Razak, akhir tahun lalu.

Ogos lalu, sekali lagi lembu menghantui pentadbiran Khalid ekoran demonstrasi kira-kira 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang dicemari dengan insiden mengarak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) gara-gara membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu itu.

Terbaru, seramai 75 ahli Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor berarak dan berkumpul mengadakan demonstrasi di depan pintu masuk utama SUK membawa lebih 25 kenderaan termasuk lori dan trak pikap yang memuatkan hampir 80 ekor lembu, kambing. Malah, mereka juga membawa tong susu haiwan itu.

Cuma kali ini demonstrasi itu nampak lebih aman kerana membabitkan penternak Melayu, India dan Cina. Mujurlah, tiada ‘lembu naik minyak’kecuali pertengkaran kecil antara wakil persatuan itu yang mahu berjumpa dan menyerahkan memorandum kepada wakil Exco Pertanian, Yaakob Sapari ataupun wakil pejabat Menteri Besar.

Penternak terbabit mula berkumpul depan pintu SUK kira-kira jam 1.45 petang.

Pengerusi persatuan Samad Kassim kemudian berbincang dengan pegawai polis yang bersiap sedia bagi mengawal keamanan dan pegawai keselamatan SUK untuk berjumpa wakil Yaakob ataupun pejabat Menteri Besar.

Sekitar jam 2.05 minit petang, hanya pegawai kepada Exco Alam Sekitar, Elizabetth Wong tiba untuk menerima memorandum tetapi Samad dan beberapa ahli jawatankuasa bertegas mahu berjumpa exco bertanggungjawab.

Rasa tidak puashati kalangan penternak terbabit hingga menyebabkan ada antara mereka melaung dan menjerit meminta Yaakob berhenti atau berundur daripada jawatannya.

“Kalau jaga lembu pun tak boleh, macam mana nak jaga manusia,” jerit seorang daripada penternak terbabit.

Selepas pertengkaran kecil, Samad beredar dari pintu SUK sementara menunggu wakil Yaakob atau pejabat Khalid berjumpa beliau dan jawatankuasannya.

Sementara menunggu, Samad memberitahu media, demonstrasi aman itu mereka kerana tidak berpuas hati dan kecewa kerana kerajaan negeri gagal menangani masalah yang dihadapi dua orang anggota persatuan itu, malam Khamis lalu.

Dalam insiden itu, ladang ternakan yang menempatkan lebih 300 ekor lembu dan kambing di Sungai Keetas, berhampiran Hulu Yam ditenggelami air dan sampah sarap apabila sebuah tempat takungan air berhampiran ladang itu pecah dan menghanyutkan sampah sarap dari sebuah kawasan pelupusan sampah berdekatan.

Menurut Samad, mereka kecewa kerana tidak ada wakil rakyat atau Exco Pertanian turun ke tempat kejadian bagi melihat tempat tragedi itu dan menghulurkan bantuan kepada penternak yang ditimpa ‘tsunami sampah’.

Samad berkata bantuan yang diterima setakat ini ialah bantuan makanan haiwan yang diberikan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor.

Malah, tindakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mempertikaikan kandang lembu dan kambing itu didirikan secara tidak sah amat mengecewakan persatuan itu kerana seorang daripada penternak terbabit, Mohd Sharif Gulam yang menternak 200 lembu daging mempunyai permit dan membayar cukai kepada MPS.

Menurut Samad, memorandum itu antara lain meminta kerajaan negeri membantu dua penternak terbabit selain menyediakan tapak penternakan yang lebih sesuai kepada mereka.

Jika gagal katanya, persatuan akan membawa lebih banyak lembu ke perkarangan SUK ataupun menghantar lori-lori berisi haiwan itu ke rumah anggota Exco dan ahli parlimen pakatan Rakyat di Selangor.

Kira-kira jam 2.30 petang, Setiausaha Politik Menteri Besar Nik Nazmi Nik Ahmad berjumpa kumpulan itu dan selepas perbincangan, beberapa ahli jawatankuasa itu dibawa berjumpa dengan Yaakob di tingkat 14, bangunan SUK.

Samad yang ditemui selepas pertemuan itu, berkata pihak kerajaan negeri berjanji memberi bantuan bekalan makanan, air bersih, bahan binaan bagi membina kandang sementara dan jentera bagi membersihkan kawasan kandang dan menanam bangkai-bangkai haiwan.

"Kita bagi tempoh seminggu, kalau tidak ada bantuan kita akan buat satu lagi press conference (sidang akhbar)," katanya.

Demonstrasi membawa lembu dan kambing ke bangunan SUK petang Isnin sudah tentu kejadian yang boleh menconteng arang ke muka Yaakob dan Khalid sendiri kerana mereka gagal memberikan bantuan setimpal bagi membela nasib penternak haiwan di negeri itu.

Seperti dinyatakan, Samad, nasib mereka ibarat ‘kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan’ kerana kerajaan negerei boleh menyediakan tanah untuk ladang babi tetapi tidak kepada penternak haiwan lain.

Sedangkan katanya, mereka juga penggerak ekonomi di Selangor dengan menyedia dan membekalkan haiwan itu kepada rakyat negeri itu.

Apa yang pasti, jika persatuan yang mempunyai kira-kira 400 ahli itu tidak bertindak mengadakan perarakan membawa lori berisi lembu dan kambing pada hari ini, nasib mereka terus terabai terutama dua penternak yang ditimpa musibah pada 23 September lalu.

Justeri itu, Khalid mahupun Yaakob perlu segera membantu penternak terbabit bagi mengelak lori-lori berisi haiwan itu berada depan rumah masing-masing jika janji dibuat Yaakob pada persatuan itu gagal ditunaikan dalam tempoh seminggu ini.

Bagi Khalid pula, beliau tentu tidak mahu tahun Lembu sepanjang 2009 ini terus menghantuinya -28/9/2009

Monday, September 28, 2009

Pemuda BN akan seluruh kawasan termasuk estet Bagan Pinang - KJ


Oleh S.A Najmuddin

Putrajaya -- Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata pihaknya akan bergerak ke segenap pelusuk sehingga kawasan estet yang bermajoriti kaum India dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Menurut beliau gerakan tersebut yang dilaksanakan atas platform Pemuda BN itu diharap mampu menterjemahkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada BN pada hari pengundian nanti.

“Kita berharap semua pemimpin BN juga mengambil tindakan sama kerana terdapat empat peti undi daripada lapan yang majoritinya kaum India, jadi kita perlu sokongan daripada parti yang mempunyai pemimpin daripada kaum itu.

"Saya sudah bermesyuarat dengan Pemuda MIC sebelum Aidilfitri lalu dan mereka bersetuju bekerjasama sebagai satu pasukan. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, di sini, Sabtu.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga milik pembangkang, iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR), manakala satu lagi kerusi, DUN Linggi dimenangi BN.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata pilihan raya kecil kali ini sangat penting selepas kekalahan BN di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

“Kerusi itu kerusi BN, terletak dalam negeri yang boleh dikategorikan sebagai negeri selamat berbanding Kelantan dan Permatang Pauh. Saya yakin kita mampu mempertahankan kerusi itu berdasarkan sokongan dan bantuan yang akan diberikan kepada BN," katanya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu, Pemuda BN tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan pilihan raya kecil berkenaan.

“Jentera kita di Teluk Kemang adalah kuat dan bersatu untuk memastikan kemenangan BN kelak”, katanya.

Nik Nazmi S/U MB Selangor temberang rakyat





Ini adalah temubual oleh Harakah. Nik Nazmi adalah Adun PKR di Selangor dan juga merangkap Setiausaha kepada MB Selangor.. Umur baru 27 tahun. Kanyaq dan masih mentah lagi...Ini lah standard YB-YB PKR , nak kelentong orang pun , fikir la dulu ..jangan bagi orang gelak dengan fakta dan kenyataan tak betul .. PRU 13 ini akan lagi berlambak la bakal2 YB muda dari PKR akan diketengahkan ..fresh2 graduate lagi , kira boleh pandai cakap ,baik dengan brother Anwar boleh lah disenaraikan ..

PRK Bagan Pinang...Rakyat Di Dahulukan...?




Semalam kawan berkesempatan turun ke Bagan Pinang bersama teman-teman bloggers. Mengikuti program sambutan hari raya UMNO Cawangan Bagan Pinang. Kehadiran lebih 1000 orang di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang jelas menampakkan muafakat dan silaturahim yang terjalin cukup akrab dan mesra.

Tetamu kehormat malam tadi ialah Tan Sri Isa Samad, Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang serta 'calon pujaan' yang di mahukan oleh rata-rata orang ramai yang penulis temui di dalam majlis tersebut.

