Monday, October 5, 2009

YDP MAIPP : YDPA lantik Ellias Zakaria bukan Salleh Man PAS


NIBONG TEBAL 4 Okt. - Badan Perhubungan UMNO negeri mahu kerajaan negeri menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang berkenan melantik bekas Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Ellias Zakaria sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kerajaan negeri sepatutnya mewartakan surat perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara itu sejajar dengan kapasiti baginda sebagai ketua agama Islam di negeri ini.

Beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang menjanjikan jawatan itu kepada Pesuruhjaya Pas negeri, Salleh Man ketika pemimpin itu bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Ogos lalu.

''Kerajaan negeri dilihat cuba menyembunyikan kebenaran mengenai surat perkenan Sultan Mizan yang sudah dikeluarkan pihak istana sejak enam minggu lalu.

''Dan pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir pula mereka (kerajaan negeri) umum nama Salleh (sebagai Yang Dipertua MAIPP) sedangkan mereka tahu surat perkenan baginda sudah diterima sejak awal lagi," katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian surau Taman Merbah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini.

Yang Dipertua MAIPP, Shabudin Yahaya semalam mendedahkan surat perkenan Tuanku Mizan mengenai pelantikan Ellias sebagai Yang Dipertua MAIPP yang baru bagi menggantikan beliau yang akan tamat tempoh lantikan pada Disember ini.

Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan mendakwa, surat perkenan Tuanku Mizan itu dikeluarkan pertengahan Ogos lalu susulan permohonan kerajaan negeri sendiri yang mencadangkan pelantikan Ellias.

Kerajaan negeri bagaimanapun dakwanya, mengingkari surat perkenan tersebut apabila mengumumkan nama Salleh untuk mengisi jawatan berkenaan ketika berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

Salleh menang kerusi itu selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Ismail.

Zainal Abidin berkata, kerajaan negeri tidak berterus terang dalam perkara itu selain menjadikan jawatan berkenaan sebagai modal politik dalam pilihan raya kecil dan sanggup mengabaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong.

''Isu ini penting kerana peranan MAIPP cukup besar untuk membela nasib orang Islam di negeri ini. Kira-kira 15,000 hingga 20,000 umat Islam di Pulau Pinang mendapat bantuan daripada MAIPP melalui Pusat Urus Zakat (PUZ) setiap tahun.

''Kita tidak mahu ada cubaan untuk menggunakan wang (PUZ) ini bagi tujuan lain termasuk untuk pembangunan negeri. Kalau ini berlaku, kita akan menentang sekeras-kerasnya," katanya.

Link

YDP MAIPP:Guan Eng serah kepada Mansor

Komen

Syabas diucapkan kepada Ustaz Shahbudin yang mendedahkan surat perlantikan YDP MAIPP yang baru yang telah dikeluarkan sejak 6 minggu lepas tetapi kerajaan negeri PP menyembunyikan surat itu dan mengumumkan nama Salleh Man sbg YDP MAIPP jika menang PRK Prmtg Pasir .

Jika tiada pendedahan ini ,siapapun termasuk saya sendiri sebagai rakyat negeri tidak tahu perkara ini. Kita lihat sendiri isu membuka mata kita bahawa kerajaan negeri tidak telus dalam menyampaikan maklumat penting sebegini kepada umat Islam di PP .

Lim Guan Eng seperti biasa akan lepas tangan dan tuding jari kepada Mansor untuk mengatasinya . Kepada pengundi Prmtg Pasir yang mengundi PAS dan Salleh Man , hahaha Anda telah ditipu oleh kerajaan negeri Guan Eng sepertimana mereka janjikan kepada penduduk kg buah pala . Salleh Man dan orang2 Pas nampaknya kempunan la projek2 PUZ dan MAIPP ..






No comments:

Post a Comment