Friday, October 23, 2009

Pemuda UMNO Pulau Pinang Rancang Transformasi Program Perkukuhkan Kerjasama Pemuda BN



Oleh Haris Razali

Bayan Baru -- Pemuda UMNO Pulau Pinang telah merangka beberapa pelan strategik bagi mengukuhkan pergerakan itu bagi menjayakan transfomasi di dalam UMNO terutama dalam usaha merampas kembali negeri berkenaan daripada pembangkang.


Ketuanya, Norman Zahalan berkata selain kempen penambahan ahli serta menjejaki pengundi muda serta pertambahan ahli, pergerakan itu juga akan terus mengadakan program bersama rakan komponen bagi mengukuhkan lagi hubungan selaras dengan konsep 1Malaysia.

"Kita akan terus mengeratkan lagi hubungan antara pemuda parti komponen kerana itu adalah asas yang cukup penting bagi mengukuhkan BN agar ianya mendapat sokongan padu semua lapisan masyarakat.

"Älhamdulillah sehingga hari ini kita telah mula bergerak dan rakan-rakan pemuda komponen juga telah memberikan maklumbalas yang positif untuk sama-sama merancang serta bergerak dalam satu barisan untuk mengukuhkan parti", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Norman yang juga Ketua Pemuda Bayan baru seterusnya berkata pelaksananaan program yang diatur itu akan mengambilkira peranan komponen BN lain bagi memastikan ianya mencapai sasaran dan memberikan impak berkesan kepada rakyat.

Katanya pelan berkenaan merupakan titik permulaan ke arah memperakasakan Pemuda UMNO dan Pemuda BN negeri.

"Perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Pemuda parti komponen di semua peringkat amat mengkagumkan.

"Dengan semangat yang ditunjukkan itu, kita berharap program yang akan dilaksanakan nanti berjalan lancar sekaligus memperkasakan Pemuda dan menguatkan parti", ujarnya.

No comments:

Post a Comment