Lebih 2 minggu ni banyak sangat komen-komen yang sebenarnya mendedahkan keburukkan dan kelemahan parti. Apabila penduduk Bangan Pinang menyatakan sokongan kepada Tan Sri Isa sebagai calon maka timbul pula penolakan secara terang dan terbuka yang dipelopori oleh bekas PM yang mahukan calon lain diketengahkan. Apapun dilihat UMNO lebih gemar bersengketa sesama sendiri berbanding parti lawan yang diberitakan masih lagi 'kalut' untuk mencari calon yang mampu menggugat UMNO dan BN pada 11 November depan.

Pemimpin UMNO perlu fokus! PRK Bagan Pinang ini merupakan titik tolak kepada jatuh bangunnya UMNO dan BN dalam persada politik tanahair. Jangan dijadikan perkara titik bengik menjadi duri yang sentiasa mencucuk semangat dan perpaduan parti.

Benar bahawa faktor calon merupakan kayu ukur dalam setiap Pilihan raya seperti mana yang berlaku didalam PRk Permatang Pasir bulan lalu, namun isu yang lebih luas menjadikan UMNO dan BN ditolak dalam setiap PRK yang lepas juga perlu diberikan perhatian.

UMNO dan BN perlu 'cerdik dan pantas' menjawab dan memainkan isu...bukannya memberikan pembangkang modal untuk terus melacur isu yang UMNO dan BN sendiri cipta.
Apakah dengan mengenepikan Isa akan menambah peluang dan ruang untuk mempertahankan kerusi DUN Bangan Pinang? Kalau benar silakan...kerana diberitakan Mohamad Hassan sendiri mempertaruhkan jawatan nya sebagai MB jika BN kalah dalam PRK ini.

Tapi kalau benar bahawa Isa merupakan calon yang mampu untuk mempastikan UMNO dan BN mempertahankan kerusi tersebut, maka kepimpinan UMNO perlu berlaku adil dan berlapang dada menerimanya...Yang penting ialah Kemenangan UMNO dan BN!

Apapun dan siapapun calon UMNO dan BN nanti...yang jelas Pembangkang PAS, DAP dan PKR tetap akan menaburkan dakyah dan fitnah untuk menarik sokongan pengundi agar mengundi mereka. Itu kerja mereka dan UMNO dan BN tidak perlu terperangkap dengan slogan calon bersih yang dicanagkan oleh mereka sedangkan hakikatnya pemimpin pembangkang lah yang jelas ramai dan terbukti bahawa ada antara mereka yang pernah didakwa, dipenjara dan bergelar penjenayah. Apa nak heran!!!

Dalam pengamatan penulis semalam apabila berbual dengan pemandu-pemandu teksi yang begitu bersemangat mahukan Tan Sri Isa ditambah pula dengan laporan dari pegawai Kemas dan Penerangan jelas bahawa Isa antara calon yang bukan mudah untuk ditumbangkan oleh pembangkang. Kelebihannya ialah beliau bukan sahaja dikenali malah beliau mengenali pengundi-pengundi di Bagan Pinang...

Kepada kepimpinan UMNO dan BN, ada desakan dari pengundi-pengundi Marhaien yang mahukan agar Isa dicalonkan kerana bagi mereka ini ialah kehendak penyokong akar umbi parti dan majoriti rakyat dan pengundi...itu pun kalau benar-benar rakyat di dahulukan....!!!

Lu fikir La sendiri!!!

sumber : putra merdeka

Saturday, September 26, 2009

Pemuda Gerakan cabar Guan Eng debat isu Kg Buah Pala



PULAU PINANG: Pemuda Gerakan Pulau Pinang telah pun mengemukakan memorandum bagi mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya berdebat mengenai isu Kampung Buah Pala.

Naib Pengerusinya H'ng Khoon Leng berkata perdebatan dengan Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, akan diadakan di kampung itu pada 8.30 malam 4 Oktober ini dengan matlamat membolehkan orang ramai mengetahui kebenaran di sebalik isu kampung itu, lebih terkenal sebagai "High Chaparral", yang telah pun dirobohkan.

"Kami harap Lim akan berani menyahut cabaran itu memandangkan beliaulah yang mengendalikan isu ini ketika mula berbangkit pada Julai lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

H'ng berkata beliau mahu setiap penduduk, terutamanya yang tinggal di Pulau Pinang, memahami isu itu memandangkan ia membabitkan kerajaan negeri sekarang.

"Saya turut mengalualukan semua pihak untuk menghadiri debat itu dan melihat sendiri kebenaran yang akan disingkap semasa perdebatan," katanya. [RUJUK]

Apa yang jelasnya di sini kerajaan PAKATAN Penang khianat dan berbohong kepada penduduk Kg. Buah Pala. Penduduk sendiri mempunyai rakaman DVD janji yang dibuat PAKATAN sebelum PRU12. Lantas setelah menang mereka bermain wayang dengan menunding sana sini seterusnya melenyapkan terus Kg. Buah Pala dari peta Pulau Pinang.

Adakah penting sekarang kepada bekas penduduk kampung mengenai siapa yang bertanggung jawab memulakan perjanjian jual beli kampung tersebut? Sedangkan undi bekas penduduk beri untuk kampung itu diselamatkan dikhianati.

Sekarang, apapun wayang yang cuba dimainkan anwar Ibrahim, Guang Eng dan Rayer tidak akan dapat menutup perbuatan khianat mereka kepada bekas penduduk kampung tersebut. Bekas penduduk tidak mengundi untuk melantik penyiasat dan pencari salah tetapi wakil rakyat dengan harapan membela nasib mereka. Namun penduduk Kg Buah Pala dikhianati.

sumber : operation island shield












Bagan Pinang :Siapa Mata-mata PAS dalam kem tentera ??


PAS mempunyai penyokong-penyokong di kem tentera dan balai polis yang akan bertindak sebagai "mata-mata" parti itu untuk memantau kempen-kempen BN ketika pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ketua Penerangan Pemuda PAS berkata individu-individu berkenaan termasuk pegawai tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan berkenaan.

"Mereka adalah sumber maklumat kita untuk pastikan BN tidak menjalankan kempen dalam kem," kata Suhaizan Kaiat ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan di sebuah blog bahawa PAS melalui beberapa pegawai tentera telah menjalankan kempen di dalam kem dan, oleh itu, tidak perlu lagi memohon kebenaran untuk berbuat demikian seperti desakan Pemuda PAS minggu lalu.

"Berdasarkan maklumat yang kami terima, pihak PKR telah bantu PAS dengan menyediakan satu sistem di mana kepala-kepala tertentu sudah ditugaskan menjaga 10 biji rumah.

"Kepalanya seorang kapten (bakal) bersara yang hanya tinggal beberapa bulan lagi. Sebelum ini kami sudah dedahkan sebelum ini, seorang kapten bersara bernama Izani yang menguruskan kantin," blog The Unspinners dipetik.

"Nama kapten bersara itu kami tahu. Kami beritahu satu saja... bermula dengan R."

Blog pro-BN ini mengulas laporan Malaysiakini PAS serius mahu tembusi kem askar selepas Suhaizan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menuntut peluang berkempen di kem.

Pilihan raya kecil itu bermula 3 Oktober ini dan lapan hari diperuntukkan untuk tempoh berkempen sebelum pengundian pada 11 Oktober.

Diminta mengulas dakwaan blog ini, Suhaizan berkata: "Siapa mereka itu, kita tidak boleh beritahu, nanti mereka akan kena tindakan pula."

Mata-mata PAS itu, tambahnya, sentiasa memberikan maklumat berkaitan kempen BN untuk memastikan pilihan raya itu berjalan dengan adil.

"Kita tidak mahu nanti ada menteri-menteri atau pemimpin-pemimpin BN yang berselindung di sebalik majlis-majlis formal anjuran kementerian untuk berkempen," jelas Suhaizan lagi.

"Maksudnya kalau kita (PAS) tidak boleh berkempen dalam kem, BN tidak boleh juga. Kalau BN boleh, kita pun mesti boleh."klik di sini selanjutnya

Komen

Tak sangka Malaysiakini cukup respon dan aware betul posting-posting daripada blog Pro BN mengenai isu kempen oleh PAS dalam kem tentera. Kita ulas daripada berita Malaysiakini dan mereka pulak ulas balik berita daripada blog kita..

Kita sedia maklum Malaysiakini memang media PR No 1 dan mereka ini kalau boleh siarkan berita2 yang kebanyakkanya dari PR dan terkini PRK Bagan Pinang.
Wahai Suhaizan ,tak payah anda dok selindung lagi ,tembelang sudah pecah pun .Kalu hang ada mata-mata dalam kem ,blogger pun ada spy lagi untuk salur info . haha . Kalau tak betul sumber dari blog PRO BN itu ,tak mungkin Malaysiakini akan publish isu ini .

