Saturday, October 10, 2009

Kerajaan PP hendak hapuskan peniaga kecil di PP


gambar hiasan

Isu lesen: DPMMPP kesal

PULAU PINANG 8 Okt. – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang cuba menghapuskan peniaga kecil tiada lesen tanpa memberi peluang kepada mereka berniaga secara sah.

Yang Dipertua DPMMPP, Rizal Faris Mohideen Abdul Kader berkata, kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sepatutnya bersimpati dan mencari penyelesaian terbaik terlebih dahulu sebelum terus menghukum mereka.

Beliau berkata, pihak berkenaan juga perlu berusaha memberikan golongan itu lesen yang sah dan lebih prihatin nasib mereka.

Menurutnya, tanpa mereka, Pulau Pinang tidak mungkin dikenali di seluruh dunia sebagai ‘Syurga Penjaja’ dan menjadi salah satu tarikan pelancong ke sini.

‘‘Pihak kami sedar banyak peniaga kecil yang berniaga tanpa lesen sah di negeri ini seperti di Jalan Kelawei, Relau, Jalan Penang, sekitar Masjid Negeri, Tanjung Bunga dan Padang Kota Lama.

‘‘Namun tindakan MPPP yang gagal memberikan lesen membuatkan mereka tiada pilihan dan mencari rezeki secara tidak sah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini semalam.

Terdahulu, beliau dipanggil memberi kenyataan berhubung insiden kekecohan membabitkan peniaga di Bazar Ramadan Jalan Penang yang dihalang berniaga di situ atas alasan mengganggu lalu lintas pada 5 September lalu.

Kejadian itu mengakibatkan berlaku kekecohan apabila peniaga yang rata-rata telah berniaga di situ hampir 25 tahun tidak dapat menahan sabar sehingga memaksa campur tangan polis.

Mengulas lanjut, Rizal berkata, DPMMPP bersedia menjadi orang tengah antara peniaga kecil dan MPPP bagi menyelesaikan masalah yang timbul daripada aktiviti peniaga kecil dan penjaja jalanan.

‘‘Kita boleh berbincang mengenai masalah dan nasib yang dihadapi peniaga kecil ini dan bukannya terus mengambil tindakan merampas barangan perniagaan mereka,’’ katanya.


Komen

Inilah nasib peniaga kecil di PP tidak kira la bangsa Melayu ,Cina dan India yang ditindas oleh kerajaan sosialis PP . Undi anda kepada mereka ini telah membawa padah dan inilah kesan yang harus diterima. Memang salah jika peniaga kecil ini berniaga tanpa lesen tetapi jika mereka memohon lesen dan kerajaan negeri tidak beri lesen , ini bukan salah mereka lagi tetapi kerajaan negeri sendiri ...



No comments:

Post a Comment