Thursday, September 24, 2009

PAS baru tahu ke fitnah itu dosa besar ...


IPOH, 24 Sept: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Ahamad Pakeh sewajarnya memberikan hak menyiasat kepada pihak polis dan bukannya menuduh secara emosi tanpa sebarang bukti.

Tuduh tanpa bukti dalam Islam adalah fitnah dan dosa fitnah katanya lebih besar dari dosa membunuh.

"Tuduhan itu adalah berniat jahat, saya yakin itu bukan perbuatan orang PAS, itu protes dari ahli Umno itu sendiri.


"Kita orang PAS diajar cara beradab dan kita profesional dalam tindakan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.klik di sini

Ulasan


HAHAHA ..PAS ini tahu ADAB ke ??? PAS baru tahu ke fitnah dan dosa fitnah lebih besar daripada membunuh ?? PAS tak sedar ke siang malam dalam ceramah2 ,khutbah , dok fitnah kat UMNO dan kerajaan . Contoh paling senang yang orang tau ialah siang malam dalam setiap PRK , setiap ceramah mereka mesti akan fitnah Najib dengan Altantuya ,Rosmah dengan altantunya la , isu komisyen kapal selam ,isu zahid hamidi jumpa pemimpin Israel la , termasuk lah fitnah calon BN Prmtg Pasir serta macam-macam lagi la kalu nak senaraikan .

Bila kita katan mereka sikit ,terus mereka melatah dan keluar fatwa dalam harakah cakap fitnah itu dosa besar . Wahai Puak2 PAS , kalau hang pa dok buat lagi kenyataan seperti , buat orang gelak saja kerana semua orang tahu PAS memang parti fitnah No 1 di Malaysia. Lebih baik hang pa pi mengingatkan kepada pemimpin anda dulu termasuk ahli2 PAS sendiri tentang bahayanya fitnah dan kesanya fitnah ini.

Isa Samad atau Tidak : Jentera BN Akan Terus Berjuang Seperti Biasa !


oleh Keris Muda

Hari penamaan calon bagi PRK Bagan Pinang telah ditetapkan pada 3-10-2009. Setakat ini persoalan yang bermain-main di minda warga BN Bagan Pinang siapakah calon BN yang akan diletakkan untuk bertanding di Bagan Pinang.

Barisan kepimpinan UMNO Telok Kemang telah mengambil resolusi untuk menghantar satu nama sahaja iaitu nama Tan Sri Mohd Isa Hj Abd Samad . Tan Sri Muhyiddin pula kata beri 2 atau 3 nama lain untuk dipertimbangkan. Semalam Tun Dr Mahathir dilaporkan berkata" Jangan letakkan Tan Sri Isa kerana dia telah didapati bersalah oleh UMNO dalam kes politik wang. Meletakkan beliau menunjukkan UMNO tidak serius dalam membanteras politik wang".

Sebenarnya banyak spekulasi yang ada dalam isu pemilihan calon ini.Ada yang mengatakan wujud pihak dalam UMNO sendiri yang tidak mahu melihat Tan Sri Mohd Isa mempunyai platform untuk naik semula dalam politik.Ada yang mengatakan TanSri Mohd Isa tidak mempunyai profil calon yang bersih. Kata mereka apa yang berlaku di Permatang Pasir harus dijadikan teladan.

KERISMUDA berpandangan antara pemimpin di Telok Kemang yang paling banyak mengetahui masalah dan keadaan masyarakat adalah TanSri Mohd Isa sendiri. Selama 20 tahun beliau menjadi Menteri Besar NSDK kawasan Telok Kemang adalah cukup terjaga.

Benar, beliau pernah di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO. Namun beliau menerimanya sebagai "gentleman" dan menjalani hukuman beliau. Semasa menjalani hukuman beliau tidak pernah putus asa atau berhenti dari membantu UMNO/BN dalam kempen Pilihanraya. Beliau tidak pernah terjun dari kapal UMNO macam Pak Brahim Ali. Beliau beristiqamah dan redha apa yang berlaku.Atas ketabahan beliau tersebut , hukuman penggantungan keahlian ditarik balik dan kini beliau adalah ahli dan pemimpin UMNO yang mempunyai hak untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat selaras dengan Perlembagaan UMNO sendiri.

Apa yang berlaku pada diri Tan Sri tidak ada kena mengena dan tidak akan memberi kesan kepada hal ehwal masyarakat di Bagan Pinang pun sekiranya beliau terpilih selaku calon wakil rakyat. Malah dengan pengalaman beliau yang luas, beliau dijangka berupaya untuk membantu rakyat di Bagan Pinang.

KERIS MUDA faham. Keputusan siapa calon yang akan bertanding terletak di tangan Majlis Tertinggi. Sekiranya Tan Sri Mohd Isa tidak terpilih sekalipun KERISMUDA percaya beliau tidak akan kecewa atau putus asa macam pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. (tengok je le contoh di Bahagian Seremban masa PRU-12 yang lalu).Tetapi jangan kita bawa persoalan dan persepsi tentang beliau didapati bersalah sebagai alasan untuk mengatakan beliau tidak layak untuk menjadi calon. Itu tidak adil bagi Tan Sri Mohd Isa. Semua itu adalah proses disiplin parti bukannya undang-undang dan beliau telahpun secara akur menjalani proses tindakan disiplin tersebut. UMNO dewasa ini kelihatan seolah-olah terlalu takut terhadap apa yang kononnya persepsi masyarakat sedangkan persepsi yang dikatakan itu kadang-kadang langsung tidak wujud pun. KERIS MUDA berharap agar Majlis Tertinggi membuat keputusan yang sewajarnya dalam perkara ini.

Apapun,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban dan Jentera BN serta UMNO seluruh negara akan turun membantu rakan-rakan di sana waima siapa pun diletakkan sebagai calon wakil rakyat BN kelak!

Wednesday, September 23, 2009

Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman baru Islam di Malaysia



Pengasas Liberalisme dan Pluralisme : Hans Küng, pemikir agamawan Catholic Switzerland. President, Foundation for a Global Ethic; Immanuel Kant, ahli falsafah Jerman kurun ke 18. Pengaruhnya meluas di kalangan pemikir moden Eropah yang dikenali sebagai pencetus Enlightenment (pencerahan); John Locke, ahli falsafah British. Penulisannya bertajuk 'Voltaire' & 'Rousseau', berpengaruh di Amerika, yang diterjemahkan dalam 'the American Declaration of Independence'.





Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia.


Oleh Prof. Madya Dr. Idris bin Zakaria

Dalam kehidupan di dunia ini kita menghadapi banyak kepercayaan agama, ideologi, latarbelakang sosial, etnik dan sebagainya. Di banyak tempat di seluruh dunia ini nilai-nilai pluralisma ini sering mencetus perpecahan, pergaduhan malah peperangan, justeru pluralisma itu ertinya bukan satu, tetapi banyak (plural), sudah tentu mengandungi nilai-nilai yang sama atau berbeza.

Bag bangsa yang pandai dan matang cara berinteraksi, bangsa atau negara itu akan aman. Demikianlah sebaliknya. Apabila hal kepelbagaian ini dihubungkan dengan agama secara khusus, maka ia bererti bahawa dunia aini memiliki banyak agama dan kepercayaan. Tiap penganut ada persepsinya sendiri. Bagi pejuang pluralisma dan liberalisma ini, syurga bukan untuk umat Islam sahaja, malah terbuka kepada semua penganut agama atas dunia asalkan mereka membuat kebaikan.

SEJARAH dan PUNCA TIMBUL LIBERALISMA dan PLURALISMA

Liberalisma iaitu kebebasan berfikir dan bertindak individu tanpa had adalah satu fahaman yang muncul di Eropah asalnya, dan bukan dari dunia Islam. Fahaman ini menyerap ke dalam masyarakat Islam melalui proses penjajahan dan pembaratan sekitar abad ke 16/17.

Reaksi umat Islam kemudiannya pada abad ke 18/19 terpecah dua kelompok; Pertama, kumpulan yang menolak pengaruh barat dan Kedua, kumpulan yang menerima. Kumpulan tradisionalis yang berpegang kepada asas-asas fundamental Islam, menolak dan menentang.

Kumpulan kedua yang lazimnya mendapat pendidikan Barat atau liberal dan terpegun dengan kemajuan Barat yakin bahawa apa yang datang dari Barat baik belaka, kita diminta meniru dan mendewakan Barat. Hal ini berlaku di seluruh dunia Islam.

Mengapa timbul di Barat ?

Masyarakat Eropah mempunyai sejarah hidup dan pemikiran mereka sendiri. Selama 1000 tahun (abad ke 5-ke 15) mereka dicengkam kuat oleh agama Kristian Katholik, Kristian kontrol kepercayaan, ilmu, dasar dalam dan luar negeri.

Kristian Katholik yang berpegang kepada dasar bahawa mereka adalah wakil Tuhan di bumi, memaksa semua lapisan masyarakat agar patuh kepada kuasa agama dan gereja.

Hak asasi gereja ialah meletakkan dasar-dasar kehidupan, pentadbiran, ekonomi hinggalah kepada akhlak dan kehidupan individu. Kumpulan bangsawan, ahli
perniagaan, ilmuan dan orang awam dikongkong dan tugasnya ialah patuh dan turut ketentuan gereja.

Kitab Injil tidak boleh dibaca, apalagi untuk mentafsir. Perempuan adalah najis, tidak boleh baca atau pegang Bible. Akhirnya semua kumpulan masyarakat bangun memberontak.

Dari dalam Kristian sendiri timbul protes yang serius dan akhirnya lahir Mazhab Protestan.

Injil perlu ditafsir semula. Tafsiran lama tidak boleh dipakai lagi. Intelektual pun bangun menulis buku-buku menentang fatwa-fatwa gereja. Nicolai Copenicus, Kepler, Brehe dan Galileo Galilee adalah antara tokoh yang mengkritik otonomi dan tafsiran-tafsiran Gereja Khatolik.

Sehubungan dengan penglibatan intelek mengkritik agama, kumpulan-kumpulan feudal, kemudian kapitalis, kumpulan sosioalis-marxis juga muncul dengan teori dan gerakan yang menentang otonomi Gereja Katholik.

Karl Marx menganggap agama adalah candu-masyarakat! Ahli-ahli fakir moden Eropah mempersoal agama dan kriteria kebenaran.Akibat dari gerakan itu, agama dibenci. Kitab agama dikatakan perlu di nilai semula. Kebenaran itu relatif. Semua orang bebas mentafsir agama, atau Tuhan!

Eropah akan terus berada dalam kemunduran jika masih kuat berpegang pada agama. Maka
pada akhirnya, akibat banyak penjuru berlaku penentang dan pemberontakan, para penentang ditangkap, dibunuh atau disiksa. Buku-buku yang mengkritik otonomi dan fatwa gereja dibakar.

Buku-buku yang didatangkan dari Timur Tengah hasil tulisan tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Rusyd diperintah supaya dibakar. Sebarang wacana ilmu yang mengkritik Kristian diharamkan.Penentangan besar diambil oleh kumpulan cendekiawan.

Mereka mula mengkritik agama Kristian dari segenap penjuru. Kitab Injil, yang asalnya juga banyak diubah, dikritik lagi dan lebih mendasar. Kitab Injil sudah jadi macam buku sastera yang dikritik oleh semua peminat. Kandungannya tidak lagi
relevan.

Mazhab protestat terus mendapat sokongan. Akhirnya timbul Renaissance. Agama dan Tuhan sudah kehilangan kuasa dan daulat. Kebenaran boleh didapati dari manusia sendiri berasaskan akal rasional atau pengalaman dan bukan teks-teks agama.

Ahli falsafah Barat yang memimpin tentangan dan fikiran bebas ini antaranya Rene Descartes (1592-1650), John Locke (1632-1704), Immanuel Kant (1724-1804), David Hume (1711-1776), Auguste Comte (1798-1857), Jeremy Bentham (1748-1832), John S.Mill (1806-1873), Frederich Nietzsche (1844-1900) dan ramai lagi.

Terdapat tiga jenis fikiran-fikiran asas yang diperjuang oleh pemikir-pemikir ini;
Pertama, Tuhan itu tidak wujud atau diragui kewujudannya; Kedua, ala mini wujud secara mekanistik, iaitu hukum alam bukan hukum Tuhan; Ketiga, akal manusia mampu memahami semua masalah manusia, fenomena alam dan lain-lain. Di sini, otoriti agama ditolak.

Berkaitan dengan agama secara khusus, pemikir Barat W.C Smith memperkenalkan slogan “Universal Theologi of Religion”. Idea ini menarik pemikir-pemikir Eropah yang lain dalam kerangka dan semangat menolak otoriti agama.

Muncul John Hick dan Hans Kung tokoh pemikir Barat sekular dan terus memperpularkan gagasan ini. Gagasan ini memperjuangkan bahawa semua agama boleh diterima dan benar, sebab tujuannya adalah satu, hanya jalannya sahaja berlainan.

Maka popularlah ‘Pluralisme’. Tuhan cipta banyak agama menurut mereka untuk kepentingan berbagai bangsa di pelbagai masa dan wilayah.

Semua ajaran betul belaka dan semua orang boleh sampai pada Tuhan dengan mengikut jalan mana pun. Oleh itu semua agama di dunia ini menyeru pada Tuhan dan benar belaka. Siapa pun tidak boleh dakwa agama mereka sahaja yang benar dan betul!

Apabila berlaku interaksi Islam-Barat melalui penjajahan dan pembaratan, gagasan liberalisma ini turut sama masuk dan ia subur berkembang dibawah payung sekularisma. Keadaan ini berjalan hingga kini di serata dunia Islam.


IDEA-IDEA UTAMA LIBERALISMA-PLURALISMA (LP)

Di sini diperturunkan sebahagian idea-idea LP ini.

Mengkritik teks Al-Quran.

Antara tokoh utama di sini ialah Nasr Hamid Abu Zaid (Mesir). Beliau bertugas di Universiti Leiden, Belanda. Beliau dihukum murtad oleh Universiti al-Azhar. Beliau kritik Al-Quran dalam bukunya "Mafhum Al-Nas –Dirasat fi’ulum Al-Quran" (kefahaman mengenai Teks - Satu kajian mengenai al-Quran).

Nasr Hamid ini setuju dengan Frederich Schlie Marcher (1768-1834) yang pernah memberi teori bahawa al-Quran yang diturunkan melalui Malaikat Jibril a.s. kepada seorang Muhammad yang (sifatnya) manusiawi. Muhammad sebagai penerima pertama adalah penyampaian Teks hal ehwal manusia. Al Qur’an itu bukan Teks Ilahi dalam bentuk asli, tapi telah disaring menurut pemikiran Muhammad. Jadi al-Quran itu bukan asli seperti yang selamanya kita faham.

Apa yang kita pelajari adalah Malaikat membaca ayat-ayat wahyu dan Rasulullah SAW menurutnya dan kemudian dihafal serta dikumpul oleh para sahabat.

Bagi para pemikir LP ini, metod di atas adalah method lama dan salah.


Professor Mohammed Arkoun berasal dari Algeria. Menjadi tenaga pengajar di New Sorbonne University of Paris. Pernah berkhidmat sebagai Fellow di Wissenschaftskolleg, Berlin (1986-1990); Tenaga pengajar di the Institute for Advanced Studies in Princeton, New Jersey, U.S.A (1992-1993); Visiting professor di University of California, Los Angeles (1969), Princeton University (1985), Temple University, the University of Louvain-la-Neuve, Wallonia, Belgium, (1977-1979), the Pontifical Institute of Arabic Studies di Rome dan the University of Amsterdam (1991-1993). Sekarang beliau Professor Emeritus, La Sorbonne sebagai Senior Research Fellow dan member of the Board of Governors of The Institute of Ismaili Studies (IIS). Beliau juga dikenali antara pelopor Islam Liberal.



Umpamanya professor pemikiran Islam di Universiti Sorbone, Perancis iaitu Prof. Muhammed Arkoun membawa pendekatan “Makna Teks”.

Perkara ini ada ditulis oleh beliau dalam beberapa buah bukunya seperti "The Unthought in Comtemporary Thought" (2002) dan "Min al-Ijtihad ila Naqd al-‘Aql al-Islami" (1992).

Menurutnya kajian kritis terhadap al-Quran adalah bentuk ijtihad, (sama seperti pemikir Barat bersifat kritis terhadap Bible).

Arkoun berpendapat wahyu perlu dilihat dalam kontek umum. Ia juga termasuk kitab-kitab agama lain seperti kitab agama Hindu, Buddha, Injil Perjanjian Lama dan Baru.

Ini bermakna kebenaran agama dimiliki semua.Teori mereka ini memberi maksud (i) Muhammad itu pengarang al-Quran (ii) Syariat juga dicipta oleh Muhammad (iii) al-Quran tidak suci lagi (iv) semua kitab-kitab tafsir di dunia Islam tidak boleh dipakai lagi (v) al-Quran perlu ditafsir semula. (seperti laungan terhadap Bible)


Idea Theologi Pluralis

Idea ini, seperti yang telah disebutkan di atas, menganggap semua agama adalah sama, sama benarnya dan semua membawa kepada Tuhan hanya jalannya sahaja yang berlainan.

Nama Tuhan boleh berbeza menurut bahasa-bahasa bangsa manusia. Kitab suci pun
boleh berlainan bahasa. Islam mempunyai syariat dan Tariqat. Syariat adalah hukum-hukum lahiriyah, sedangkan tariqat adalah perjalanan hamba menuju Tuhannya dengan cara menyucikan batin dan bersih dari sifat-sifat tercela.

Ini ada dalam semua agama. Persamaan ini akan membentuk hidup yang harmoni, asalkan jangan ego mengatakan akidah atau agamanya sahaja benar, yang lain batil.

John Hick pendukung kuat liberalisme mengatakan semua orang boleh masuk syurga tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama. Tuhan boleh dikenali dengan apa sahaja identiti oleh semua penganut agama.

Brahma dan Allah kata mereka adalah Tuhan yang sama, Cuma dilihat dan diucap dengan cara berlainan antara Hindu dan Islam. Tertera dalam al-Quran.

Apakah sifat Brahma, Tuhan dalam Shinto dan lain-lain itu sama dengan sifat-sifat Allah SWT dalam al-Quran?

Apa yang kita faham Allah SWT mempunyai sifat-sifat yang tersendiri seperti Penolakan Syariat Islam.

Abdullah al-Naim, seorang penulis berasal dari Sudan telah menulis buku “Toward an Islamic Reformation” (1989).

Abdullah mahu merombak cara berfikir umat Islam terhadap syariat. Syariat hanyalah ciptaan manusia. Ia tidak suci. Perlaksanaan hukum Islam hanya memberi impak counter-productive.

Hukum-hukum Islam melanggar Hak Asasi Manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman.

Abdullah terpengaruh kuat dengan orientalis Barat yang bencikan Islam iaitu antaranya Goldziher, Schacht dan Coulsan yang lama menyebut bahawa syariat Islam adalah ciptaan fuqaha selama 300 tahun. Abdullah juga turut bersetuju dan menyebut hal berkenaan.

Kumpulan Islam liberal menggunakan idea ini untuk menolak hukum Islam. Oleh itu Negara Islam pun tidak ada.

Mereka sebenarnya gagal membezakan antara Syariat dan Fiqh, Qat’iyyat dan Ijtihadiyat, Thabat dan Mutangaiyirat dan sebagai dalam sistem Ilmu-ilmu Islam.

Konsep Ijtihad dalam Islam membuka ruang untuk umat Islam menyusun keputusan baru menurut masalah-masalah semasa.Golongan Liberal ini tidak berminat berpegang kepada hadis nabi. Mereka mempertikaikan kesahihan hadis dan menolak otoritinya.

Di Malaysia kumpulan ini telah menolak hadis. Hadis menurut mereka hanyalah rakaman sejarah masa lalu. Ia boleh dibaca jika perlu. Sedangkan dalam Islam, Allah SWT
telah memerintahkan hambanya taat kepada Tuhan melalui patuh kepada al-Quran, turut dan patuh kepada Rasulullah SAW sebagai Nabi dan juga Rasul. Ijmak para ulamak juga telah diinstitusikan.

Kumpulan liberal ini menolak ijmak. Malah menurut mereka ijmak-ijmak itu adalah ijmak Pak Arab! Kebebasan berijtihad dan penolakan Otoriti Agama. Gologan Liberal ini menolak otoriti agama.

Mereka menekankan kebebasan memberi dan menentukan fikiran. Apa pun permasalahan agama, semua orang berhak memberi pendapat. Semua orang boleh berijtihad. Otoriti agama hanya diada-adakan. Oleh itu ulamak pun tidak perlu. Mereka merujuk kepada analisa-analisa orientalis-kristian, sebab mereka lebih pandai dan lebih kritis. Sedangkan dalam apa ilmu pun ada pakarnya. Dalam agama ada ulamak dan cendiakawan-
cendiakawan Islam. Mereka bukan monopoli hal-hal Islam, tetapi ahli atau pakar


LIBERALISMA-PLURALISMA DI ALAM MELAYU

Indonesia

Di Indonesia, gerakan Islam liberal ini sudah meluas. Ia diperjuang oleh para sarjana yang mendapat pendidikan Islam dan Institusi Pengajian Islam iaitu Institusi Agama Islam Negeri(IAIN), Universitas Islam Negeri (UIN), Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN), dan Sekolah Tinggi Agama Islam Swasta (STAIS).

Mereka ini kebanyakan mendapat pendidikan tinggi agama Islam dalam Negara, Mesir, Ameriak dan Canada.

Bermula denga Prof. Dr Harun Nasution, diikuti pula oleh Prof. Dr. Nurcholis Madjid yang pernah melancarkan gagasan sekularisasi untuk kemajuan umat, maka sekarang ini, sarjana-sarjana yang lebih junior memperjuangkan gagasan Islam liberal ini.

Dari Liberalisme dan Pluralisme akhirnya mempelopori Islam Liberal : Dari kiri Dr Harun Nasution, Prof. Dr. Nurcholis Madjid dan Abdurrahman Wahid (Gus Dur)



Terdapat ramai cendiakawan yang berlatarbelakang agama, mendukung Liberal-Plural ini. Antaranya: Budhy Munawar Rachman, Alwi Shibab, Luthfi Assyaukanie (editor Jaringan Islam Liberal), Taufik Adnan Amal, Ahmad Baso, Khoirul Muqtafa, Munawar Rahman, Mahrus el-Mawa, Hamami Zada, Ala’i Nadjid(P), Umi Khusnul Khotimah(P), Sri Mulyati (P), Siti Musda Mulia (P), Marzuki Wahid, Abd A’la, Abd Rahman Wahid, Azyumadi Azra, Jalaluddin Rahmat, Nasamuddin Umar dan Ade Armanda.

Alwi Shibab (bekas Menteri Agama) menyatakan bahawa pluralisma agama sangat penting. Ia boleh pupuk hidup rukun damai. Alwi mengatakan syariat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW itu tidak menghapus syariat-syariat sebelumnya. Dakwanya al-Quran itu mendukung pluralisma. Islam tidak hanya diperuntukkan kepada muslim sahaja, tetapi bagi segenap mereka yang percaya pada Tuhan sepanjang sejarah umat manusia.

Ini disebabkan oleh makna istilah ISLAM itu ialah berserah diri dan ini berlaku dalam semua agama. Jadi siapa sahaja yang menyerah diri pada Tuhan, bagaimana pun
caranya, ia adalah Islam. Bukanlah orang Islam sahaja.

Di Barat hal ini sudah lama terjadi. Idea ini pernah dikembangkan oleh Frithjof Schuon dan Syed Hosein Nasr. Mereka merujuk idea kesatuan seperti ini ditahap tinggi (The Transcendent Unity Of Religions) dan penekanan kepada agama Ibrahimiyyah.

Di Indonesia hal ini diaktifkan. Alwi terus menggunakan al-Quran untuk mengukuhkan dakwaan beliau. Ayat 62 surah al-Baqarah dan ayat 69 al-Maidah dijadikan alasan mengukuhkan teori mereka.

Ayat ini bermaksud begini:

" Sesungguhnya orang yang beriman, orang-Yahudi, Sabi’in dan orang Nashara, barangsiapa yang beriman kepada Allah, hari kemudian, dan beramal soleh, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati" (al-Maidah:69)

Pendapat Alwi Shihab dalam hal ini ada ditulis dalam bukunya Islam Inklusif: Prinsip lain yang digariskan oleh al-Quran adalah pengakuan eksistensi beragama dan dengan begitu, layak memperolehi pahala dari Tuhan. Lagi-lagi prinsip ini memperkokoh idea
mengenai pluralisma keagamaan dan menolak eksklusivisme.

Dalam pergertian lain, eksklusivisme keagamaan tidak sesuai dengan semangat al-Quran, sebab al-Quran tidak membeza-bezakan antara satu komunitas agama dengan lainnya.

Prinsip ini digariskan oleh dua ayat al-Quran,sebuah eksposisi yang jarang sekali terjadi sebuah ayat al-Quran tampil dua kali dan hampir mirip kata per kata, yang mengatakan:

Sesungguhnya mereka telah beriman, Yahudi, Kristian dan kaum Sabiin. Mereka yang percaya pada Tuhan dan hari akhirat dan berbuat kebaikan, akan menerima pahala dari Tuhan mereka. Mereka tidak akan rugi dan tidak akan berdukacita”. (al-Baqarah : 62, al-Maidah : 69)

Prof Dr. Nurcholis Madjid.

Terdesak kepada masalah hubungan antara kaum dan agama yang menyesakkan di Indonesia, Nurcholis Madjid merujuk al-Quran bagi mendapat jalan penyelesaian. Beliau telah merujuk kepada (surah al-Ankabut 29;46), al-Maidah 44,45,46,47,48,66 seterusnya al-Nahl 16;28 bagi mengesahkan bahawa memang Allah SWT cipta kepelbagaian dan semuanya, katanya (muslimuh), menggunakan pelbagai cara dan kaedah menuju Tuhan.

Dia amat yakin terhadap ketulinan kitab Taurat dan Injil hari ini Tulin/asli seperti yang benar-benar terjadi sewaktu diturunkan dahulu?

Kelihatan Nurcholis terlalu konfiden yang dua kitab itu serta suruhan-suruhannya itu asli dn tulin betul!

Soalnya apakah kita memiliki rekod catatan sebenar kitab-kitab sebelum al-Quran itu?

Akhirnya menurut beliau “ Oleh kerana itu, mari kita sambut hari esok dengan kepala tegak, bibir tersenyum sambil menyapa tanah air yang kita cintai bersama-sama dengan lambaian kasih sejati. Kita tunjukkan kepada dunia bahawa bangsa beradap, bangsa yang berperikemanusiaan dan berperikeadilan. Lupakan permusuhan dan pertikaian yang menganjal di dada. Hapuskan dendam dan kebencian yang tersimpan di hati. Tegakkan perdamaian abadi dalam kekudusannya”. (Pendahuluan untuk buku Pluratitas AGAMA : Kerukunan dalam keagamaan. 2001. Jakarta. Kompas. 1-8) Editor : Nur Ahmad.Mengapa hal-hal yang menggugat aqidah ini bertapak di institusi pengajian Islam di Indonesia?

Hartono Ahmad Jaiz dalam bukunya Ada Pemurtadan di IAIN (2005) ada menyebut bahawa….."mengesakan Allah SWT, metodnya sudah ada tinggal mengikuti Rasulullah SAW. Pendidikan Islam hakikatnya adalah mengajak kepada Tauhid itu sendiri tidak diajarkan. Hanya ilmu kalam, yang itu termasuk dalam sejarah pemikiran Islam. Pada hal Tauhid inilah landasan paling utama. Bila landasannya ini salah, maka rosaklah agamanya”.(xxxi)

Al-Quran sendiri pun diajar metod baru untuk tafsirnya. Cara baru itu disebut “hermeneutika” iaitu metod yang digunakan untuk tafsir Bible oleh pemikir Kristian. Metod ini diajar di Universitas Islam Negeri Jakarta dan IAIN Yogyakarta. Jika metod mengkritik Bible sudah diajar kepada Mahasiswa di IAIN, sudah tentu bertambah luaslah kritikan terhadap Al-Quran dan Rasulullah SAW, dan bertambah luaslah sikap ragu-ragu (skeptis) terhadap Al-Quran.

Al-Quran bukan lagi kalam Allah sebaliknya teks dari Muhammad SAW. Perkara-perkara pelik diamal di Indonesia.Prof Dr Nurcholis Majid, Prof di IAIN Jakarta, pengasas Yayasan Paramadina Jakarta, telah kahwinkan anaknya (perempuan), Nadia dengan lelaki Yahudi di Amerika pada 30 September 2001, tidak dengan Islam, tetapi akad universal iaitu anak manusia dan anak manusia.

Dr. Kautsar Azhari Noer, pensyarah IAIN Jakarta (kini UIN) menikahkan Ahmad Nurcholish (muslim) iaitu anggota pengurus YISC (Youth Islamic Study Club) Masjid al-Azhar, kebayoran Baru Jakarta dengan wanita kunghuchu Ang Mei Yong pada Ahad 8 Jun 2003.

Dr Zainun Kamal pensyarah UIN Jakarta telah menikahkan wanita muslimah Suri Anggteni Alias Fithri dengan lelaki Kristian Alfin Siagan di Hotel Kristal Pondok Indah Jakarta Selatan. Pengantin diberkati pendeta Kristian. Ijab qabul cara Islam. Dr. Zainun sendiri membimbing mereka.

Munawir Sjadzali, bekas menteri agama (1983-1993) memperjuang penyamaan bahagian waris harta antara lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita perlu sama banyak. Sedangkan al-Quran jelas memperuntukan 1/3 untuk perempuan dan 2/3
untuk lelaki justeru tanggungjawab lelaki adalah diri sendiri dan tanggungannya.

Al-Quran menyebut (al-Nisa:11)

“Allah mensyariatkan bagimu tentang pembahagian pusaka anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak peremuan”. (Al-Nisa:11).

Munawir mahu mengubahnya. Dr. Siti Masdah Mulia, pensyarah UIA Jakarta menyuarakan agar poligami diharamkan sebaliknya menghalalkan nikah berbeza agama.


Malaysia

Di Malaysia, apabila institusi-institusi agama, pihak berkuasa dan rakyat terbanyak masih kukuh pegangan agama, kumpulan minoriti ini tidak berani membuat pengisytiharan terbuka.

Kerajaan sendiri mengambil berat dalam soal ini. Ada idea-idea yang menggambarkan mereka ada umpamanya al-Quran mesti diolah semula. Tafsir al-Quran banyak ditafsir oleh lelaki.

Perempuan perlu tafsir al-Quran menurut cara berfikir wanita, poligami tidak lagi relevan, lelaki “superior” dalam keluarga juga sudah out-of-date. Hukum Faraid perlu penafsiran baru, sebab hukum itu lebih memihak kepada kepentingan lelaki.

Mereka itu menggunakan medium tulisan khasnya dalam bahasa Inggeris untuk mengembangkan idea mereka. Fokus mereka ialah golongan elit berpendidikan tinggi dan mahir berbahasa Inggeris mereka ini mempunyai jaringan dengan gerakan-gerakan luar negara. Mereka juga mengkritik Islam dengan membandingkan dengan gagasan hak asasi manusia.

Perlembagaan Negara pun dikritik khasnya hal-hal yang menyentuh Islam. Kumpulan Sister in Islam adalah pendukung kuat gerakan ini.


LIBERALISMA-PEMODENAN dan Warisan Mazhab Silam


Ada yang mendakwa liberalisme ini adalah juga pemodenan dalam Islam. Ini amatlah salah. Pemodenan fikiran Islam yang digerakkan oleh Muhd Abduh, Rashid Rida, Iqbal dan lain-lainnya bukan mahu menyoal keteoritian al-Quran, Rasulullah SAW, Rukun Islam dan Rukun Iman.

Mereka mahu aplikasi Islam dalam tuntutan dunia semasa supaya umat Islam maju
tetapi bertolak dari gagasan Islam. Demikian mazhab Islam dahulu seperti jabariah Khawarij dan sebagainya.

Mereka juga mentafsir ayat-ayat al-Quran dan hadith tetapi tidak bertindak
mengkritik otoriti al-Quran atau kerasulan Nabi Muhammad SAW, hukum-hakam faraid dan
sebagainya.

Kumpulan Liberalisma ini sangat radikal. Mereka mahu menolak al-Quran,
Syariah, menyamakan akidah Islam dengan lain-lain agama, menentang superioriti lelaki ke atas wanita, menolak ketentuan faraid dalam al-Quran dan lain-lain lagi. Gerakan kumpulan ini wajib dihapuskan.


APAKAH BAHAYANYA PADA ISLAM & MUSLIM


Konsep dan falsafah hidup manusia yang benar ditukar.

Eksistensialisma etheis Barat yang dipopularkan oleh Jean-Paul-Sartre (1905-1980) menobatkan manusia begitu tinggi.

Menurut J.P.S tujuan dan objektif hidup manusia ditentukan oleh manusia sendiri bukan kitab-kitab agama. Tuhan tiada apa-apa peranan dalam kehidupan manusia. Manusia mempunyai kebebasan penuh untuk berbuat apa sahaja atas dunia ini.

Kebenaran itu subjektif dan relatif. Baik-buruk sesuatu itu manusia yang tentukan.
Keputusan-keputusan yang baik adalah keputusan yang dibuat tanpa tekanan agama dan budaya. Maka tidak heranlah kepada masyarakat Barat kini budaya seks bebas, pornografi, homoseksual, bersekedudukan tanpa ikatan kahwin dan lain-lain dianggap sah dan boleh diamalkan.

Penghinaan Terhadap Al-Quran.

Al-Quran bukan lagi koleksi wahyu yang perlu diterima. Ia sudah jatuh tarafnya menjadi seperti buku-buku sastera yang boleh dikritik, diterima atau ditolak. Ia juga boleh dipijak dan diperlakukan sesuka hati seperti buku-buku teks sekolah.

Liberalisma mahu membuang syariah.

Mereka berpendapat syariat Islam banyak bertentangan dengan piagam hak asasi manusia dan tuntutan zaman moden. Oleh sebab ia tidak sesuai, maka ia perlu dirobah. Hukuman bagi penzina, pencuri dan lain tidak jelas dalam al-Quran. Fuqaha juga membuat peraturan. Maka ia perlu ditukar. Tetapi Islam membuka pintu Ijtihad. Empat mazhab yang ada jelas unsur progresif yang diamalkan. Fiqh tidak jumud. Tetapi mereka
mahu ijtihad cara mereka bukan cara yang telah diinstitusikan dalam sejarah Islam.

Aliran pemikiran Islam liberal adalah bertentangan dengan prinsip aqidah Islam.

Pemikiran Islam liberal boleh menjadikan seorang Muslim menjadi murtad, kufur, syirik dan fasiq. Pokoknya ia berlawanan dengan doktrin Ahli sunnah Wa al-
Jamaah.Adalah jelas bahawa gerakan pemikiran Islam liberal telah mulai berhasil menimbulkan keraguan akidah dan seterusnya memecah-belahkan umat Islam seperti yang kini sedang berlaku di Indonesia sehingga Majlis Ulama Islam (MUI) di Indonesia telah mengeluarkan fatwa bahawa pemikiran Islam liberal itu adalah HARAM pada 25 Julai yang lalu.

Kehadiran Muslimin liberalis yang kini menjadi ”celebrities” di dunia telah memberi peluang dan ruang untuk musuh-musuh Islam seperti Zionis,Buddha, Bahai, Sikh dan lain-lain menyusup masuk secara lansung dan tidak langsung bagi merialisasikan
cita-cita jahat mereka untuk melemahkan status agama Islam dan masyarakatnya supaya terus terpinggir dari arus perdana masyarakat.

Golongan Muslim liberalis kini mendapat dokongan moral dan material dari pelbagai individu terutamanya dari dunia Barat. Ini dapat dilihat dari persidangan, seminar, bengkel yang dianjurkan di dunia Islam.

Di Malaysia, pada tahun 2003 telah diadakan satu persidangan antarabangsa mengenai Islam dan cabaran modeniti yang dinamakan KALIF. Dalam seminar tersebut telah dihadirkan ramai tokoh-tokoh liberal Muslim dengan tujuan untuk mempengaruhi inteligensia Muslim di Malaysia supaya bersikap kritis terhadap warisan Islam. (Al-
turath al-Islami)

Atas nama “moderat Islam/Muslim”, kehadiran Muslim liberal telah menyebabkan doktrin Islam yang syumul dalam world viewnya sebagai “ad-din” sedang diturunkan statusnya untuk menjadi agama sivil atau agama peribadi semata-mata.

Konsep “moderat” tidak lagi diukur dengan skala al-Quran dan al-Sunnah yang hakiki seperti konsep kaitannya dengan keadilan (ummatan wasatan).

Pada masa ini beberapa konsep dan institusi asas Islam serta pemeluknya seperti jihad, syariat, dakwah, madrasah dan sebagainya sedang dicairkan dengan Islam dalam bijaksana Barat seperti Islam Amerika.

Justeru, terlalu banyak “think-tank” Barat yang mengakui tentang Islam seperti projek Rand Corporation, SIM di Leiden, Belanda, Insitut Brooke, Washington. D.C dan yang lain-lain.

Mutakhir ini masyarakat bukan Muslim di Malaysia dan di lain-lain tempat semakin berani melontarkan fikiran mereka mengenai agama Islam termasuklah mempersoalkan kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan dan otoriti ulama.

Gagasan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama(IRC) adalah satu usaha nekad pimpinan bukan Islam untuk mencari jalan melemahkan status Islam dan umat di Malaysia ketika umat Islam kuat mengukuhkan diri mereka dengan identiti Islam bagi menghadapi cabaran dalaman dan luaran yang semakin menyemarak.

Di Malaysia, beberapa NGO, antaranya, Sister In Islam, adalah antara pendukung Islam liberal yang kuat mempromosikan isu kesetaraan kaum jenis lelaki dan perempuan. Ia mendapat dokongan moral dari beberapa figure politik nasional dan media massa serta begitu akrab jaringannya beberapa agensi di dunia Barat. (Dr. Muhammad Nur Manuty. 2005. Kertas kerja: “IDEA-IDEA ISLAM LIBERAL” yang dibentang di wacana bulanan YPU dengan kerjasama Y3K (Kelantan) di PJ pada 2 Sept 2005)


BAHAN BACAAN

1) Nur Achmad (ed). 2001. PLURALITAS AGAMA: Kerukunan Dalam Keagamaan. Jakarta. Kompas.

2) Budhy Munawar-Rachman. 2004. ISLAM PLURALIS: Wacana Kesetaraan Kaum Beriman. Jakarta. Srigunting.

3) Surunin (ed) 2005. Nilai-nilai PLURALISME DALAM ISLAM: bingkai gagasan yang berserak. Bandung. Nuansa dengan Fatayat Nu dan The Ford Foundation.

4) Adian Husaini dan Nuim Hidayat. 2002. ISLAM LIBERAL: Sejarah, Konsepsi, Penyimpanan dan Jawapannya. Jakarta. Gema Insani.

5) Khalif Munawwar. 2006. Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana ISLAM LIBERAL. Kajang. Akademik Kajian Tamadun.

6) Dr. Muhd Nur Manuty. 2005. kertas kerja; IDEA-IDEA ISLAM LIBERAL.




Nota AIDC memetik kertas kerja Prof. Madya Dr. Idris bin Zakaria, bertajuk ANCAMAN DAN TENTANGAN TERHADAP ISLAM dan MUSLIM; TUMPUAN KES: Liberalisma / Pluralisma.(Sebuah catatan ringkas)Prof",di seminar Ancaman Akidah di ILP, Seberang Perai Selatan, pada 23 Sept. 2006. Kertas kerja ini diterbitkan semula oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Tulisan asal bentuk PDF, klik di sini.

Tuesday, September 22, 2009

50,000 Rakyat hadiri rumah terbuka PM


KUALA LUMPUR 21 Sept. – Walaupun hujan turun dengan lebat untuk seketika, suasana rumah terbuka Hari Raya di Seri Perdana di sini tetap meriah dengan lebih daripada 50,000 rakyat jelata dan orang kenamaan hadir di majlis itu.

Orang ramai mula berduyun-duyun datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri seawal pukul 9 pagi walaupun Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan barisan Kabinet beliau dijadualkan bermula pada pukul 11 pagi.

Ahli-ahli politik daripada Barisan Nasional (BN) dan parti-parti lain, diplomat, orang-orang kenamaan, pelancong dan wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan menghadiri acara itu yang membuktikan semangat sebenar 1Malaysia yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Makanan yang dihidangkan juga membayangkan menu pelbagai kaum di Malaysia, dan sehingga pukul 3 petang masih ramai yang menunggu giliran untuk mengucapkan selamat Hari Raya kepada Najib dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Semasa persidangan berita di rumah terbuka itu, Najib berkata walaupun ini kali pertama beliau mengadakan rumah terbuka selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri, “semuanya berjalan lancar dan para hadirin berpuas hati dengan aturcara majlis dan hidangan.”

Saya, isteri dan kakitangan merancang aturcara dan jenis makanan untuk dihidangkan kepada tetamu dan saya gembira kerana semuanya berjalan lancar mengikut rancangan,” kata Najib.


Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kerana membantu dalam menjayakan majlis rumah terbuka itu.

Di majlis rumah terbuka ini yang berakhir pada sebelah petang Najib dan anggota Kabinetnya termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri Sumber Manusia, Dr. S. Subramaniam menyambut tetamu di dewan utama Seri Perdana.

Kecuali hujan lebat buat seketika itu, semuanya berjalan lancar dengan polis trafik memastikan lalu lintas yang lancar di luar Kompleks Seri Perdana.

Satu konsert di ruang terbuka diadakan untuk menghiburkan hadirin dan adalah jelas hadirin gembira dengan hidangan yang disediakan dan dendangan muzik artis-artis tempatan. – BERNAMA

Nizar oii tengok ! : Rumah terbuka Dr Zambry MB Perak meriah dengan kehadiran seluruh rakyat berbilang kaum negeri Perak


Dato Seri Dr Zambry bersama keluarga tersayang bergambar kenangan!

Semalam lebih dari 10 ribu tetamu dari pelbagai bangsa dan agama mengunjungi kediaman rasmi Menteri Besar Perak! Jamuan bermula dari jam dua petang dan anda boleh lihat sendiri betapa sibuknya MB Perak melayan semua tetamu yang datang!

Cukup seronok dan meriah terasa apabila semua bangsa berkumpul di atas semangat 1 Malaysia dan meraikan Aidilfitri bersama-sama! Alhamdulillah, semoga Allah merahmati negeri Perak Darul Ridzuan!

Kepada Dato Seri Dr Zambry! Kuatkan semangat dan tabah menghadapi segala dugaan mendatang, saya mendapat maklumat yang ada beberapa percubaan sabotaj dari pakatan komunis namun Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa apabila segala niat mereka gagal!

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN!

sumber : House PK

Sunday, September 20, 2009

Nizar Oii !! : Selcat Selangor zalim bertindak ala Gestapo

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dikritik kerana pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa itu.

Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin (gambar) menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.

Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu yang berlangsung selama empat jam dan disambung lagi pada keesokkan harinya.

Katanya, siasatan yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang Khim itu dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

''Saya rasa amat terhina dengan proses memberi keterangan yang dikendalikan Selcat. Mereka mengemukakan soalan seolah-olah saya langsung tidak faham prosedur, bodoh dan tidak tahu menjalankan tugas.

''Saya telah berkhidmat sebagai penjawat awam hampir 30 tahun dan ini kali pertama saya diperlakukan seperti ini. Ia memberi kesan kepada maruah, imej, reputasi serta kredibiliti saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.klik di sini

Ulasan

Tindakan SELCAT yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ialah untuk mencari salah pembangkang iaitu BN dan kemudian lempaq semua taik kepada BN jika berlaku masalah di Selangor. Ini adalah pandangan aku berkenaan negeri Selangor dan negeri ini lebih kurang sama saja dengan PP yang dikuasai DAP dan modus operandi mereka jika berlaku masalah ,semua kesalahan itu adalah kerajaan dahulu .

Tindakan Selcat melayan pegawai-pegawai daerah dan soal siasat mereka adalah jelas seperti Gestapo kerajaan Nazi Jerman jelas menunjukkan mereka ini zalim dan tidak mengikut prosedur soal siasat. Jika mereka dalam kes Teoh Beck Hock ,asyik dok salah SPRM 100 % sehingga pergi heret saksi mana mai mengaku dicederakan oleh SPRM , bagaimana pulak dengan tindakan Gestapo Selcat ini soal siasat pegawai kerajaan negeri ??

Prosedur soaljawab yang dikendalikan oleh pengerusi-pengerusi NGO & Pakatan nampak sangat tidak professional. Apa motif nak serang soalan-soalan bodoh dan berunsurkan serangan peribadi terhadap pegawai ini semua ??

Malah DS Khir sendiri menyifatkan soal siasat mengenai peruntukkan kerajaan dahulu seperti ini akan menimbulkan krisis proses pentadbiran negeri Selangor

“Selcat hanya bertumpu kepada mencari setiap kesalahan yang dilakukan oleh pegawai kerajaan negeri mengenai perbelanjaan peruntukan Adun berkenaan,” ujarnya mengulas krtikan Pegawai Daerah Klang itu terhadap cara soal siasat Selcat.

"Selain itu, Selcat ini tidak lebih hanya sekadar menjadi alat bagi memenuhi kepentingan politik mereka. Mungkin ini cara pentadbiran 'ala-pakatan rakyat' yang diamalkan oleh mereka," jelasnya.

Sekiranya Selcat atau kerajaan negeri merasakan wujud unsur penyelewengan dalam soal peruntukan itu, mereka patut melaporkan kepada pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam perkembangan lain, Dr. Mohamad Khir memberitahu pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah berkaitan dengan kesahihan undang-undang terhadap penubuhan serta fungsi Selcat tidak lama lagi.

Malah, tindakan itu turut melibatkan akta penghinaan DUN kerana beliau bersama empat lagi wakil rakyat BN digantung daripada menghadiri sidang DUN selama setahun kerana mengkritik Selcat termasuklah tidak hadir pada sesi pendengaran jawatankuasa itu

Saturday, September 19, 2009

PAS sudah masuk kempen Kem tentera dan balai polis




Portal berita tajaan Soros, Malaysiakini.com melaporkan PAS memohon mahu masuk kem untuk berkempen. Sedutan berita berikut:

PAS serius mahu tembusi kem askar

Jimadie Shah Othman | Sep 17, 09 3:29pm

Bagi mendapatkan undi pemilih pos – yang sering dicurigai hanya memenangkan calon BN – di Bagan Pinang, Pemuda PAS berhempas-pulas untuk menembusi kem-kem tentera dan balai polis.

"Kita akan minta kebenaran daripada komandan kem untuk masuk berkempen.

"Kalau tidak boleh masuk ke dalam (kem), di tepi pagar pun kita akan pergi," kata ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat hari ini.

Suhaizan, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mendesak calon-calon parti bertanding, khususnya pembangkang, diberikan ruang berkempen di kawasan-kawasan tersebut.

Dalam memorandum tersebut, Pemuda PAS turut membantah keras penggunaan Borang 2 – yang merekodkan maklumat peribadi pemilih polis dan nombor siri kertas undi – dan penetapan tempat khusus bagi pembuangan undi secara pos.

Daripada 13,664 pemilih berdaftar di Bagan Pinang yang layak membuang undi pada 11 Oktober ini, 4,604 terdiri daripada pemilih pos.

Baca seterusnya di sini.
Berdasarkan maklumat yang kami terima, pihak PKR telah bantu PAS dengan menyediakan satu sistem dimana kepala-kepala tertentu sudah ditugaskan menjaga 10 biji rumah.

Kepalanya adalah seorang Kapten Bersara yang hanya tinggal beberapa bulan lagi. Sebelum ini kami sudah dedahkan sebelum ini, seorang Kaptan Bersara bernama Izani yang menguruskan kantin.

Nama Kaptan Bersara itu kami tahu. Kami kasi tahu satu saja ... mula dengan R.

Masalahnya bukan isu demokrasi tapi ini adalah satu pencabulan keselamatan. Mana boleh sesuka hati sesiapa nak masuk kem askar.

Ada mungkin nak kasi PAS atas sebab tidak puashati atau sentimen kononnya keislaman PAS. Mereka perlu beringat bahawa PAS bekerjasama dengan parti-parti yang mahu menjadikan negara ini republik, merombak asas-asas Kontrak Sosial dalam Perlembagaan dan akan menganaktirikan orang Melayu dalam ekonomi.

Pasukan keselamatan patut memahami bahayanya bersekongkol dengan parti yang disokong CIA iaitu PKR. Manakala DAP pula mahu menghancurkan sisa Melayu dalam negara ini untuk di Cinakan dan bukan di Malaysiakan yang mereka laungkan.

PAS pula ada Unit Amal yang melahirkan terroris seperti Amran yang mengebom negara dan orang Islam sendiri. Mereka membuta tuli mempertahankan JI yang mahu mengancam keselamatan negara dan bermusuhan dengan pihak keselamatan.

Fikir baik-baik ...

sumber : the unspinners

Thursday, September 17, 2009

Nizar OII!! Mari Kita Kenali Media Pengampu Pakatan Pembangkang


oleh : Anti Pakatan Haram

Enough is Enough !!!

Setelah Sekian Lama Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 dicop sebagai pro dan Media UMNO.

Mari kita sama-sama bersatu blogger pro UMNO dan anti Pakatan Pembangkang untuk gelarkan semua Portal dan Media Pakatan Pembangkang (senarai ada di bawah) ini sebagai Media Pengampu Pakatan Pembangkang dan Media Pengampu Pakatan Haram di setiap tulisan artikel kita.

Apatah lagi kebanyakkan media di bawah ini ditaja oleh penaja-penaja Asing dan bertindak seperti "perisik" atau "SPY" atau "think tank" pihak asing di negara kita. Ini dibuktikan ada di antara Media-Media ini berpangkalan di luar negara dan dibiayai oleh pihak asing.
Apakah agenda mereka sebenarnya?

Justeru itu demi Agama,Bangsa dan Negara. Mahu Boikot atau pun tidak? Kita gelarkan sahaja mereka-mereka ini dengan gelaran Media Pengampu Pakatan Pembangkang dan Media Pengampu Pakatan Haram !!!!

Senarai Media Pengampu Pakatan Pembangkang dan Media Pengampu Pakatan Haram seperti berikut :

* Malaysia Today

* TV Antara

* Malaysian Insider

* Perak Express

* Utara Online

* MalaysiaWaves

* Buletin Purnama

* Buletin Online

* Marhaen

* Tranungkite

* Malaysiakini

* Harakah Daily

* Suara Keadilan

* Siasah

* Pahang Daily

al banjari online

sanggahtoksago

bypas

najwan halimi

wartawan laman reformasi



Kalau ada lagi sila cadangkan di ruang komen...


sumber : uni media baru Pemuda UMNO